14 January 2013

Handmade corner bookmark ;)

Assalamualaikum. Hari ni aku nak kongsi satu aktiviti menarik yang aku buat time tengah-tengah boring baca buku Economic. Sebenarnya aku dapat idea nak buat corner bookmark ni dari blog Hanim. First time tengok gambar corner bookmark tu, terus jatuh hati. Selalunya bookmark yang kita ada jenis panjang kan, selit jea dekat bahagian dalam buku tapi bookmark yang aku nak ajar korang ni, seriously sangat comel kalau korang kreatif. Cara nak buat pun senang dan kos pembuatan sangat murah. Corner bookmark ni kita letak dekat bahagian hujung atas page buku macam gambar bawah ni.


Bahan-bahan :
1. Gam
2. Gunting
3. Pembaris
4. Kertas design
5. Kertas warna  keras

Cara nak buat :


1. Buat ukuran bahagian panjang kertas biru tu 8 cm and yang pendek sikit tu 4 cm.


2. Gunting dan buang 2 bahagian yang kena shade tadi dan korang akan dapat bentuk macam atas ni


3. Gunting dan kecikkan sikit scale kertas design yang korang suka dan tempekkan atas kertas biru tadi


4. Lipat dua kertas yang setengah tadi ke dalam dan korang akan dapat bentuk macam kat atas


5. Gunting lagi satu kertas design dan lekat dekat bahagian atas kertas biru pulak

TADAAAAA ! :D


6. Selitkan hujung kertas yang terbuka tu daekat hujung buku korang dan siappp ! :D

Senang kan nak buat ? Kan aku dah cakap hahaha. Kalau korang dah berjaya buat satu, mesti korang rasa nak buat lagi. Korang boleh jadikan corner bookmark ni sebagai hadiah untuk kawan-kawan ke, crush korang, parents, lecturer, cikgu, adik-beradik etc. Mesti dyorang suka dapat hadiah yang korang buat sendiri. Asalkan korang kreatif, macam-macam boleh terhasil, kan? :) Happy DIY !

Lagi satu aku buat :)

24 comments:

  1. @cikzaniff

    thanks cik zaniff. nanti cuba la buat :)

    ReplyDelete
  2. comel gilaaa . ni nak buat ni tengah tengah ngadap buku skrg ni . hahaaa

    ReplyDelete
  3. @vendettatraveller

    thanks :) kalau dah mula rasa boring mengadap buku tu, cuba buat corner bookmark ni. confirm hilang boring tu :)

    ReplyDelete
  4. nice...nak buat jugak la. heheh =)

    ReplyDelete
  5. @nor aishah

    thanks aisyah. buat,buat, jangan tak buat. hehe :)

    ReplyDelete
  6. adik bongsu pandai buat ni..hihi..

    ReplyDelete
  7. @didiey

    iye ke.akak dye tak reti buat?hee :)

    ReplyDelete
  8. @nuyui aka miss YUI

    tenkiu yui :)

    ReplyDelete
  9. taniah dalam majalah remaja

    ReplyDelete
  10. rajinnya berDIY..=) kalau sempat nnti nk try jugak lah..hehe..

    ReplyDelete
  11. @nuyui aka miss YUI

    jemput jemput singgah selalu :)

    ReplyDelete
  12. @evangelistaNIL

    seriously blog saya masuk mag Remaja?thanks for the info Nil ^^

    ReplyDelete
  13. @fatin amalina husna

    buat DIY bila boring jea.buat la, keap jea. 10 minit dah siap :)

    ReplyDelete
  14. @nur era syahirah ibrahim

    hehe tenkiu era :)

    ReplyDelete
  15. @wanieys aka ibu Qalief

    kretipp tengok intenet :)

    ReplyDelete
  16. @fatin hazirah

    hehe,cuba la buat sendiri.best :)

    ReplyDelete