7 April 2013

Tips taknak bucu tudung bawal senang kemik

Assalamualaikum readers ku :)

Betul ke istilah yang saya pakai tu - kemik. Macam tak kene jea kan bunyi dia. Oke oke kita tukar jadi tips taknak bucu tudung penyek, lembik, jatuh. Yang penting readers faham apa yang eden cuba sampaikan di sini.

Mesti pernah kan di kalangan kita (perempuan lahh semestinya) bila pakai tudung bawal, bucu dekat atas tu tak cantik, senang jatuh bila ditiup angin. Ini mungkin sebab tudung tu jenis lembut dan tak tough.

Cer tengok gambar yang pertama ni, kesian dia, tudung dia tak jadi :/ Tapi cuba tengok yang sebelah dia pulak, haa cantiknye tudung dia terbentuk dekat muka. Tudung dia pun cantik juga hehe. Mana satu yang readers nak? Mesti yang kanan tu kan :)


Ada sesetengah orang cakap, tudung bawal ni terbentuk sebab ikut bentuk muka kita. Kalau bentuk muka kita runcing, memang menjadi la tudung tu nak jadi tapi kalau muka bulat, memang tetap bulat lahh muka ni. Semua ini hanyalah andaian. Semua orang mampu pakai tudung bawal yang bentuknya senang nak jadi :)

Macam mana nak dapat bucu tudung yang cantik dan tak mudah jatuh walau ditiup angin ribut kencang?

Gunalah ini, Kiwi Kleen Fabric Starch :D


Senang sahaja cara nak guna Fabric Starch ni. Readers cuma perlu semburkan di bahagian tengah tudung bawal yang akan dilipat jadi bucu tudung tu. Then, iron dekat bahagian tu sampai starch tu dah mengering. Lepas tu boleh la pakai tudung bawal dengan senang hati sebab memang confirm bucu tudung bawal tu takkan jatuh walau ditiup angin kencang.

Harga dekat pasaran cumalah RM7.20 dan memang sangat berbaloi lah beli terutama bagi kita yang selalu pakai tudung bawal ni. Tudung sekolah pun boleh juga sembur Fabric Starch ni sebab dia tak merosakkan kain tudung.

Harap saya dapat membantu readers tentang masalah bucu tudung yang selalu kemik, penyek, jatuh lol :p

*Terima kasih kepada roomate yang telah memperkenalkan Fabric Starch ni

15 comments:

  1. wow,,nice tips..nak cubalah..

    ReplyDelete
  2. rumate kite rajin gila kot apply benda ni hari hari.

    ReplyDelete
  3. cm menarik je tu..akak pkai tdung selalu mnjadi je..heee

    ReplyDelete
  4. selalu dengar org ckp guna ni bagus..tapi masalahnya tak pernah nmpk ><

    ReplyDelete
  5. zaman sekolah dulu reti pakai tudung bawal. sekarang tak dah :(
    lebih selesa pakai shawl. puncanya sebab bucu bawal tak menjadi lah. hehe

    ReplyDelete
  6. pernah tahu pasal nie..hihi...tq share

    ReplyDelete
  7. selalu tgk org guna tp xpernah try..hehe

    ReplyDelete
  8. ooh. guna benda alah ni kah? haha nk try beli laah. tudung sering kali tak menjadi. grrr!!! benci sgt T_T

    ReplyDelete
  9. haha..smlm rumet bru je ckp psl bnda alah nie...so akak macam...
    "owh ada eh bnda mcm ni?..."
    haha..mmg xpenah tau..

    ReplyDelete
  10. KITE PAKAI LILIN JEK..LILIN PN OK

    ReplyDelete
  11. salam..saya ade jumpa starch baru..tp bukan brand kiwi kleen..brand lain..ok lah saya gune semenjak kiwi kleen dah xde ni..kalau nak saya belikan boleh lah email fatinummi91@yahoo.com

    ReplyDelete