24 January 2013

Kita dan hutang

NOTA : Entri panjang dan bermanfaat

Hari ni aku nak bercakap tentang hutang. Kita ni memang tak boleh lekang dari berhutang terutama sekali dengan kawan-kawan. Same goes to me. Kadang-kadang aku ada jugak pinjam duit kawan aku kalau aku terlupa bawak purse takpun duit tak cukup nak bayar something. Selamat la dapat kawan-kawan yang memahami, dyorang sanggup pinjamkan duit dyorang untuk aku pinjam sekejap.


Bila kita dah pinjam duit orang, automatik kita akan dapat title penghutang (debtor) dan orang yang tolong kita tu pulak dipanggil pemiutang (creitor) *terajar subjek accounting la pulak :P So, bila kita dah jadi penghutang, menjadi kewajipan bagi kita untuk langsaikan hutang tu. Walaupun kita cuma pinjam seringgit dari member nak beli jajan dekat koop, itu pun tetap dikira hutang dan kita wajib bayor. Ni kan lagi laa bagi students yang ada buat loan dengan PTPTN macam aku, memang lagi wajib kita bayar hutang kita.

Dulu masa dekat usrah, aku pernah dengaq akak-akak usrah ni cakap 'orang yang tak bayar hutang ni, roh dia akan terbang dekat langit bumi'. Aku tak tau la betul ke tidak kan, tapi aku dah google beberapa hadis dari Nabi pasal hutang-hutang ni.

Dari Abu Hurairah, Nabi bersabda ;
نَفْسُ الْمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ
"Jiwa seseorang masih bergantung dengan hutangnya sehingga dia melunasinya" (HR Tirmidzi)

Hadis dekat atas buat aku takut. Hutang ialah benda wajib yang kita kena selesaikan dekat dunia ni. Cuba kita muhasabah diri balik, check sama ada kita masih ada hutang dengan siapa-siapa. Kadang-kadang dengan mak ayah kita pun kita ada hutang, contohnya bila kita cakap, 'Mak, orang pinjam duit mak dulu eyh. Nanti orang ganti balik.' Tu pun dah dikira hutang sebab kita berniat nak ganti. Tapi biasa la bagi mak dengan ayah, dyorang mesti akan halalkan duit yang kita guna sebab kita anak :')

Dah check diri kita ada hutang ke tak? Kalau ada, cepat-cepat la langsaikan sementara kita masih ingat dan hidup. Sebab sampai satu masa nanti bila kita dah mati, anak-anak kita takpun ahli keluarga kita akan tanya dekat semua orang yang datang melawat jenazah kita tu, ada tak kita berhutang dengan sesiapa antara mereka semua yang hadir tu ? Nampak tak betapa pentingnya kita melangsaikan hutang, Subhanallah.


Aku harap dengan entry kali ni, aku dapat berkongsi sedikit ilmu dengan korang. Sebelum entry ni berakhir, ni ada lagi satu hadis dari Nabi Muhammad tentang hutang. Harap menjadi pedoman kita semua, insyaAllah.

Dari Suhaib Al-Khoir, Rasulullah bersabda ;
أَيُّمَا رَجُلٍ يَدَيَّنُ دَيْنًا وَهُوَ مُجْمِعٌ أَنْ لاَ يُوَفِّيَهُ إِيَّاهُ لَقِىَ اللَّهَ سَارِقًا
"Sesiapa sahaja yang berhutang lalu berniat tidak mahu melunasinya, maka dia akan bertemu dengan Allah (pada hari Kiamat) dengan status pencuri" (HR Ibnu Majah)

SALAM MAULIDUR RASUL.
YA RASULULLAH, BERSAKSILAH SESUNGGUHNYA KAMI AMAT MERINDUIMU :')

10 comments:

  1. hutang-hutang-hutang...
    eh, ttbe berpikir pasal hutang,
    banyak nya berhutang..
    =P

    Ustaz pesan, bila kita berhutang,
    dengan niat akan membayar semula,
    Inshaallah, jalan membayar hutang akan diluaskan..=)

    ReplyDelete
  2. @nisa dawi

    sebab tu kita kena pasang niat yang baik2,elok2 kan.supaya Allah mudahkan lagi segala urusan kita,amin :)

    ReplyDelete
  3. huhu..kena check balik.....
    thanx cyg :) sgt bermanfaat

    ReplyDelete
  4. @didiey

    welcome akak didiey.jom jom cehck balik hutang kita dengan orang lain :)

    ReplyDelete
  5. bgus nih..hope rmai yg sedar pentingnya hutang tu..::)

    ReplyDelete
  6. entry yang sangat berinfomasi. lengkap dengan hadis hadis. dah dpt ilmu dah masuk blog awak x smpai 5 minit :)

    ReplyDelete
  7. pndai hutang pndailah byr..jgn biar gtu aje kan..hihi

    ReplyDelete
  8. @CikZaniff

    insyaAllah,harap2 ramai yang sedar :)

    ReplyDelete
  9. @Noor Najwa bt San Sudin

    Alhamdulillah, moga kita dapat ilmu baru :)

    ReplyDelete