Assalamualaikum,hi readers! :)
Antara banyak2 check up dekat badan yang paling aku takut ialah yang melibatkan mata,bahagian wanita dan GIGI!!! Aku takut semua ni sebab dia akan buat aku ngilu! Even baru tengok gambar atau terbayang,dah boleh terasa ngilu tu. Nak dijadikan cerita,harini aku buat keputusan gila mati pergi buat check up gigi dekat klinik kesihatan seksyen 19.
Aku dah gila...
Ini antara decision paling sulit aku buat selepas dilema nak sambung acca ke tak ermm. But I guess I've made the right choice.
Dah 3 minggu lebih gusi aku asyik berdarah tiap kali gosok gigi walaupun aku dah cuba gosok slow. Aku assume waktu tu gusi aku tak sihat sebab warna pink pucat tapi aku still buat leklek. Aku rasa tuhan bagi petunjuk dekat aku suruh pergi juga check gigi lepas classmate aku ajak aku teman dia nak check gigi dan siap ajak aku join check sekali. Jadi,aku dengan gila dan beraninya cakap, 'okay,boleh juga'. Rasanya faktor yang mendorong aku untuk pi tu sebab gusi berdarah. Tapi kalau nak ikut logik,aku memang patut pi check gigi. Sebab.. kali terakhir aku check gigi masa form 4 yang misi datang sekolah. Tu pun tampal ja. Habis sekolah tahun 2011 sampai 2018,tak pernah pergi dentist. Means,dah 7 tahun tak check gigi hihu.
Dah daftar semua,tunggu dalam 2 jam setengah,maka sampailah turn aku. Nervous macam nak pergi interview,jantung aku berdebar2 gila! Masuk dalam bilik,doc tanya nak buat apa ye. Aku cakap nak check gigi dan nak tampal kalau berlubang. Aku cakap juga gusi mungkin tak sihat sebab asyik berdarah bila gosok gigi. Doc cakap takpe,kita check dulu.
Dan hasilnya,jeng jeng jeng...
Karang gigi!! Doc cakap aku banyak karang gigi sebab tu berdarah bila gosok gigi bukan sebab gusi tak sihat. Karang gigi ni jadi bila kita gosok gigi tak betul,lepas tu makanan tu masuk celah2 gigi selepas 24h. Dan doc cakap karang gigi aku banyak hahahaha. Yo lah doc,saya kumpul karang gigi sejak 7 tahun yang lepas kuikuikui.
Lepas tu doc pun mula proses 'menggerudi'/cuci gigi. Memang banyak gila darah keluar,boleh rasa payau dalam mulut. Aku rasa macam lama betul proses tu tapi kawan aku cakap aku masuk bilik kejap ja. Dah habis semua,doc pesan suruh scaling gigi setiap 6 bulan. Baik doc,insyaallah saya akan scaling gigi saya demi saya dan yang berkenaan hehe.
Jadi nightmare aku nak jumpa dentist dah berakhir hari ni. Aku berjaya atasi fear factor aku selama 8 tahun ni dan hasil dia,memang nampak hilang kotoran celah gigi tu weh!! Lupa nak bagitau,doc cakap karang gigi cuma boleh buang guna equipment dentist sebab karang tu dok celah2 gigi. Still ada darah sikit2 lagi dekat celah2 gusi tapi doc suruh kumur dengan air garam.
Selesai sudah masalah gusi berdarah dengan caj perkhidmatan rm2 dan register rm1 di klinik kerajaan. Masa diambil semua dari awal sampai habis dalam lingkungan 3 jam lebih. Jaga la gigi anda. Silah lah jumpa dentist walaupun anda takut. Yang mana nak kena cabut gigi tu,pergi la cabut :p (cc : encik jan)
No comments:
Post a Comment