14 July 2016

Geng

Assalamualaikum,hi readers.

Hari ni terasa nak post something sebab tengah sedih. Betul la kalau tengah sedih ni macam2 idea boleh datang,patut la taylor swift boleh buat banyak lagu best lepas tiap kali dia clash huhu. Rasanya readers blog aku pun dah bosan asyik baca cerita sedih aku. Apakan daya,memang sejak masuk intec ni asyik sayu je hati.

Sekarang tengah sedih sebab aku ada plan nak keluar window shopping tapi takde geng nak ajak keluar. Ye,memang aku ada kawan-kawan baru dekat intec ni tapi tu kawan,bukan geng. Kawan dengan geng ni bawa lain maksud sebab kawan is kawan la kan tapi geng ni yang kita boleh huhahuha puas-puas hati,boleh buat benda annoying yang kalau hang ada boyfriend,boyfriend hang tak expect pun hang akan buat kerja/aksi gila-gila macam tu hahaha. I miss my diploma's geng (baca kawan juga) yang sekarang ni dekat palam. Aku rasa readers boleh rasa kan perasaan orang yang baru pindah tempat baru bila dia takdak kawan-kawan lama untuk hidup bersama. Bukan nak kata aku tak buat kawan dekat sini,ramai dah kawan,in fact satu batch intake januari hari tu dah jadi kawan-kawan sebab tak ramai pun,dalam 80 lebih je.

Tapi...

Tu lah,orang cakap keserasian tu takdop. Aku cakap macam ni sebab aku tak boleh nak gila-gila sangat sebab ambik masa kot nak serasi,tunjuk perangai tak senonoh depan member. Macam awal-awal nak bercinta la,take time nak kenal hati,even dah bersama pun still take time nak kenal hati masing-masing tu yang kadang-kadang gaduh. Ciss,dah kenapa aku tersasar dari arah cerita sebenar. OK la,sebenarnya aku rindu geng aku dengan ecik jan. Hmmmm,nak keluar dengan kawan-kawan tapi semua kawan-kawan/geng ada dekat palam. Aku rasa setiap sem aku boleh jadi stress asyik teringat member ni hahahaha. Cukup la dengan stress belajar paper killer ni,aku rasa aku boleh cepat tua sebab asyik stress. Ya ampun,sedih-sedih ni better aku pergi cari makanan nak makan. Keropok corntoz pun baru beli,jom la kita menguyah sambil hadap assignment f7.

Aku baru masuk sem 2 seminggu selepas raya hari tu. Boleh bayangkan ketidakrelaan hati nak balik intec ni,tak puas lagi raya walaupun lepas raya ketiga memang lepak rumah ja tengok tv tapi still raya kan. Nampak kuih raya still boleh rasa scene raya tu. Dah masuk sem baru ni,dah tak nampak kuih raya,lampu kelip-kelip,terus rasa hari-hari yang bakal berlalu ni macam hari biasa. Dengaq lagu raya dalam mydin pun rasa macam 'ehh,raya lagi eyh'. Ermmm,keropok corntoz pun jadi lah untuk ganti rendang ayam dan roti untuk ganti nasi himpit.

No comments:

Post a Comment