13 December 2013

Amalkan ni setiap bangun pagi

Assalamualaikum, hye :)

Subhanallah.

Kadang-kadang bila kita bangun pagi, kita selalu terlupa nak cakap Alhamdulillah. Sama la juga dengan aku. Bangun, celik je mata, terus turun dari katil, nak mandi sebab ada kelas. Sepatutnya celik-celik je mata cakap Alhamdulillah sebab Allah masih bagi peluang dekat diri ni untuk hidup.

Untuk saling ingat-mengingati dekat diri ni sendiri dengan readers blog aku, aku nak kongsi beberapa amalan SIMPLE yang kita boleh buat, insyaAllah kita mampu buat tiap kali bangun pagi. Aku pun akan usaha nak amalkan amalan ni setiap pagi sebab banyak manfaatnya.

Bila bangun je pagi, mata terbuka..

1) Ucapkan Alhamdulillah
Sangat mudah amalan ni, cakap je, 'Alhamdulillah, terima kasih ya Allah'.

2) Baca doa bangun tido
Doa ni sebenarnya aku rasa majoriti kita dah hafal sebab dekat tv dulu selalu ada nasyid doa-doa ni. Mungkin sebab kita tak selalu amalkan maka kita terlupa. Moleklah kita hafal balik doa bangun tido ni,


3) Selawat ke atas Nabi SAW
Yang ni memang sangat-sangat digalakkan, tak susah pun nak selawat ke atas Nabi. Kalau nak mudah sangat, selawat 3x pun dah cukup. InsyaAllah, hari kita akan mudah.

4) Sedekahkan Al-Fatihah buat mak & ayah kita
Tak kisah sama ada mak ayah kita masih hidup atau tak, kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka. Niat dalam hati supaya mak ayah kita sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki.

Ni la yang aku rasa aku boleh share dengan readers. InsyaAllah, kalau kita amalkan selalu, Allah akan mudahkan urusan seharian kita, kalau ada masalah pun tak terasa beban tu sangat sebab kita ada ALLAH. Semoga bermanfaat buat semua, barakallah :)

14 comments:

  1. one more, bangun pagi pandang benda2 warna hijau, insyaAllah mata sihat! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa, betul tu. Boleh fresh kan mata :)

      Delete
  2. selalu bangun pagi tengok fon dulu,lupa terus nak cakap alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau terlupa, lepas tengok fon tu pun boleh cakap lagi :)

      Delete
  3. tak selalu buat.. tapi kalau ingat mesti cecepat buat..=)

    ReplyDelete
  4. kite pun selalu terlupa nak buat macam ni bila bangun tido. bangun je rushing nak pegi mandi T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebeh krang je kita Ayuz, lepas ni kena ingatkan diri :)

      Delete
  5. Selalu terlupa baca doa bila bangun . Insyaallah lepas ni nak amalkan .. Makaceh kak kira hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun selalu lupa, sekarang nak amalkan balik. Sama-sama Afiqah, kita saling ingat-mengingati :)

      Delete
  6. nice sharing .
    doa sebelum tidur tu selalu baca . tapi mai tang doa bangun tido tu er er

    ReplyDelete