3 January 2014

Pedih ulu hati, pernah rasa?

Assalamualaikum readers :)

Pernah rasa tak pedih ulu hati? Kalau nak tau rasa pedih ulu hati tu macam mana, selalunya bila kita tengah syiok-syiok tido, tiba-tiba kita rasa pedih sagat dekat bahagian dada. Untuk legakan sakit tu, terpaksa bangun duduk kejap. Haa, tu la nak tau kita pernah experience ke tak pedih ulu hati tu.

Dan aku adalah seorang daripada penghidap pedih ulu hati (aicewah).

Kadang-kadang dalam pukul 3-4 pagi aku boleh terjaga sebab rasa pedih. Baring kiri tak kena, baring kanan tak kena. Nak tak nak kena bangun, duduk kejap dalam 5 minit kasi hilang pedih tu.


So apa punca boleh dapat pedih ulu hati ?

1) Suka sangat makanan makanan pedas
Aku memang peminat tegar makanan pedas-pedas ni. Tambah-tambah kacang botol cicah pula dengan sambal belacan. Purghh, memang nikmat bakhang. Tapi effect suka sangat makan makanan pedas, hang akan pedih ulu hati tskk tskk.

2) Makan dalam kuantiti banyak + tak kunyah perlahan2
Ni bahaya ni. Mohh le kita ikut sunnah Rasulullah, kunyah biar 44 kali. Baru makanan tu betuul-betul hancur and senang hadam dalam perut nanti. Kurang la sikit nak memerut juga nanti, hehe :)

3) Diet serat rendah
Tak suka makan sayur? Haa, memang senang la kome nak dapat pedih ulu hati.

Ni antara punca basic kenapa golongan remaja senang dapat pedih ulu hati. No 1 dengan 2 memang aku selalu buat pun. Padan muka, last-last kena terjaga malam-malam buta sobss sobss.

Apa pula solution untuk pedih ulu hati ni ?

1) Makanlah makanan kurang pedas & berlomak

2) Makan dalam kuantiti yang sikit

3) Kunyah dengan sempurna, tak payah gelojoh

4) Jangan berbaring selepas makan (opss!)

Yang penting sekali point ni!! --> Tinggikan sedikit bahagian kepala masa baring kalau dah mula rasa simptom pedih ulu hati tu.

Lepas ni kena la tahan diri nak makan sambal belacan kerap sangat. Kalau readers ada yang pernah rasa pedih ulu hati ni, harap entri ni dapat bagi informasi baru buat kalian. Toodles :)

Credit to : Know your medicine

12 comments:

  1. Selalu pedih bila makan gelojoh .. Nak habiskan makanan cepat2 tapi senak .. Pedih .. Tapi alhamdulillah takdelah kena teruk

    ReplyDelete
  2. pedih ulu hati tuu dia mcm gastrik ke ek? hurm. xpernah pulak rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain dengan gastrik sebab pedih ulu hati ni kita akan rasa sakit bahagian dada, gastrik lain. Tak pernah rasa eyh? ALhamdulillah, jaga kesihatan elok2 :)

      Delete
  3. selalu tido mati je tak bangkit-bangkit..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huishh, ni memang tak bolrh nak kata apa dah la :p

      Delete
  4. makan kurang pedas x lalu pulak..heheh..ada jugak kena pedih lulu hati ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lulu hati? Comel je bunyo typo hehe. Orang melayu memang kena makan pedas, wajib! Tapi lepas dah kena sakit ulu hati baru nak nyesal :P

      Delete
  5. penah penah :(
    since darjah satu lagi .
    nice sharing :)

    ReplyDelete