17 July 2016

Macam mana semut tahu situ ada makanan?

Assalamualaikum,hey readers :)

Sekarang baru nak masuk second week of new semester sebab tu masih ada masa nak update blog. Nanti dah cukup dua minggu atau tiga minggu start kelas full,haaa mau dekat sebulan lebih tak ngadap blog langsung,asyik ngadap buku ja. Takpa,sementara ada masa ni,yok la kita update. Kawan-kawan degree uitm pun dah habis final,deme pun ada banyak masa juga nak baca blog picisan aku ni hihi.

Hari ni lunch makan roti gardenia butterscotch. Aku suka roti gardenia yang butterscotch ni sebab dia manis and sedap! Bukan setakat aku ja suka,dengan semut-semut dalam bilik aku ni pun suka juga roti ni. Aku baru letak roti atas rak,dah ada dua tiga ekor datang nak panjat plastik roti ni. So tiba-tiba aku terpikir,macam mana semut ni tahu ada makanan manis dekat situ? Depa ni ada hidung ka dekat muka? Kalau ada hidung,macam mana rupa hidung tu sebab semut kan keciknoet?

Otak pun terus berpikir dan bila tak tahu jawapan,aku pun google 'how ants know there are foods'.

And jjangg!!

Baru sekarang aku tahu macam mana semut ni tahu ada makanan. Semut ni sebenarnya takde hidung pun tapi fungsi hidung tu dah diganti dengan tentacles yang ada dekat kepala diorang. Tentacles tu ada bulu-bulu halus yang kita tak boleh nampak dengan mata kasar kita. Tentacles tu la yang akan detect bau-bau makanan dalam area semut tu.

Lepas semut tu dah tahu ada makanan dekat area situ,semut tu akan sentuh sikit makanan tu and dia akan patah balik ke geng dia. Sambil dia nak balik jumpa geng dia,semut tadi akan tinggal jejak. Fuhh,dah macam red indian dah semut ni. Bila dah sampai dekat geng,dia akan hulur la bau mkanan dia tu dekat geng dia and geng dia pun akan ikut balik jejak tu sampai ke makanan tadi. Ya allah,hebatnya ciptaan tuhan ni. Tu baru pasal semut,tak sembang lagi pasal kuman,sel darah putih,pokok,awan,langit,laut etc.

Sebelum ni pun aku ada buat post pasal semut --> Jangan bunuh semut! Kenapa?

Hari ni dapat la satu ilmu baru pasal semut lagi. Kalau ada readers yang pikir macam aku,takkan semut ada hidung,ni jawpaan untuk persoalan kita dua hahaha. Ni la semut-semut hitam lari laju yang berusaha nak makan roti butterscotch aku. Mysterious small creature :)


1 comment:

  1. semut kalo jmpe geng diorg laga2 kepala mcm berbisik2 kan.,.
    rupenye tu cara semut hulur bau mknan kat geng dia.. haha
    dpt ilmu baru psl semut.. hihi

    ReplyDelete