21 June 2015

Makngah over

Assalamualaikum!
Selamat berpuasa :)

Setakat tahun 2015, aku cuma ada sorang anak sedara atau orang utara panggil anak menakan. And it was a girl (again) dalam salah-silah keturunan keluarga encik pathi sebab adik-beradik aku pun semua perempuan (readers patut baca entri seronoknya bila adik-beradik semua perempuan). Dapat niece pun seronok sebab dia anak menakan aku yang first! First weyy! Aku rasa semua benda dalam dunia ni yang bila dia first, kita akan sayang yang amat-amat.

Since aku ni anak kedua dalam family, jadi pangkat aku ialah makngah.
Makngah-
Makngah--
Makngah---

Bila sebut banyak kali bunyi macam old fashion betul panggilan ni sebab orang zaman sekarang asyik nak panggilan auntie tapi, tapi tapi..

Walaupun bila sebut makngah ni bunyi macam tak up-to-date (untuk zaman 2015) but when it comes to your niece/nephew yang panggil panggilan tu dekat kita, terus hilang mampoih pi la auntie ka uncle ka apa. Makngah sounds better for me!

Anak menakan aku baru umur 2 tahun lebih jadi dia tak boleh nak sebut betul-betul sangat panggilan makngah but instead dia punya panggilan lagi comel sebab dia panggil,

'angah.. angah.. angah..'

Comel sebab dia buat aku rasa muda tskk tskk :')

Sebelum ni dia asyik panggil acu (panggilan untuk adik aku) tapi bila dengar dia dah pandai sebut & panggil angah, ya allah! Terus rasa sebak hati makngah ni sebab akhirnya pandai juga budak kecik ni panggil aku! Makngah ish sho happy~~! Nanti raya kita jumpa naaa budak kecik!

2 comments:

  1. bestkan ade anak sedare.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best sangat!! Kalau nak gomol pun tak payah nak teragak-agak sebab dia anak sedare kita sendiri,hehe :p

      Delete