23 November 2012

Menarik pasal PLKN



Hari ni aku nak certa pasal Program Latihan Khidmat Negara la pulakk memandangkan aku dah pernah pergi kem ni awal tahun dulu. Ramai orang cakap PLKN tak best, muka aku jadi hitam la nanti, tak suka benda peluh-peluh ni sume, sama la macam aku dulu. Dulu aku bukan main dasyat tak mau join PLKN tak guna ni, last-last dapat jugak dan 'terpaksa' la pergi sana - Kem PLKN Tasoh, Perlis. 

Last-last baru aku tahu rupa-rupanya PLKN ni best, something yang korang takkan dapat dekat luar sane even korang cakap, 'ala,aku dah pernah buat dah panjat2 tu sume masa kem PMR, SPM dulu'. Yes, memang sama, tapi ada something yang lebih daripada tuu bila korang dapat PLKN ni.

Aku nak bagitau hampa-hampa semua yang bakal dipanggil ke PLKN :)

1. Pemilihan ke PLKN adalah secara rawak
Selalu budak-budak F5 yang jenis tak puas hati dengan PLKN lepas tu terpilih pulak untuk join kem ni mula nak bising-bising, 'Kenapa aku dapat ? Aku aktif ko-k weyhhh, tak adil, tak adil !' - sama macam aku dulu. FYI, pemilihan calon ke PLKN ni adalah secara rawak. Aku tak twu la kalau-kalau kerajaan guna random.org ke ape kan :P tapi pemilihan calon ke PLKN adalah secara rawak oke. So, jangan tak puas hati kalau ade member korang yang tahap selenge pasal ko-k pastu tak dapat.

2. Ada 4 jenis kompeni
Dekat sana nanti masa awal-awal datang, korang akan dapat group kompeni masing-masing. Kalau dekat PLKN ni ada empat kompeni - Alpha, Bravo, Charlie, Delta. Setiap kompeni ni akan mewakili satu warna bendera - Merah, Biru, Kuning, Hijau. Macam aku dulu, aku dapat kompeni Delta, warna hijau.

3. Elaun RM150 sebulan
Ni kire macam gaji first korang la hasil titik peluh sendiri bakar kulit, keringat dekat dalam kem tuu. Memandangkan tiga bulan stay dekat sana, maksudnye korang akan dapat RM450 (RM150x3). Bayaran elaun tu akan dibayar 2x masa pelatih dekat dalam kem dan 1x selepas pelatih tamat kem.

4. Penalti - RM5 ditolak dari elaun atas sebab-sebab berikut
Ada orang tanya kalau dekat kem pastu terpaksa balik rumah sebab patah kaki masa buat flying fox macam mane, takkan elaun kena potong jugak? Jangan risau, elaun korang takkan dipotong unless kalau korang ; tidak hadir tanpa kebenaran, saja nak daftar lewat, pulang awal kerana penangguhan.

5. Makan 6 kali sehari
Jadual makan dekat PLKN lebih kurang macam dekat asrama.Korang tak payah risau bab-bab makan sebab makanan dekat kem memang sedap, serius tak tipuu. Aku bet korang dekat dalam kem nanti tak pernah nak rasa kenyang sampai dah tegah malam pun nak pergi koop lagi, beli Maggi Cup.

6. Modul PLKN ada 4 jenis
Dalam kem nanti, semua pelatih PLKN kena tempuh empat jenis modul ni - Modul Pembinaan Karakter, Modul Kenegaraan, Modul Khidmat Komuniti, Modul Fizikal. Semua modul-modul ni superb best kecuali Modul Pembinaan Karakter dengan Kenegaraaan haha, sebab korang akan belajar dalam kelas jea dari pagi sampai tengah hari, dah la penat.

7. Penangguhan sebab sambung belajar
Oke, ni berita baik untuk pelatih-pelatih kem terutamanya kumpulan 1 sebab budak-budak yang pandai ramai dalam kumpulan tu, dan selalunya dapat offer sambung belajar. Korang boleh stop PLKN tu and go to continue your study at high institution. Berita buruk pun ada jugak, jangan ingat yang korang terlepas macam tu jugak sebab lepas korang habis study, korang kene ganti balik hari-hari yang korang tinggal tu haha even waktu korang dah umur 35 tahun *had umur join PLKN sampai 35 tahun. So takde alasan nak lari.

8. Cara penetapan kem PLKN
Bagi yang tak pernah biase berpisah dengan mak ayah ni, jangan takut, jangan nangis. Selalunya korang akan ditempatkan di kem yang dekat-dekat dengan negeri kelahiran korang. Contohnye, yang lahir Penang - maybe dapat Penang, Kedah, Perlis. Selangor - Selangor,Negeri Sembilan, Perak. Kelantan - Kelantan, Perak. Johor - Johor, Melaka, Negeri Sembilan. See? Tak jauh pun kan.

Rasanya cukup jea la kot setakat ni aku nak share apa yang aku tahu pasal PLKN ni berdasarkan pengalaman aku duluu.

p/s : dan yang paling penting, untuk junior-junior aku yang girls, korang jangan risau, kulit korang takkan hitam punya la, ni bukti :)

Tak hitam kan :D

21 comments:

  1. tak sempat gi plkn, dah tua sangat huhuhu... done follow u dear, btw jom join contest kat sini, senang je

    ReplyDelete
  2. abang saya tahun ni terpilih but tak diberitahu lagi tempat PLKN tu...hehehe

    anda di tag : http://nurain-syahirah.blogspot.com/2012/11/nabila-medans-giveaway.html

    ReplyDelete
  3. @prince of noob tua dahh?haha untung larr :D

    @nurain syahirah iye ke.takpe jangan risau,mesti dapat dekat dengan rumah jugak :)

    ReplyDelete
  4. kalau x nk msuk sbb prcmprn lelaki perempuan dan pakaian yang kurang sopan ...leh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya alasan ni tak boleh diterima,hehe. Melainkan awak ada sakit teruk dan ada surat dari doktor baru boleh dikecualikan.

      Delete
  5. mn la PLKN CMPUR laki pmpuan...klu dtgkap bcnta...mampus kena denda dengan pelatih mcm aku dl...psgn tu kena denda siram dengan pili bomba smbil ustz bc al quran keinsafan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Plkn memang campur lelaki perempuan macam2 bangsa. So boleh kenal ramai kawan2 baru. Dasyat sungguh ustaz dekat tempat plkn awak. Dekat plkn saya dulu takde lagi kes tangkap2 couple ni,semua baik2,hehe :)

      Delete
  6. nk tanye sikit bukan ke PLKN nie,setiap seorang drpd ahli keluarga je yg wajib pegi
    cthnye klau akak sye dh pegi sye x wajib pegi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau yang saya thu macam tu lah,satu keluarga satu wakil tapi keberangkalian ni tak dapat dipastikan :)

      Delete
  7. nk tanye sikit nie bukan ke PLKN nie satiap sorang drpd ahli keluarga je yg wajib pegi
    cthnye klau akak sye dah pegi sye x wajib nk pegi lah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huishh,takde lah sampai patah kaki sebab ada safety semua. Jangan risau!

      Delete
  8. patah kaki sbb flying fox??!! pernah terjadi kew? huuwaaargghhh!!! x nk pegi!!!!

    ReplyDelete
  9. Hmm?? Wait,wait! Kulit tak jadi hitam ke?? Bukankah selalu bawah sinaran matahari kalau kawad kaki??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni depend pada kulit orang tu,kalau cepat burn,cepat la gelap :p

      Delete
  10. buang masa je joint program mcam ni..zaman sekarang bgs fokus dlm study cari duit..joint pun stakat cari awek buat ape..semua hitam muka ala mee kukus magie sos tiram..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha ini comment paling win. Betul cakap awak tapi maybe program ni pun ada advantage dia tersendiri. Tapi kalau dah terpilih tu,nak tak nak kena pergi juga kan :)

      Delete
  11. Akak contohla en kalau nak satu bilik ngan kawan2 , kena daftar sama2 ke ? Or bilik nanti pegawai sana yg tentukan sendiri ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti pegawai dah ada list name kita dapat kompeni mana - alpha,beta,charlie,delta. Jadi,ada kemungkinan awak akan terpisah sebab list name bilik ikut kompeni.

      Delete
  12. Akak cara pemmilihan kompeni tu macam mana?Ke secara rawak.Macam mana nak warm up dgn kwn baru?Satu bilik berapa org?Kalau tak nak berebut bilik air kena bangun awal?Macam mana aktiviti sepanjang PLKN?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemilihan kompeni random. Mkasudnya diorang dah ada list name kita dah,kita kena ikut je.

      Kalau bab nak warm up tu,nanti dalam bilik borak2 lah.lagipun akan sebilik dengan satu kompeni,so better masing2 rapat :)

      satu bilik berapa orang tu rasanya depend awak dalam kem plkn dekat mana.macam akak dulu dekat plkn tasoh,perlis,satu bilik dalam 24 orang.

      Haah awak,kalau taknak berebut bilik air kena bangun awal sebab nanti sebelum ke surau kena beratur dulu.nanti kalau lewat,kena denda pula.

      Aktiviti di plkn ada kelas belajar modul kenegaraan etc,ada masuk hutan,pertandingan kawad,pertandingan malam budaya,flying fox,macam2 lah :)

      Delete
  13. Akak cara pemmilihan kompeni tu macam mana?Ke secara rawak.Macam mana nak warm up dgn kwn baru?Satu bilik berapa org?Kalau tak nak berebut bilik air kena bangun awal?Macam mana aktiviti sepanjang PLKN?

    ReplyDelete