Lamanya dah tak publish entri dekat blog, rindu nak bercerita (biasa la perempuan). Setelah sekian lama tak update apa-apa, terus nak buat entri pasal resepi cheesekut. Sebenarnya dah lama dah nak buat entri resepi ni tapi malas nak on laptop, takdak idea nak menaip jadi terbengkalailah penulisan.
Cheese + biskut = cheesekut
Memang senangggg sangat nak buat cheesekut ni! Sekarang ni kan zaman semua makanan nak letak cheese dari makanan berat sampai la pencuci mulut. Contohnya baked cheese rice,burger tambah cheese,cheesy wedges,cheese cake etc. Kalau readers minat yang manis-manis ada cheese ni tapi skill nak buat cheese cake takdak, don't worry, kita boleh buat cheesekut! Average nak buat cuma 10-15 minit sahaja.
Bahan-bahan :
1. Cream crackers
2. Cheese (cheese untuk buat kek)
2. 3/4 Susu pekat
3. Susu cair dutch lady
4. Oreo/cream-o hancur
Lets start the baking session.
(actually there will be no baking at all!)
1) Hancur oreo sampai jadi sehancus-hancusnya sebab nak buat layer cheesekut nanti. Better pakai oreo dari cream-o sebab cream-o lapisan cookies nipis & akan dapat hasil yang sikit.
(take note : nak guna serbuk milo pun boleh tapi aku suka oreo)
2) This is the crucial part, cheese layer. Letak semua bahan A - cheese dalam mixer, 3/4 susu pekat dan 4 sudu teh susu cair dutch lady. Lepas tu mix well sampai jadi gebu.
(take note : susu pekat jangan letak banyak sangat sebab nanti rasa cheese akan tenggelam)
Gaul sampai gebu macam pipi sendiri lol
Gebu macam ni |
3) Dah siap ingredient nak buat layer, masa untuk buat the real cheesekut! Rendam cream crackers dalam susu cair dutch lady sampai tenggelam semua & susun dalam tupperware.
(take note : jangan rendam lama sangat or else biskut tu akan lembik)
Walaaaa, dah siap cheesekut oreo! Simpan dalam peti sejuk dan makan masa sejuk-sejuk memang sodappp whoaaa. No baking skill needed, cuma kena rajin sikit nak hancurkan oreo sebab tu bahagian paling renyah hahaha. Boleh la kalau nak bagi dekat yang tersayang hee. Selamat mencuba! :)
Cantik + sedapp!! |
wahhh rajinnya buat tutorial resepi. lepas ni boleh laa jual ye dakk? hehehh
ReplyDeleteJadi rajin nak buat tutorial resepi sebab takdak idea nak taipapa hehe. Insyaallah :p
DeleteResipi non bake ni memang suka sebab takde oven kat rumah. Best ni buat dessert ☺ thanks sharing tutorial ye.
ReplyDeleteYour welcome! You should try to make it (not bake it) because you don't have to use oven ;)
DeleteBestnya resipi non bake! Takde oven kat umah la katakan hehe. Thanks sharing tutorial ek 😊
ReplyDeleteBestnya resipi non bake! Takde oven kat umah la katakan hehe. Thanks sharing tutorial ek
ReplyDeleteBest resipi non bake! Thanks sharing tutorial 😊
ReplyDeleteSama-sama awak. Selamat mencuba!:)
Deleteoh my god~~ nmpk sdp angatttt~ >< fav kot cheese tuhh
ReplyDeletebut. ada satu mslh.
siyes mls nk watt.. but da meleleh da dpn lappy ni. :D