23 February 2018

My optional paper

Assalamualaikum,hello readers :)

Harini nak post pasal optional paper yang aku pilih. Masa aku tengah buat paper p2 and p3 tahun 2017, pihak ipac dah suruh student pilih nak pick optional paper untuk pre registration. Waktu tu aku confuse betul nak ambik paper apa - p4? p6? p7? Kalau nak pilih optional ni kena betul-betul sebab ni paper masa kita dah last sem so nak (wajib) la pass kan.

Time tu kawan-kawan aku mostly pilih p6 and p7 sebab dekat intec memang tengah buka dua paper option ni je dan start sem tu,diorang dah buka p4. Disebabkan masa aku buat f8 audit dulu,aku rasa susah nak mampuh audit ni,so aku decide taknak proceed p7. Dan aku memang aim kerja nanti nak masuk tax department jadi aku pun pilih optional paper aku :

p6 and p4.

P4.

P4 ni aku macam gamble sikit ahh.

Paper ni diorang baru buka dekat intec dan cuma ada satu kelas sem ni untuk jan-june 2018 examinaton. Gamble sebab kitorang ni first batch dekat intec yang ambik p4. Nervous tu memang ada sebab tak pernah ada pass rate lagi untuk p4 dekat intec. Tapi,tapi,tapi!! Disebabkan kitorang ada lecturer yang super sifu dari utim shah alam,rasa la yakin nak pass tu ada (first rule buat acca,hang kena yakin hang boleh pass!). Sir Ganesan was really superb. Aku suka cara dia mengajar sebab lepas habis satu topic,terus buat latihan. Untuk p4 ni kalau hang minat f9,better proceed p4 sebab so far sampai bulan february ni,aku nampak trend soalan untuk satu-satu topic tu asyik berulang yang sama. P4 is all about investing,macam mana nak avoid risk bila invest,interest rate,should proceed the investment or not and etc.

Ada juga orang cakap kenapa ambik p4,kan susah. Bagi aku semua paper P ada susah dia sendiri dari p4,p5,p6,p7. So nak kata susah tu depend pada diri kita lah. Cukup latihan tak kita buat? Kita faham tak konsep topik tu? Alhamdulillah so far p4 is doing good to me. Aku rasa kalau korang nak ambik p4 pun,aku recommend la sebab soalan dia berulang macam f9 dulu. Maksud aku berulang ialah nanti jawapan kita akan ada format. Contoh dulu macam f9,kalau nak buat npv ada format kan,sama la p4 ni pun.

P6!!!!

'Hanya orang yang berani je ambil p6' (Datin Afizah,2018)

Masuk ja bulan februari,aku rasa nak menangis. Kenapa la aku ambik p6,rasa menyesal!! Sebab wehhhh,sumpah aku cakap banyak gila benda dalam p6 yang nak kena ingat walaupun benda tu terceruk di hujung stdy text bpp. Sebab soalan boleh tanya semua benda even kita rasa benda tu tak penting. Untuk p6,kena faham betul-betul koncep tax untuk setiap topik,insyaallah boleh.

Aku ingat lagi progress test 1 untuk p6,aku rasa aku la orang paling bodoh buat test. Rasa macam apa guna aku study sampai lewat malam sebab bila test,tak tahu nak buat macam mana. Haaa,ni bukti aku tak cukup latihan!! Memang aku tak buat latihan banyak pun untuk p6 hahaha.

Untuk korang yang nak proceed p6,sediakan mental yang kuat sebab korang kena buat hafazan yang banyak!! Bila nak tasmik nanti,make sure tasmik tu ialah tasmik yang terbaik. Dan sebaiknya hafazan yang berserta kefahaman. Lepas tu wajib buat nota sendiri. Nanti aku share contoh notes p6 aku (lepas exam nanti). Aku nak bagi tips lebih-lebih pun aku tak exam lagi,bulan jun nanti baru exam huhu.

- - -

Aku sedar yang aku ni jenis suka buat kerja yang dah ada format,cara kerja yang fix. Means aku jenis malas nak fikir jauh macam mana nak solve soalan tu hahaha. Ini sebab utama kenapa aku ambik p4 and p6. P6 confirm memang kena ikut format tax computation. Sama macam p4,cara nak jawab dia dah memang teratur dan tersusun. Kalau ambik p7 audit,aku kena fikir jauh (berdasarkan pengalaman f8 dulu). So yeah,my optional paper is p4 and p6.

Kalau korang confuse nak ambik optional paper,google je sebab dah ramai orang yang bagi tips. Aku cuma boleh share pengalaman pendek aku setakat ni untuk paper p4 and p6. Choose the paper that suit with your study style and interest!! Good luck guys :)

6 comments:

  1. Cant wait to read your P6 story huhuhu Please shareee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Real soon after my result is out. Pray for my result :)

      Delete
  2. Really love your story and keep on blogging hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi anis!! Thank you anis, this mean so much to me :')

      Delete
  3. hai do you have notes for P6?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, I think my P6 notes are no longer relevant as rules and regulation for taxation changed annually following the budget and updates announced by the government (i.e. gst,sst,reliefs etc.)

      Delete