11 July 2013

Puasa di kala Ramadhan

Assalamualaikum raeders :)

Puasa puasa!!

Alhamdulillah, aku berjaya sambut 1 Ramadhan tahun ni. Biasa la perempuan kan, kalau ABC tak boleh la nak sambut hihihi. Ramai gila bloggers buat entri pasal 1 Ramadhan semalam. Aku (bajet) nak buat lain dari yang lain sikit, aku buat entri 2 Ramadhan.

Macam biasa 1 Ramadhan aku, aku still sambut dekat tempat orang . Dari aku form 1 sampai form 5 sejak aku stay asrama penuh, tak pernah lagi aku sambut 1st puasa dekat rumah tskk tskk. Ingat lepas SPM  boleh la sambut 1 Ramadhan dekat rumah tapi tak jugak, sebab aku dah daftar masuk UiTM SI time tu. Tahun ni jugak aku sambut 1st puasa dekat U dengan le roomates.

Cakap pasal asrama penuh, teringat pasal MRSM. Terkejut badak monyet beruk aku tengok pageview entri lepas pasal Throwback zaman MRSM. Lebih 100++ pageviews dalam sehari. Terharunya aku~~ Selalu habis kuat pun 20++ pageviews ja. Terima kasih readers yang sudi membaca dan buat saya hampir menitiskan air mata terkejut punya pasal :>


Sembang pasal puasa dekat U ni ada best dengan tak best. Aku nak cerita part yang tak best dulu (sebab tengah sedih).

Sahur
Masa sahur part paling sebak. Makan apa yang ada dalam bilik jea macam sup Vono, Camphbell ke, makan roti beli dekat kedai. Nak up sikit beli la nasi siap-siap malam tu dekat kafe / bazaar nak buat sahur. Bila makan pagi tu dah sejuk-keteng. Kalau dekat rumah, mak masak sedap-sedap time sahur, panas-panas lagi makanan.

Buka puasa
Dekat U, nak beli makanan semua pakai duit sendiri. Kalau teringin nak makan macam-macam time nak berbuka tu, terpaksa la habiskan banyak duit dekat makanan. Dekat rumah, makanan semua mak dah ready kan, tunggu masa jea nak makan ramai-ramai satu family. Kalau nak beli dekat bazaar, ayah yang bayarkan, bagitau jea nak makan hape. Rindu mak ayah :(

Nampak tak kesedihan aku tskk tskk. Oke, takmau sedih-sedih dah. Puasa dekat U pun best, ada jugak part best nya. Lets see :D *kesat-kesat mata*

Sahur
Sahur dengan kawan-kawan pun seronok. Kejut dyorang bangun sahur sama-sama dengan kita. Dapat tengok muka mengantuk dyorang bangun pagi. Kalau yang liat nak bangun sahur, kejut banyak-banyak kali sampai dia bangun haha. Time makan, aku tengok hang, hang tengok aku :p (Mengenang kesedihan masing-masing)

Buka puasa
Part ni lagi seronok. Kawan-kawan pun ahli keluarga kita jugak dalam university term. Pergi bazaar ramai-ramai dengan le roomates, classmates. Boleh kongsi makanan, jimat sikit duit kan. Duduk mengadap muka masing-masing, boleh nampak semangat nak buka puasa member haha.

Oke la, ada -ve ada +ve. Balance la jugak cerita puasa dekat rumah dengan U aku ni. Tapi aku tetap rindu nak balik puasa dekat rumah sebab ada mak dengan ayah. Mak, ayah, tunggu anakmu ini pulang pada 1 Ogos ini!!!

13 comments:

  1. hihi..kenangn kan..msti la best...

    ReplyDelete
  2. pulang 1 Julai eyh,hurmmm,tapi hari ni dah 11 Julai dah,maknanya dah sepuluh hari balik rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiseyhh typo di situu :p
      sudah dibetulkan semula, 1 ogos hehe.

      Delete
  3. Sedihnya . Nasib baik eyqa tak fly anywhere lagi . Kahkahkah . Still merempat dekat rumah nie untuk habiskan makanan . Yippy !

    ReplyDelete
  4. Samalah kita menikmati nasib yang sama bersahur dan berbuka di asrama. InsyaAllah, minggu depan nak balik. Rindu umi abah.

    ReplyDelete
  5. puasa dengan kawan seronok jugak ^_^

    ReplyDelete
  6. sayup je time ni .. tambah2 time sahur .. teringat kat mak ..
    selalunya mak yg kejutkan tpi bila buka mata , kwn yg kita lihat ..
    huhu .. sedih2 :(

    #selama puasa kak :)

    ReplyDelete
  7. bukak puasa dengan kawan2 memang best . . bila dah grad nanti bila knang balik semua tu mesti rindu nak ulang sekali lagi :)

    tak pe sabar ye tak lama dh nak balik tu . . nanti balik lepas rindu puas2 dekat mak ayah tao ! hehehe selamat berpuasa !

    ReplyDelete
  8. esok (Jumaat) balik rumahhh. yeayy yeayyy hihi

    ReplyDelete
  9. hihi..takpelah..yg penting raya balik =)

    ReplyDelete
  10. whoaaaaah . heheh hidup perantauan nih . kekekek

    ReplyDelete