16 February 2013

Tudung dan transformasi

Tudung ada macam-macam jenis dan nama. Pasal jenis kain tudung tu aku tak tau sangat tapi kalau nama-nama tudung, aku excited nak cerita. Ada tudung-tudung dekat Malaysia ni yang dapat nama dari artis/orang kenamaan/tauke tudung. Macam menang Nobel Award pula, dapat nama sempena pencipta. Antara tudung yang bersempenakan nama-nama manusia, setahu aku la kan ;

  • Tudung Mawi
  • Tudung Ekin
  • Tudung Siti Nurhaliza
  • Tudung Ariani
  • Tudung Fareeda
  • Tudung Aidijuma
  • Tudung Obama

Banyak kan? Tu baru sikit yang disenaraikan. Kadang-kadang nak tergelak pun ada tengok nama tudung tu - tudung nama Obama pun ade? Disebabkab aku tak pernah jumpa Obama face-to-face, aku pun beli la dua, tiga helai tudung jenis ni. Kira macam dapat lahh jumpa dia :P


Tak kisah la jenis tudung apa pun kita pakai, asalkan menutup aurat. Peringatan untuk saya dan kawan-kawan jugak dekat luar sana. Sekarang ni macam-macam jenis kes yang ada, dengan pemakaian yang menutup aurat insyaAllah akan membantu kita lebih berasa selamat, amin. InsyaAllah :)

p.s ; Tak sabar nak tunggu keluar tudung One Direction pula, nak beli satu. Konon-konon macam dapat jumpa la heeee ^^

7 comments:

  1. hee,yelah kan? mana tahu satu hari nanti tudung one direction pun ada. hahah xD

    ReplyDelete
  2. tudung obama? tudung mawi? wahh gitu kann

    ReplyDelete
  3. eh..tdung obama??
    x pernah jumpa lg..
    apa pattern plak obama ni keluarkan..haha..

    ReplyDelete
  4. apa2 pon tudung saji lg cantik..hikkss..:p

    ReplyDelete
  5. kite tk thu pung nama jenis jenis tudung ni . yg kite tahu bawal dgn shawl . tu jelahh . ha dgn tudung sarung dn syria . hiks

    ReplyDelete