8 July 2013

Throwback zaman MRSM

Assalamualaikum readers :)

Monday's blues..

Aiseyhh, dia mai dah perasaan rindu zaman sekolah menengah ni. Aku admit aku memang selalu teringat zaman sekolah mennegah aku (atau aku panggil maktab). Selalu kalau nak throwback balik zaman maktab ni, mesti aku akan mengadap Bebe, cerita balik kenangan lama. "Dulu dekat maktab, mesti kita selalu...' 'Masa dekat maktab aku...' and so on.

Aku ter-isnpired nak buat entri throwback ni lepas baca entri blogger Mirza Syazwina dan jugak lepas aku habiskan masa lebih kurang setengah jam plus plus mengadap MJSC Gags. Memang throwback habis aku cakap weyhh. Aku stay dekat MRSM Kepala Batas dari form 1 sampai form 5, dari maktab tu mula operasi masa aku daftar form 1 sampai la dah jadi *MRSM Ulul Albab masa aku habis SPM.

*MRSM Ulul Albab - maktab yang ada aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran yang digabungkan sekali dengan aliran sains tulen (Kalau SBP, nama dyorang SBPI)

So, jom join aku imbas memori kembali. Akan diselitkan beberapa gambar realiti kehidupan student MRSM sebagai penghilang bosan dikala baca entri aku  :3

Minggu aktiviti
Ni la antara minggu terbaik bagi budak-budak MRSM. Satu minggu takde kelas weyhh, heaven kot!! Sepanjang seminggu tu akan ada la aktiviti yang BWP organize macam main game ke, match sukan, talk etc. Minggu aktiviti selalunya akan ada 2 kali dalam setahun sebab satu sem satu minggu aktiviti. Bayangkan dua minggu tak payah masuk belajar dalam setiap sem, purghhh.

*LDP - Lembaga Displin Pelajar (Pengawas)

Wakil maktab
Dulu-dulu siapa-siapa jea yang manage wakil maktab dalam mana-mana pertandingan peringkat MRSM se-Malaysia dah kira habis hot la, terer sebab bukan senang nak wakil maktab. Tak payah masuk kelas, dapat sijil, dapat jalan-jalan maktab lain, jumpa member-member lain. Tambah-tambah yang wakil maktab dalam Olimpiad Math ke, kejohanan olahraga ke, tu memang budak hot habihhh.

Koperasi maktab
Hahaha ni tempat terbaik bagi couple-couple zaman sekolah nak belanja pasangan masing-masing. Asal habis prep malam pukul 10.30, confirm koop dah penuh dengan pasangan-pasangan ni nak belanja aiskrim la, air kotak, coklat, jajan. Tak lepas jugak yang dok dating depan koop, tak boleh blah gilaaa :p


Pusat pelajar
Pusat pelajar ni kira macam tempat student-student nak lepas la. Kalau macam dekat maktab aku, dekat situ la bilik BWP, situ jugak la bilik LDP, bilik check gigi, bilik warden, bilik budak nasyid dengan koop. Dekat sini siapa-siapa yang parents datang nak ambik outing, boleh la buat announcement.

Kad outing
Ni part paling best. Siapa tak pernah buat sign warden sendiri? Tipu la kalau tak pernah. Even aku yang BKP (Badan Kepimpinan Pelajar) ni pun pernah buat sign warden time nak outing hahaha. Ni semua sebab gara-gara malas nak beratur panjang dekat bilik warden nak minta sign, dah la selalu ramai junior pulak tu.


Dewan makan/selera
Ni tempat kami melantak, makan dalam tray/pinggan. Untuk tender maktab aku, memang sepanjang dari form1 sampai form 5 aku stay sana, makanan dye memang TERBAIK. Even ikan jacket, tongkol pun dyorang masak sedap :> Kalau DM masak sedap-sedap macam keli sambal ke, ayam masak merah, confirm line panjang sampai ke belakang. Ni punca selalu pi surau nak Maghrib lambat hehe. Akan ada adegan usha-mengusha jugak yang berlaku di dini antara kaum hawa dan adam.

Kafeteria
Atau kami panggil kafe. Ni antara kedai makan paling goreng pisang la dalam setiap MRSM. Selalu setiap hari Sabtu takpun Ahad lepas gotong-royong, takpun lepas row call gotong-royong, teroih semua pakat serbu nak pergi cafe nak beli makanan. Ye la, dah tak sempat breakfast pagi tu dekat DM sebab malas turun. Hujung minggu memang confirm penuh kafe sebab semua budak-budak ni teringin sangat nak makan 'something new'.


Kiosk PUM
Antara port terbaik lain bagi couple-couple yang nak belanja antara satu sama lain. PUM tu stand for Persatuan Usahawan Muda. Selalunya setiap malam hujung minggu, budak-budak PUM ni akan jual burger, benjo, oblong, char kue tiau and so on untuk penuhkan untung dyorang sendiri. Dulu aku join PUM, aku selalu la jugak skip solat jemaah Isya' masa hujung minggu dekat surau dengan alasan nak pergi masak :p

Prep siang/malam
Sepatutnya masa prep la kan nak buat homework semua tapi kalau readers nak tahu, budak-budak MRSM ni selalunya waktu prep ni la masa terbaik dyorang nak tido. Life dekat maktab sangat lahh compact and memang takkan pernah rasa cukup tido so masa prep ni la nak ganti balik, tambah-tambah prep petang.Confirm lunjur tangan atas meja, tido zzzzz.


Solat jemaah di surau
Benda paling liat nak buat bila nak turun jemaah Subuh dekat surau. Sampai warden siap buat kedatangan datang surau lagi. Siapa-siapa yang tak datang, masa row call pagi kena la hukuman yang sepatutnya. Masa petang lepas lunch, tu la masa terbaik nak tido dekat surau lagi-lagi surau maktab yang ada aricond macam surau maktab aku. Memang ramai gila yang terbongkang tidoq, baik perempuan lelaki.

Huishhh, banyak jugak yang aku dah taip pasal kenangan zaman maktab aku ni. Kalau nak recall balik semua, memang panjang lagi la gamaknya entri ni. Aku buat entri ni pun sebab aku rindu sangat-sangat dekat maktab, kawan-kawan aku dekat sana :') Duduk dekat U ni seriously life dye lain gila dengan zaman sekoah menengah. I just miss my old school :')

Thanks readers sebab sudi baca entri kerinduan maktab saya ni :')

12 comments:

  1. hehee,rindu maktab=')
    part buat sign warden tu paling best=p

    ReplyDelete
  2. rindu T.T
    maktab dah laen sangat2 sekarang .
    serius dah tak macam dulu .
    sedih sedih .

    kapan bisa ketemu ni cik kyra lalala ?

    ReplyDelete
  3. rinduuu zaman dekat maktab dulu :( sekarang surau maktab gua kemain dah ada air cond kauu. dulu mana ada. subjek spm pun dah dipelbagaikan. terus masuk jurusan yang dorang nak.

    ReplyDelete
  4. selamat berpuasa awak. :D

    kita dah tak rindu maktab sgt dah. rindu uitm perak pulak. huwaa..rindu bazar ramadan uitm. hihihi

    ReplyDelete
  5. tudia rindu ngat aihhh kat maktab ! tapi part dating depan koop tu , HHAHAHA kfine terasa . muehehe :p

    ReplyDelete
  6. tudiaaaa rindu ngatt aihh kat maktab ! hiksss . tapi part dating depan koop tu , HAHAHAHHAHA ! Kfine terasa . muehehehe :P

    ReplyDelete
  7. budak2 mrsm skrg dh x merasa event ''lumba lari acara sembunyikan telefon dari warden''..part tuh plg seronok sbb dpt tipu warden..part plg mendebarkan..n part plg sedih klu kena rampas..hahaha

    ReplyDelete
  8. untung la dok mrsm... makan sume mara tanggung... mak bapak kaya pon untung sbb anak2 dpt mkn free... mrsm pon bnyk berubah sbb bnyk amik anak2 org kaya... lepas tu nak prep pon dlm aircond jer.. harap dgn kemudahan yg ada sekarang anak2 nie jadilah org bila dah dewasa nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin,insyaallah. Insyaallah kami anak2 MARA akan berbakti semula untuk agama negara dan bangsa

      Delete