19 April 2014

Paranoid dan aku

Assalamualaikum, hai!

Aku rasa dalam banyak-banyak masalah aku selain penakut, penggeli, masalah paling besar yang aku memang kena hadap setiap hari ialah paranoid. Masalah paranoid aku ni memang bermasalah sungguh sampai member pun kadang-kadang dah macam malas nak layan. Semua cakap 'Weyy kay, lekk arrrr'.

Sejarah paranoid muncul dalam diri ni aku rasa mungkin sebab pengaruh cerita dekat tv. Dulu-dulu aku suka sangat layan Kisah Benar pukul 1 sebelum berita 1.30petang dekat tv3. Selalu diorang tayang cerita pasal kena ragut, rompak dekat tempat parking mall, pencuri masuk rumah. Disebabkan tu kisah benar, aku 100% percaya yang semua tu memang wujud dalam realiti ni. Aku rasa sebab kisah benar tv3 ni la aku paranoid setiap masa sekarang ni.

Aku rasa semua perempuan ada masalah paranoid so takpelik la kalau aku ada feeling ni. Kalau pikir-pikir balik sebenarnya paranoid ni bagoih jugak sebab in some case, insyaallah paranoid ni la yang dapat tolong kita dalam hal-hal yang tak dapat kita nak expect.

Paranoid ohh paranoid..

Paranoid bila mandi laut -- Ni paling aku takut sebab dalam berita selalu ada kes mati lemas dilambung ombak, dipukul ombak. Baru-baru ni aku ada keluar pergi pantai dengan member semua perempuan, memang penyakit paranoid aku datang habis. Asal diorang ke tengah laut sikit, baru sikit babe, aku dah bising jangan pergi jauh-jauh weyh!

Paranoid bila parking kereta dekat mall -- Aku rasa lepas laut, ni yang paling aku sangat-sangat! Dalam cerita Gerak Khas dulu,ada scene perompak datang nak rompak perempuan ni bila dia baru nak masuk kereta dekat tempat parking. Aku yang memang kuat terpengaruh degan cerita ni, bila tiapkali keluar dengan akak/member perempuan, masuk dalam kereta terus kunci pintu!! Abaikan barang tu semua dulu, kunci pintu dulu!!

Paranoid bila member perempuan drive -- Aku bukan nak sangkal kebolehan member aku drive kereta especially tasya yang dah banyak tolong drive :') Cuma entah la, aku rasa sebab otak ni dah kena set yang lelaki 'macam' drive lagi bagus dari perempuan, so aku macam lagi yakin kalau lelaki yang drive. Paranoid, biasa la pikir macam-macam haha.

Paranoid bila keluar dengan gigirl je -- Dekat berita tv, suratkhabar banyak kes yang melibatkan perempuan kena culik, rompak, ragut, rogol. Allahhu, minta jauh dari semua ni ya Allah. Tiap kali kalau keluar dengan member gigirls je, dalam hati sumpah takut gilaa tambah-tambah kalau nak pergi tempat yang waktu tu tak ramai orang and takde geng family. Allah, aku takut gila benda buruk-buruk ni jadi.

Paranoid bila nak drive -- Mungkin sebab aku jarang drive,jadi kalau setiap kali cubaan nak drive balik, sumpah aku paranoid. Paranoid macam mana kalau tiba-tiba accident, langgar orang ke, ke kenderaan lain yang langgar aku.

Teruknya lehai paranoid aku ni. Semua gara-gara tv, sampai sekarang aku masih hidup dalam paranoid. Bila aku hadap-hadap balik, paranoid ni actually dapat tolong kita elak benda tak baik sebab dia macam langkah keselamatan gitu tapi kalau Allah dah kata kunfayakun, memang tak dapat nak elak dah.

Semoga paranoid ni dapat tolong aku walaupun sebenarnya agak menjengkelkan :]

Sebelum tu, aku suggest orang baca buku Paranoid dari Lejen Press ni. Sumpah watak utama budak ni paranoid gila!


10 comments:

  1. Woww!!hebat lah kyra.paranoid gila kau dohh.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat aku taktau hang sapa hahh?! T.T

      Delete
  2. kalau sya paranoid bila nak drive -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geng la kita, gabra nak drive tuu hehe :)

      Delete
  3. Replies
    1. Uwaaaaaaaaaaaaaaa, tu semua ada -- paranaoid, penakut, penggeli :'(

      Delete
  4. ASSALAMUALAIKUM ,, saya ada jual HP CLONE KOREA 99% macam ori , HARGA MAMPU MILIK , TERMURAH untuk anda , Berminat ? Hubungi / whatsapp ke 0145322955 (sue)

    LIKE PAGE : https://www.facebook.com/seuahmatcollection

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, thanks akak. Saya dah ada phone dah hihi. Takpe la, harap readers lain ada yang berkonan nak smartphone murah, contact la akak ni eyh :)

      Delete
  5. paranoid oh paranoid jangan laa dok kacau kyraaaa :))

    ReplyDelete