Lagi 5 hari nak puasa!!
Bulan puasa cuma datang sekali dalam setahun. Mesti ada sesetengah daripada kita (termasuk aku la jugak) mungkin terlupa niat berpuasa, doa nak bukak puasa (takkan kot), perkara sunat apa yang patut kita banyakkan dan perkara makruh yang patut kita elakkan masa masa bulan puasa ni.
Niat puasa;
Jadi aku, seorang hamba Allah yang khilaf ni, nak share dengan korang beberapa perkara yang harus kita take note sepanjang bulan puasa ni. Takkan nak puasa setakat tahan lapar jea tapi tak dapat pahala lebih kan? Sebelum tu, ingat lagi tak doa ni, doa berbuka puasa? Kalau tak ingat, meh meh, hafal balik cepat. Baca bahasa melayu pun takpe kalau tak boleh hafal sangat bahasa arab, Allah kan tau semua jenis bahasa :)
Doa berbuka;
Perkara-perkara sunat semasa berpuasa :
1) Segerakan buka puasa bila dah masuk waktu
2) Lambatkan bersahur
Berbuka puasa dengan kurma atau something yang manis macam air sirap ke, pheww
3) Banyakkan baca Al-Quran dan berselawat ke atas Nabi
4) Memperbanyakkan amalan kebajikan (tukar-tukar makanan dengan jiran)
5) Memperbanyakkan niat iktikaf semasa dalam masjid. Time pergi tarawikh tu, seeloknya kita niat beriktikaf
6) Pergi sembahyang tarawikhh!!
Perkara-perkara makruh semasa berpuasa :
1) Gosok gigi lepas gelincir matahari
2) Kumur berlebih-lebihan
3) Tidur sepanjang hari
4) Melambat-lambatkan berbuka
5) Bercakap perkara-perkara buruk
6) Menderma darah
7) Mencium isteri, ehemm ehemm
Harap entri ni dapat bagi manfaat dan info kepada readers. Renung-renungkan dan selamat beramal, hehe. Selamat berpuasa saudara-saudariku, seluruh umat Islam :)
time kasih..inShaaAllah..slalu beringat :)
ReplyDeleteNice entryy .. Tak sabar nak puasa :)
ReplyDeletepesanan yang terbaik ^_^ thanks for sharing!
ReplyDeleteyey 4 hari!!!!
ReplyDeletecant wait.. tq nway for the post...:)
selamat berpuasa!!!
Tq mengingatkan..
ReplyDeleteperingatan yg baik.. gud info.. :)
ReplyDeleteSedang mencari sponsor. Hubungi ejulz jika berminat k.. ^_^ "Mencari sponsor GA kad raya 2013.."
sggh pg ya =)
ReplyDeletenice sharing :D
ReplyDelete