Selamat tahun baru 2016 readers! :D
Ni previous post aku pasal berjaya dapat tawaran ACCA dekat intec.
*ni berdasarkan pengalaman intervew pada 7/12/2015. Pindaan mungkin berlaku.
Harini aku nak share beberapa tips & pengalaman yang aku dapat masa pergi interview untuk dapatkan tajaan dari Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) bagi program kertas profesional akaun iaitu ACCA. Untuk bagi senang orang nak search tips and pengalaman interview YPPB ni (aku sendiri pun search guna tajuk atas),sebab tu aku guna tajuk atas ni supaya lebih general. Kebanyakan tips yang aku jumpa dekat google especially blog,kebanyakan interview YPPB ialah yang berkaitan dengan Program Tunas Geliga (program utuk lepasan SPM), tak banyak untuk tips untuk interview program Peneraju Profesional Akauntan Muda.
Untuk tips and pengalaman yang aku nak ceritakan ni,interview yang aku pergi ni ialah interview YPPB untuk program Peneraju Profesional Akauntan Muda (PPAM).
Apa tu program Peneraju Profesional Akauntan Muda?
Program ni memang khas untuk lepasan CAT/diploma yang nak sambung ke kertas profesional pada usia yang muda. Syarat dia senang je,masa apply tu,umur mestilah 21 tahun ke bawah and minima cgpa diploma ialah 3.00 tak salah aku. Simple je syarat dia :)
Untuk yang nak tahu apa lagi tajaan dari YPPB untuk program professional dalam bidang akaun, boleh tengok dekat sini.
Macam mana nak apply?
Aku apply untuk interview ni straight dari website Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera. Untuk yang apply under website Peneraju untuk program Peneraju Profesional Akauntan Muda (PPAM),kita boleh pilih nak buat kertas professional dekat 3 universiti - INTEC Education College, Sunway University atau HELP University. Aku pilih INTEC Education College dekat Shah Alam.
Macam mana proses interview YPPB untuk program Peneraju Profesional Akauntan Muda?
Okay,this is the interesting part yang aku seronok nak share dengan korang semua. Sebelum dapat masuk bilik interview,akan ada dua (2) tests yang kita kena buat dulu,
1) English test
English test simple je,kita cuma perlu buat essei berdasarkan tajuk yang pihak tuition provider bagi (macam aku INTEC). Setiap kali sesi interview,soalan esei akan berubah-ubah, Before nak pergi interview ni,better get ready la dengan semua knowledge yang korang ada pasal bidang profesional akaun ni. Ni soalan yang aku dapat masa english test hari tu.
"Professional accountants have a vital role to play in commercial success, by using their increasingly valuable knowledge in a way which gives their organizations or clients in a competitive advantage"
'Explain how ACCA qualification will be able to prepare you for such role described in the above caption'
anda hebat kalau boleh nampak tulisan saya! |
Ramai yang paling takut bila dapat tahu nak dapatkan tajaan YPPB untuk program ACCA kena buat math test.. Aku la salah sorang tu,aku gabra betul bab math test ni sebab bila baca blog orang lain,diorang cakap susah. Sini,aku nak bagitau korang,and please percaya aku,soalan math dia level medium. Ada soalan banyak basic math modern,basic addmath SIKIT je,statistik SIKIT and business math banyak. Untuk math test ni,aku dapat 75% je kot markah,orang sebelah aku 90% beb!! (tapi alhamdulillah,masih berjaya) Nak menangis aku waktu tu. Soalan dia insyaallah korang boleh jawab sebab semuanya multiple choices. Kalau tak tahu jawapan,boleh guna teknik trial and error :p
Ni antara contoh soalan yang aku sempat salin,
1) 6a+6b+2a-3b = ???
2) Equipment is sold for $240 and makes a profit of 20% on cost. What is the profit price?
3) x-2y = 6
5x+4y = 100. (Solve x and y)
Senang kan? ;)
Waktu ni nerous nak mampoihh! |
betul 30/40 :( |
Ini pengakuan sebenar dari pengalaman aku dan aku harap sangat korang PERCAYA cakap aku ni. Interview dia ya allah,sangat simple & senang!! Apa aku boleh cakap,it is not like an interview (where you have to know so much general knowledge) but more to sharing session with the panels. Panels akan tanya :
Family background, apa korang buat masa weekend, apa korang nak jadi dalam masa 5 & 10 tahun akan datang, how do you know about YPPB scholarship, parents you tahu tak pasal YPPB ni, apa pandangan parents you bila you nak sambung professional paper etc.
See? It's not like an interview but more likely about yourself. Tips aku,just be yourself and cerita betul-betul kenapa nak sambung professional paper (in this case - ACCA). Second tips, get ready yourself with questions to be asked to your panels. You should have at least 1 question for them. Haaa,baru nampak yang kita sunguh-sungguh nak proceed kertas profesional. Jangan risau sebab panels YPPB sangatlah ramah and diorang pun ada macam-macam cerita nak kongsi dengan kita masa interview tu (but depend juga la siapa panel korang nanti).
PERCAYA la cakap aku,interview YPPB sangat senang sebab panels nak tengok confident level bakal scholar dia & your cgpa result is the second place :)
Bila keputusan akan keluar?
Macm aku pergi interiew 7/12/2015, pihak YPPB mula bagi emel on 29/12/2015. So rasanya bagi program Peneraju Profesional Akauntan Muda, dalam masa sebulan insyaallah,result dah keluar melalui emel bukan website.
Aku harap tips and pengalaman yang aku share ni dapat tolong bakal-bakal next YPPB scholar untuk score dalam interview. Jangan takut dengan math test sebab aku yakin korang yang lagi pandai dari aku ni mesti mampu jawab,so goodluck for your interview! Kalau ada pertanyaan,comment je dekat bawah ni,insyaallah yang mana aku mampu tolong,aku tolong :)
cayalah! tahniah kira..:*
ReplyDeleteThank you Husna :D
DeleteTahniah keah! I am so proud of you lah!
ReplyDeleteKenapa tahniah? Sebab masih aktif kat sini. Muehehe pastu sebab dapat masuk INTEC!
Kenapa i am proud for you lak? Sebab Keah ni jenis SEMANGAT! Apa pun mesti hang semangat kannnnn. Hihkhik.
Thank you weyyy. Doakan aku dekat sini :)
DeleteTahniah. Semoga interview berjalan lancar. Cerita lah sikit untuk panduan kami semua nanti.
ReplyDeleteTerima kasih. Dah ada post dah pasal tips and pengalaman interview dekat post lepas. Nanti awak check balik :)
DeleteEssay english tu susah tak sis?
ReplyDeleteBoleh jadi senag,boleh jadi susah. Yang penting kena ada idea nak tulis apa. Buat essei macam SPM dulu je,yang penting grammar kena betul sebab nanti exam fully English :)
DeleteNICE! nak tanya la kan, mse interview tu bukan ade group session ke?
ReplyDeleteUntuk iv yang saya pergi ni,takde group session,semua individual.
Deleteinterview dalam bahasa inggeris ke?
ReplyDeleteYup,fully in English :)
DeleteSorry Im using my mom's acc. hehe. Im going to have this assessment and iv next monday! Soalan essay dia susah susah tak? And soalan maths fully english lah ye? Masa interview, Ramai ramai or sorang je? Thankyou :)
ReplyDeleteIt's okay,as long as your question been answered,hehe. Soalan essay dia senang if you have idea and make sure the grammar is correct. Better used present tense so that it will be easier. Yes,soalan maths fully english tapi soalan senang je. English tahap Malaysian hihi. Iv yang saya pergi ni sorang2,takde group :)
DeleteSaya mohon kategori A. Tapi English & math test objektif aje. Betul tu interview dia senang je. Macam sembang2 aje heee
ReplyDeleteHaa,kan,memang senang iv dia,sembang2 je hehe. Saya punya result maths test pun tak hebat mana tapi Alhamdulillah dapat juga :)
DeleteSempat amik gambar hehe
ReplyDeleteDah berniat ambik gambar sebab nak update dekat blog :p
DeleteEnglish test tu dia tgk apa ye? Grammar or the points atau semua dikira? Like how many words essay? And then interview is it in english or malay?
ReplyDeleteSaya tak pasti apa yang pihak Peneraju tengok tapi rasanya mostly dia nak tengok tahap English kita dekat mana sebab eam nanti fully English but at least make sure you have 3 points minimum :)
DeleteIv fully English too.
From your point of view, test math Dan essay English tu Susah tak?
ReplyDeleteTest English memang essay sahaja ke?
Test math saya boleh cakap so-so la sebab depend awak still ingat lagi tak maths yang awak belajar masa SPM and diploma,hehe.
DeleteYup,test English cuma essay and iv also will be in English :)
Hi kak! Saya dpt pergi interview yang sama dalam bapa hari je lagi, nak tanya interview tu diorang jalankan dalam bahasa inggeris atau melayu? :)
ReplyDeleteHi Zetty.
DeleteIv memang dalam English :)
Salam kak, nak tanya kalau lepasan spm utk program ni, test bi and math still sama ke? Ke format dia lain dah?
ReplyDeleteSalam.
DeleteUntuk lepasan SPM saya tak pasti la awak. Rasanya tak sama but I'm not sure :)
Nk tanya iv dalam English ke?
ReplyDeleteEnglish :)
Deletenk tnya... tmudga utk lpasan acca bdk dip ngan deg asing2 ka... sbb dya emai tarikh 22 ngan 31 may 2017
DeleteSalam kak saya nak tny, kita kena register acca dlu tak perlu tggu result peneraju atau kita memang kena tggu result peneraju baru register acca?
ReplyDeleteSalam.
DeleteIf awak berjaya dapat tajaan dari Peneraju,semua pendaftaran dengan pihak ACCA will be settled by pihak Peneraju. Means semua payment,registration will be doned by Peneraju :)
May i know how old are you this year? :)
ReplyDeleteThis year I am 22 years old :)
Deleteakak..saya nervous ..ahad ni iv..saya lepasan spm dan saya minat dan pilih bachelor of education(hons)
ReplyDeleteInsyaallah awak boleh buat. Just confidence dengan diri sendiri,jangan rasa down bila tengok candidates lain. All the best! :D
Deletekak,saya nervous.ahad ni iv.bachelor educations(hons)
ReplyDeleteJangan lupa selawat banyak2,minta mak ayah doakan semoga urusan dipermudahkan. Good luck awak!
DeleteI applied for YP last July. Then g interview kat Sunway tapi tapi tapiiiii tak lepas interview :( shedeyhh. Pastu ni nak apply for Jan intake pulak kat INTEC. Huhuhu pray por me tq tq
ReplyDeleteIye ke. Insyaallah,mungkin ada hikmah kenapa awak tak dapat buat ACCA dekat Sunway. Saya doakan awak dapat masuk INTEC for next intake. Good luck! Buat sehabis baik masa interview,banyakkan bersenyum dan tanya soalan pada interviewer waktu last2 tu. Baru dapat extra marks :)
DeleteOhh tak perasan awak reply. Hehehe saye insyaAllah interview 22 hb ni. Phew serammmm. Aaamiin aamiinn aaminnnn. Thanks for the prayers n tips. Mmuahh mmuahhh. See you in INTEC soon insyaAllah :"))))
DeleteAmin,insyaallah saya yakin awak boleh perform iv and dpat tawaran sambung ACCA. Chaiyokk!
Deletesalam, nak tanya, diorang bagi berapa sebulan haha
ReplyDeleteSalam.
DeleteHahaha,woww soalan ni paling best and memang saya pun dulu tertanya2 juga.
Satu sem = 6 bulan - dapat RM3,000 :)
Ape yg perlu bawak mase iv erk?
ReplyDeleteNanti pihak YPPB akan maklumkan dalam emel :)
DeleteHi nk tnye ape perlu bwk untk iv erk?
ReplyDeleteHi. Nanti pihak YPPB akan maklumkan dalam emel :)
DeleteBlh tak nak tau cemana akak jawab soalan dia yg dia tanya jd apa 5 yrs later apa tu huhu
ReplyDeleteApa eyh akak goreng dekat interviewer tu,dah lama sangat,tak ingat dah ;p
DeleteHehe,takde lah goreng tapi betul la impian. Tak silap,akak ada cakap :
1) nak pegang title Chartered Accountant (CA)
2) nak jadi kaya
3) nak lead others supaya jadi berjaya (means time tu dah pegang jawatan tinggi)
4) nak contribute back to society dengan give talk about benfites having CA title
Rasanya tu je kot :)
Assalamualaikum. Nak tanya. Kalau lepasan spm 2016, macamana nk apply ehh? N bila kena apply?
ReplyDeleteWaalaikumussalam.
DeleteAlamak,saya tak pasti la awak. Awak kena rajin check website YPPB,insyaallah diorang akan sentiasa update dekat situ :)
Nak tnya. Lepasan spm 2016 macamana nak apply ehh? Dan bila boleh apply?
ReplyDeleteAssalamualaikum. Nak tanya. Kalau lepasan spm 2016, macamana nk apply ehh? N bila kena apply?
ReplyDeleteWaalaikumussalam.
DeleteAlamak,saya tak pasti la awak. Awak kena rajin check website YPPB,insyaallah diorang akan sentiasa update dekat situ :)
May i know what answer for question no 2 math test?Thank you
ReplyDeleteOMG i guess i can't remember the answer lulz :p
Deletesalam..
ReplyDeleteakak,kalau x dapat diorang emel x?? such as 'harap maaf,permohonan anda gagal'
Salam. Rasanya kalau tak berjaya,pihak YPPB takde hantar apa2 :)
DeleteAssalamualaikum,,
ReplyDeleteakak, saya lepasan spm, esok ade interview... huhu,,, nervous ade, tp mostly mcm nk rilekss je, hahahaha,, nervous tu part essay bi tu lerr,, nk kata lemah tu bukan, tp otak mmg bkn sastera pnye.. takde idea la i nk mengarang,, almaklumlah common knowledge pon takde,,, huhu. TT cadang nk pulun baca psl cat and acca ni,, tp dh hilang halatuju,, mohon pencerahan basic2 ayat boleh pakai utk essay tu nnt boleh x?.., tp mcm x sempat..kalau akk x baca. hihuhihu...
Waalaikumussalam. Awak sorry,akak baru baca comment awak tapi akak doakan awak berjaya iv ni nanti. Insyaallah,amin :)
DeleteWaalaikumussalam. Awak sorry,akak baru baca comment awak tapi akak doakan awak berjaya iv ni nanti. Insyaallah,amin :)
DeleteKalau nk mohon yppb ni, average marks kena 65 kan ?
ReplyDeleteAverage marks tu maksud awak yang mana ye? Average marks masa jawab test maths ke? Kalau itu, saya tak berapa pasti la awak.
DeleteNak mohon yppb ni average marks result cat kena 65 kan ? Kalau tk 65 tk boleh ke ?
ReplyDeleteKalau pasal CAT,saya tak pasti awak sebab saya lepasan diploma. Maybe awak boleh call pihak yayasan terus, tanya hal ni dengan diorang :)
DeleteSalam. Maaf tanya pasal elaun, rm3000 termasuk yuran and other fees ya?
ReplyDeleteSalam. Elaun rm3000 tu hanya elaun makan. Yuran and other fees tak termasuk.
DeleteTHANK YOU SO MUCH
ReplyDeleteYOUR WELCOME :D
DeleteAssalamualaikum , kak . saya nak tanya : kalau interviewers suruh tanya soalan , kita kena tanya pasal apa ja ? like pasal program yang kita nak ambik ? or tanya pasal kolej tu ( fasilitis and others ) . mohon pencerahan .
ReplyDeleteassalamualaikum , kak . nak tanya , kalau interviewers bagi kita tanya soalan , kita patut tanya pasal apa ja ? lebih prefer pasal college ( like fasiitis and others ) or pasal program yang ditawarkan ?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Bagi akak la kan,better awak tanya pasal program ACCA. Sebab yang intervviewer tu pun,dia bukan staff INTEC,so maybe dia tak tahu sangta pasal fasiliti. Lagipun kalau awak tanya pasal program,nanti nampak la awak macam betul2 berminat dengan course ni )
DeleteThanks kak 🤗 saya dah pegi iv dah and thanks to your reply , saya rasa confident dengan iv saya 😊 kalau tak dapat tu redha jaa 😊 thanks kak 😀 all the best for your future and mine too 🤗
DeleteYour welcome zulaiqa. Glad to know yg awak confident dengan iv awak!! Iv dia senang kan? Kan akak dah cakap,hehe. Good luck dan insyaallah,awak lepas iv ni dan dapat sambung acca!! All the best to you too :)
Deletesis, soalan apa yg saya kena tanya dekat interviewers tu ?
ReplyDeleteAwak tanya pasal course acca,tanya apa cabaran study ni ke,apa perspektif keje nanti,apa major patut saya buat bila dah sampai paper P. Apa-apa berkaitan acca. Ataupun nak nampak hebat lagi, tanya apa pendapat dia pasal bumiputera yang ambik acca ni, apa pendapat dia pasal future bumiputera dalam bidang profesional :)
DeleteAssalamualaikum awak. Nak tanya, masa nak attend iv tu ada kena bawak slip gaji mak ayah tak?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Tak perlu slip gaji mak ayah :)
Deleteu masuk bulan jan ke?intake untuk april ade ke?
ReplyDeletei masuk intake januari. rasanya utk acca di intec,ada intake for jan,april and oktober.
Deletesaya baru apply biasiswa peneraju. macam mana nak tahu kita layak untuk di interview ke tak? peneraju hantar emel kepada applicants ke kena cek di website?
ReplyDeleteNanti pihak peneraju akan hantar email. Good luck! :)
DeleteHI, boleh tolong confirmkan balik tak. Untuk intake ACCA dekat INTEC under yayasan peneraju 2018 ada buka untuk bulan berapa je? Thank you
ReplyDeleteHi. Saya tak berapa pasti tapi selalunya januari,april,july :)
DeleteHi,saya akn pergi iv sabtu ni . And saya sbnarnye kecut dgn essay test tu . Susah x tajuk yg dia kasi ? Bi saya beshe2 je , but u know , still kecut kottt🤧 pls respond asap ðŸ˜
ReplyDeleteHi fiya.
DeleteFiya jangan takut! Nak buat essay tak perlu ayat bombastic,berbunga. Guna term yg biasa2 je. Tips saya,better guna present tense,lagi senang. Tapi takpe,jangan risau,grammar ni semua tak penting. Yang penting english tu still boleh difahami :)
Good luck and all the best!
Hye, can I know for family background yg die tanya tu klau cite pasal pekerjaan parents je ok tak?
ReplyDeleteHye. Boleh je,ikut you nak cerita pasal siapa. Tapi kalau dia tanya pasal siblings,cerita lah sekali :)
ReplyDeleteHello n assalam shakira, the essay is more about facts of acca or something like past? N normally how many panels in front of us when they interview?
ReplyDeleteWaalaikumussalam,hello. The essay is facts,not a story telling kind of essay.
DeleteAbout the panels,it will depend on how lucky you are hehe. Because some of my friends they got 3 panels,some got 2. Like me,luckily I only got 1 panel. But I guess the max is 3 panels :)
Thank you for the information, hoping everything will be fine tmrw :)
Deleteapa beza belajar di intec dan di sunway ?
ReplyDeleteTakde beza sangat cuma berdasarkan pengalaman kawan saya yg buat acca di sunway,diorang kelas is a mass lecture. dekat intec,kelas buat dalam kelas. mass lecture mungkin seminggu dua kali gitu je.
Deletesalam, saya baru lepas assessment 19/5. saya nak tanya. kalau kita tak lepas assessment tu pon, diorang still akan inform kan? and result tu dia akan inform dalam berapa lama ya?
ReplyDeleteSalam. Kalau tak lepas assessment saya tak pasti la awak,diorang akan inform atau tak. Tapi berdasarkan pengalaman scholarship dari pihak lain,kalau tak lepas mana2 interview,diorang memang tak akan reply. Jadi kalau awak tak dapat respond apa2 lepas sebulan lebih nak dekat ke dua bulan,rasanya tak berjaya.
DeleteTapi berdasarkan pengalaman saya dengan yppb,saya dapat emel pengesahan yg saya berjaya iv sebulan selepas iv. Good luck for you! :)
Saya dapat interview yayasan peneraju tp mse sy apply online sy letak MMU AND UTP university.. now saya dpt uia..bole ke membantu??hrap blas asap
ReplyDeleteIni tentang masa depan awak,jadi awak pilih lah course mana awak berminat. Kalau awak rasa course dekat uia tu lagi menarik,awak pergi lah uia tapi kalau awak rasa course yg yayasan offer lagi menarik,awak join la mmu atau utp.
DeleteDari segi kewangan,mungkin kalau awak ambik offer yayasan,awak dah secure dari segi kewangan sebab ditanggung. Tapi kalau awak masuk asasi uia pun,awak akan dapat elaun untuk asasi. Dan bila masuk degree nanti,boleh apply JPA atau yayasan bank rakyat.
Awak pilih lah yg mana yg terbaik untuk diri sendiri. Tips saya,jangan ikut member,ikut diri sendiri. All the best for you! :)
Hai. Sy berminat nak amik professional certificate ni. Tapi sy ada degree yg xde kena mengena dgn akaun. Patut ke sy sambung cat atau terus ke acca?
ReplyDeleteHai. Kalau awak ada minat dengan acca,sambung buat acca. Tapi awak tak dapat banyak exemptions lah nanti sebab jam kredit/silibus bukan akaun masa buat diploma/degree.
DeleteTentang nak sambung cat atau acca,awak kena email pihak acca. Masukkan sekali transkrip pexam awak supaya pihak acca bileh check sama ada awak kena buat cat atau acca terus :)
awak pass x paper sume acca tu..if x pass kene byr sendiri kan to repeat? ank akak dpt offer tp dgr course ni susah nk lulus...pglmn cam ne?
ReplyDeletehi kak. tahniah anak akak dapat tawaran smabung acca!! alhamdulillah saya pass semua paper dan sekarang dah bekerja dah. kalau bab tak pass tu, kalau ikut agreement saya dengan YPPB masa tu, kalau saya failed more than 3 times tax silap, saya kena bayar. tapi sekarang saya tak pasti kalau agreement dah berubah, maybe anak akak kena check agreement tu atau nanti minta clarification dari pihak YPPB masa diorang datang buat briefings.
Deletekalau ikut pengalaman saya, saya akan nasihatkan untuk siapa2 yang nak smabung acca ni, dia kena rajin and kuat mental. rajin datang nombor satu, kena selalu buat latihan and past years question. lecturer semua baik2 and sangat membantu jadi jangan risau kalau tak faham apa2.
All the best untuk anak akak. saya doakan dia pass semua papers :)
salam...course ni susah kan...pglmn cam ne?
ReplyDeleteSalam. Yes, sejujurnya saya cakap susah sebab awak kena rajin buat past year questions and kena mengingat banyak benda. tapi sebelum nak mengingat, awak kena faham dulu apa yang awak buat tu. tapi based on pengalaman saya, kalau awak sentiasa buat exercise/past year questions, insyaallah awak boleh pass. awak jangan takut nak ambik sebab nanti hari pertama awak masuk kelas atau hari pertama exam tu, semua orang sama je macam awak, semua takut2, nervous hehe. so just proceed ambik kalau awak yakin and berminat nak sambung acca :)
Delete