2 December 2012

Alhamdulillah :)

Semalam tak dapat makan pun, penat jea tunggu menepek dekat uptown dengan Bebe dalam keadaan hujan. Last-last pakcik tu cakap dia dah bagi makanan yang order tu dekat orang lain sebab panggil nama, tapi takde orang datang tuntut. Oke takpe, aku dengan Bebe redha jea la balik jalan kaki ke bilik. Pergi uptown, tak dapat makanan tapi dapat tengok Malaysia score gol untuk yang ke-2 haha smart :D

Memang betul orang cakap, setiap benda yang terjadi pasti ada hikmahnya. Tengah hari tadi rezeki datang melimpah-limpah, Alhamdulillah - Tasha Haipah ajak aku dengan Bebe pergi makan kenduri cikgu Fizik dia dekat Ipoh. Bersiap-siap ala kadar, naik kereta sewa dengan member-member Haipah dari UTP dengan UNITEN. Maka bermulalah perjalanan ke Ipoh dengan matlamat nak makan nasi minyak.

Dah sampai Ipoh, cari-cari rumah kenduri dan Alhamdulillah selamat sampai. Tiba-tiba baru teringat kata tak beli hadiah lagi, so pergi la pulak ke Mydin Ipoh. Pergi sana, jalan-jalan lepas tu mula penat sebab tak makan lagi. Jalan dengan Tasya, Bebe ke Big Apple - tapau 6 bijik donut dan melayang RM13.50 ~ ~ ~

Jealous please :P

Dah habis beli donut, straight terus ke rumah kenduri - Sir Shamsul & Pn Natalia. Makanan kenduri memang sedap, macam tadi dekat kenduri tuu ada satay dengan cendol sebagai makanan extra. Makan nasi minyak kenyang-kenyang memandangkan malam tadi punya pasal tak dapat makan nasi goreng kampung. Dapat la goodies bag kecik :)

Cantik kan :) *senget kepala sikit
Tasya dengan member-member MRSM Kota Kinabalu dia :)
Dah habis makan, melahap dekat kenduri, kitorang berangkat ke Aeon Kinta pulak. Pergi beli barang sikit dekat sana nak teman si Tasya ni shopping barang-barang dia. Dah habis shopping pergi Auntie Anne's beli air markisa Tasya then ke MPH, beli stationery Tasya *sumer Tasya Haipah --. Aku pulak beli novel baru, hasil inspirasi seseorang :') 

Keluaran Fixi - RM19.90
Dah settle dekat Aeon, kitorang balik terus ke UiTM Seri Iskandar dengan family Amirul. Sebelum balik, ayah dia singgah makan - makan lagi. Pekena 2 capati, kenyang baqq hangg haha :D Itu la, setiap perkara yang terjadi pasti ada hikamhnya kan. Allah memberi rezeki yang melimpah ruah dalam bentuk makanan kepada aku hari ini, Alhamdulillah. Nak bersedia menghadapi hari baru di semester baru esok pagi. 

Semester 2, be nice with Nur Shakira please :)

p/s : ingat nak buat cerita inspirasi seseorang lahh nanti :')

4 comments:

  1. Tagged> http://teenagersareawesome.blogspot.com/2012/12/iras-speechless-giveaway.html :D

    ReplyDelete
  2. @nurul farahizzati

    hehe jeles eyh?jom g big apple :)

    ReplyDelete
  3. @jemahawesome

    thanks jemah tag saya,insyaAllah akn join :)

    ReplyDelete