Assalamualaikum,hye readers! :)
Semester ni aku ambik paper yang agak core juga,yang memang aku selalu ada isu dalam subjek ni dari masa diploma lagi yakni financial reporting ataupun FAR. Lagi satu paper aku ambik auditing tapi yang tu aku takde la isu sangat sebab dia macam hafal2 je (walaupun nak hafal tu sebenarnya menyeksa otak juga). Tapi yang jadi best pasal paper financial reporting ni is dia punya lecturer. Lecturer untuk paper ni ada sorang je setakat ni dekat intec yang handle semua student f7. Nama lecturer aku ni madam adibah.
Madam adibah ni serius kelakor tapi tegas. Siap bawa rotan datang kelas. Dia punya tegas tu sampai dia pernah cakap 'No dicount in my class'. Discount yang dimaksudkan dia tu :
1) Awal-awal sem dulu,aku satu kelas kena buat agreement yang kami rela dirotan oleh dia
2) Takde masa rehat dalam kelas even for 5 minutes! Lulz
3) Siapa masuk kelas lambat dari dia,siap-sedia la untuk dirotan
4) Anyone yang markah test tak dapat at level yang dia nak,siap-sedia sekali lagi untuk dirotan
5) Siapa tak update course note untuk new chapter,again,anda akan dirotan
Dia punya tegas tu lain macam. Pernah sekali tu,malam ni ada final game olimpik double mix vs china. Aku satu kelas minta tak payah la buat tutorial untuk chapter hari tu. Madam adibah dengan slumber cakap, 'dengan you all ni tak boleh bagi can,nanti jadi biasa nak mintak2'.
And jeng jeng jeng...
She reminds me to my emak dekat penang tu :')
(Subject now change to my mak)
Mak aku pun memang tegas time aku kecik-kecik dulu. Mak memang tak pernah bagi can dekat aku dengan adik aku saja-saja nak ponteng sekolah rendah. Aku pernah tanya mak,kenapa la mak tak bagi aku dengan adik ponteng kelas even sekali,sebab ade je kawan-kawan yang tak pergi kelas sebab dia rasa taknak pi and mak diorang bagi je. Mak cakap,'sebab mak tak bagi hangpa dua ponteng dulu la,sekarang hangpa dua jadi pandai'. Alhamdulillah,mungkin tu tactic mak and nampak dah la hasil dia sikit-sikit sekarang ni (hahahahaha).
Adik aku pernah cerita,ada sekali tu hujan lebat pagi tu yang memang kalau nak pi sekolah rendah,macam agak tak logik la. Sekolah rendah sesi pagi kan masuk pukul 8 pagi,pukul 8 pagi tu bila hujan dah berhenti,mak aku siap-siapkan juga adik aku,hantaq pergi sekolah. Ya allah,mak ni dasyat betul. Aku dulu nak ponteng sekolah arab yang petang tu pun susah,nak tak nak memang kena pi juga kelas. Tu dia punya tegas mak. Semua tu waktu sekolah rendah,bila dah masuk sekolah menengah,aku dengan adik aku dua-dua orang masuk asrama,maka berdikari lah kami tanpa mak.
So madam adibah dah ingatkan aku dengan mak. Dua-dua orang ni memang style tak bagi discount langsung sebab nanti jadi biasa kalau sekali dah pernah bagi. Bila pikir balik,memang ada logik pun. Sebab kadang-kadang aku bagi can diri aku nak jadi malas malam tu,esok malam tu pun confirm aku jadi malas juga,sebab konon ada banyak hari lagi boleh study. Hmmm,nampak gaya bila dah ada anak nanti,kena tegas macam ni juga,baru anak-anak jadi manusia berguna. So kena start jadi tegas dengan diri sendiri!! Belajaq paper ni antara failed atau pass je. Pilih la hang nak mana kay hoi wuwuwuwu.
No comments:
Post a Comment