26 November 2012

Cupcake Vanilla Simple

Resepi hari ini macam yang tertera di tajuk -Cupcake Vanilla. Aku buat cupcake ni ikut buku yang diorder khas dari Reader's Digest. Cupcake boleh dihasilkan lebih kurang 20 biji. Jom kita buat cupcake ! :D

Comel kan buku ni :)

Bahan-bahan :


1. Setengah butter
2. Dua biji telur ayam
3. Essence vanilla
4. 150ml susu cair / susu dutch lady
5. 125g tepung gandum
6. 150g tepung naik sendiri
7. 125g gula caster

Cara nak buat :

1. Campur semua jenis tapung dan gaulkan

2. Masukkan satu sudu kecik essence vanilla dalam susu cair dan kacau

3. Masukkan butter dengan gula sekali dalam mixing bowl

4. Mix adunan tadi

5. Masukkan dua biji telur dan mix lagi

6. Masukkan tepung sikit-sikit dengan susu cair dan mix la lagi haha

7. Mix sampai jadi gebu macam gambar atas ni

8. Sediakan cawan cupcake :)

9. Masukkan adunan tadi separuh daripada ketinggian cawan cupcake
*Jangan penuh-penuh, nanti terlebih kembang

10. Masukkan dalam oven dengan suhu 180C selama 25 minit

SIAPPP :D

Nak letak hirisan coklat pun boleh sebelum bake :)
Aku sangat gumbira sebab ni kali kedua aku buat cupcake dan Alhamdulillah, kali ni menjadi bersama bantuan adik. Hahaha, yeayyy! Korang patut cube buat sebab senang sangat (Y) :)

7 comments:

  1. @haziqah dan atiqah memang sedap,patut try buat :)

    ReplyDelete
  2. simple dan nmpak mcm menarik je..
    boleh try ni..=)

    ReplyDelete
  3. @nuyui

    cube la buat,mesti nak buat lagi epas tuu :)

    @fatin amalina husna

    boleh2,jom try buat :)

    ReplyDelete
  4. @wanieys

    boleh buat untuk Qalief :)

    ReplyDelete