8 June 2013

Kenali awak kuat emosi sedih atau tak

Assalamualaikum readers :)

Selamat hari Sabtu.

Mesti ramai di kalangan diri kita yang tak sedar sebenarnya kita ni jenis yang kuat emosi terutama sekali emosi sedih. Baru tengok cerita hero mati dekat tv, dah mula nak menitik air mata tu. Mungkin ramai yang rasa diri kita ni jenis yang cool tapi hakikatnya emosi tinggi tahap gunung. Macam mana nak tau yang kita dan orang sekeliling kita ni jenis ada emosi sedih yang tinggi atau tak? Ni aku list beberapa contoh yang mungkin boleh membuktikan bahawa awak, awak ni sebenarnya jenis yang kuat emosi!! *semangat cakap*

1.Nampak kucing sakit
Ni perkara biasa especially bagi kaum hawa. Nampak jea kucing gesel-gesel dekat kaki mintak makanan dekat kedai makan, dah mula rasa kesian. Nampak kucing sakit, kucing luka-luka badan, tengok gambar kucing sakit, anak-anak kucing yang mak takde, mengiau lapaq, terus rasa sebak dekat dada dan nak menangis. Ni memang bukti jelas bahawa awak memang ada emosi sedih yang kuat dan berjiwa penyayang. Kalau ada lelaki macam ni memang sweet.

Ya Allah, kesiannye :'(
2.Dengar lagu sedih
Tengah baring-baring atas katil sambil tu dengar lagu. Tiba-tiba masuk satu lagu yang lirik, nada, irama dye mendayu sedih gilaa. Dan secara tiba-tiba jugak air mata kita menitis sebab terbayangkan someone yang kita suka, sayang dengan lirik lagu tu. Imaginasi tu terjadi sebab kita terlalu menghayati lirik lagu tu sampai menangis-nangis. Sah, korang memang ada emosi sedih yang hyper. Ni satu lagu yang boleh buat aku menangis - Forever and always.

3.Tengok muka mak/ayah
Ni memang confirm akan rasa nak menangis tambah-tambah bila kita tengok muka mak/ayah yang penat masa dyorang tido. Tengok muka mak/ayah masa tido, terus rasa nak menangis sebab rasa sayang sangat-sangat dekat mak/ayah, tak boleh hidup tanpa dyorang. Menangis sebab ni takpe sebab tengok muka mak/ayah saja pun kita dah boleh dapat pahala.

4.Teringat kenangan-kenangan lepas
Contoh nyata yang korang memang ada emosi sedih yang kuat. Bila habis jea borak dengan member-member lama dekat sekolah/universiti/tempat kerja, rasa sebak sangat dan kadang-kadang sampai menangis sebab rindu sangat-sangat dekat dyorang dan semua kenangan yang kita ada dengan dyorang.

5.Tengok movie/cartoon sedih
Sampai jea part sedih dalam movie especially cerita hindustan, terus mata ni menangis. Kalau nak tau lagi awak ni ada emosi sedih yang kuat atau tak, cuba tengok cerita cartoon yang ada scene sedih macam cerita
Spirit, Brave dan berjaya menangis, memang confirm korang ada emosi sedih yang kuat.

Kartun ni sumpah touching gilaa
Cepat megaku siapa yang ada salah satu contoh dekat atas? Dekat atas ni antara contoh yang aku boleh kasi dekat readers sebab aku memang experience semua ni. Aku mengaku aku memang ada emosi sedih yang sangat tinggi. Harap entri kali ni dapat bantu korang kenal diri sendiri dan orang lain sama ada emosi sedih tu tinggi atau tidak dalam diri. Sampai berjumpa lagi :)

8 comments:

  1. Semua di atas ada dalam diri, haha :)

    ReplyDelete
  2. Semua di atas dalam diri mai :D hahahaa

    ReplyDelete
  3. cepat sedihpun tgk kartun pun boleh nangis...kesian kucing tu kan ...singgah sini..

    ReplyDelete
  4. sedih kan tengok kucing tu...

    ReplyDelete
  5. Fiqah beberapa je yang ada kat atas tuhh.. Kalau perempuan lagilah emosi sedihnya tinggi..

    ReplyDelete