Cinta
terpisah ruang waktu,
Tetap cinta bersatu dalam hatiku,
Walau raga kita tak mungkin bersama,
Ku yakini hati kan tetap setia.
Sapa-sapa yang tak tau lagu ni memang aku tak tau nak habaq laaa. Lirik yang sangat mendalam tentang perasaan dua insan yang terpisah antara
ruang dan masa, atau senang aku simpulkan, jarak. Memang susah nak kekalkan
hubungan jarak jauh, tapi as long as that pasangan tu saling percaya, setia,
aku rasa tak jadi sebarang halangan untuk pasangan tersebut teruskan hubungan
jarak jauh ni. And you know what, long
distance relationship is
kinda best and interesting :)
Saja
survey-survey website then tiba-tiba ternampak satu tajuk ni yang sangat
menarik ;
Bila lelaki serius dalam percintaan
Menarik
kan? Kan dah cakap tadi. Terasa nak buat checklist dekat si dia, dan aku boleh
cakap, it almost 100% :') Terharu pula aku, hehe. Ini antara tanda-tanda bila lelaki serius dalam percintaan,
aummm :)
. . . . .
1. Si dia sanggup menitiskan air mata demi
kekasihnya, bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang
perempuan.
2. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala
gundah.
3. Sentiasa mengingatkan kamu bahawa dia takut
kehilangan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan
bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja.
4. Si dia cepat berasa sensitif dan mudah
marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih
lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.
5. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif
apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan
melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
6. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati
kekasihnya.
Cukup
enam point dah buat aku terharu. I love him so much ♥