8 January 2015

Kulit kering mengelupas

Assalamualaikum, hye readers!

Entri pertama untuk tahun 2015 terus pasal cerita tak best. Sekarang kan musim banjir (alhamdulillah,dah makin reda) tapi cuaca dekat Penang ni pelik sikit. Kejap panas terik, kejap lagi hujan lebat malamnya. Cuaca tak stabil ni telah menyebabkan sel kulit aku pun jadi tak stabil juga.

Jadi kering mengelupas. Why? :(

Kulit aku mengelupas dekat bahagian T-zone. Pipi pula bila usap boleh rasa kesat, tak smooth. Allah, bahagian paling sensitif tu dekat muka. So apa nak buat ni? Kenapa kulit tiba-tiba jadi macam tu padahal sebelum ni tak pernah pun? Aku pun google apa punca jadi macam tu dan ini apa yang aku dapat.

Punca kulit kering :
1) Masalah resdung
2) Kurang minum air kosong
3) Salah guna produk
4) Cuaca kering dan panas

Aku macam tak boleh nak accept semua punca tu kecuali no 4 sebab aku rasa punca no 1 sampai no 3 tu aku dah cuba prevent, cure and care dah. Contoh macam resdung, aku memang ada masalah resdung tapi tak teruk and before this pun takde pula kulit megelupas kering sebab resdung. Lagipun memang aku ada pergi buat treatment. Pasal punca kurang minum air kosong, no way! Aku rasa aku dah minum air kosong cukup dah plus, air kosong memang air feveret harian aku. And pasal salah guna produk, ni lagi mustahil. Aku guna produk Dherbs Lunas yang sabun muka untuk resdung (100% natural) and okay je kulit aku. Untuk facial jenis modern sikit, aku guna Garnier black foam.


So aku sangkal semua punca no 1 sampai 3.

Aku fikir memang sebab cuaca kering dan panas yang buat kulit aku kering mengelupas. Lagipun cuaca tak berapa nak elok sekarang ni kan, panas terik then hujan. Jadi setelah berfikir panjang, aku dengan berat hati terpaksa decide untuk stop guna produk Garnier (sebab aku pengguna setia Garnier) and cari produk pencuci muka lain yang ada pelembap. And I found these...

100% natural 
Alhamdulillah setakat ni dalam sesi trial, kulit aku boleh accept lagi brand Simple ni. Tengok lah macam mana lagi 2-3 minggu hasil dia. Buat masa sekarang ni, kalau kulit readers pun ada masalah kering mengelupas macam aku, aku sarankan kita sama-sama buat macam ni..

Cara nak atasi kulit kering :
1) Minum air kosong banyak-banyak!
2) Guna produk muka yang ada pelembap+100% natural
3) Banyakkan makan sayur hijau & buah
4) Kurangkan aktiviti kalau cuaca panas terik

Aku pun tengah dalam usaha nak betulkan balik sel kulit yang tengah tak stabil ni huaa huaaa :(

p/s : teringin nak cerita pasal rawatan resdung yang aku buat tapi takut readers geli pula nak baca

2 comments:

  1. hai! :) saya pun baru try produk simple ni. rasa macam sesuai tapi after 4-5 hari camtu jadi mengelupas. mengelupas tu after saya g jalan kat KL. masatu cuaca mmg terik lah. in your opinion, saya kena stop atau teruskan je? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai dayah! Mungkin sebab cuaca panas kulit awak mengelupas. Selalunya kalau kita nak tahu produk tu sesuai dengan kulit kite ke tak akan ambik masa around 1-2 weeks. Cuba awak try dulu produk Simple ni around that time,kalau still mengelupas,better tukar tapi dalam masa yg sama,awak kena la banyak minum air kosong :)

      Delete