11 March 2013

Pertemuan I

Setelah setahun setengah tidak pernah bersua, bertemu wajah, bertentang mata. Kami hanya berkenalan through media social and currently having a relationship, tak pernah berjumpa langsung. Saya rasa anda boleh bayangkan persaan tu bila pertama kali berjuma. Inilah kisah saya dan si dia.


9 Mac 2013. Pagi tu aku dah tak senang duduk, baring, berdiri dalam bilik. Fikir apa akan jadi bila nak jumpa hati. Perasaan ni jadi bercampur aduk - gelisah, bahagia. Bersiap apa yang aku rasa terbaik dan tengah hari tu bergerak ke Tesco naik bas. Masa ni lone rager lagi seperti si dia yang dalam perjalanan ke sini menaiki teksi dari KTMB Batu Gajah. 

Pukul 12 lebih, detik tu semakin hampir. Jantung aku makin berdegup laju kalah kereta api yang si dia naik datang sini. Asal ada teksi lalu, aku menggelabah tak senang duduk dekat food court tu. Sampai la satu saat tu, satu teksi masuk dengan seorang lelaki memakai kemeja plain light blue. Aku tenung dari jauh, dari tingkap fod court, sengaja aku tak call si dia, bimbang andai tersalah orang. Dia call, aku cakap masuk food court, dan . . .

Kalau mata bertentang mata
Hati di dalam bagai nak gila

Hanya Tuhan yang tahu perasaan waktu tu setelah hampir setahun setengah hanya berhubung melalui phone dan media social, akhirnya kami berjumpa - buat kali pertama :') Yeayy, dah tak lone ranger dah kali ni! Hihihihi. Bercakap apa yang nak tercakap sahaja sebab masing-masing speechless, eyeless, all-less. Bergerak ke KFC untuk makan tengah hari, makan bersama untuk pertama kali. Walaupun waktu tu perut aku lapar sangat tapi sebab ada si dia depan mata, semua jadi kenyang. Cheesy wedges feveret pun aku kasi dekat si dia. Kerana dia ohh Pojan~~

Dah kenyang, berjalan kaki ke Inap Desa Homestay jumpa pakcik homestay yang sangat baik hati dan pemurah. Dia kasi pinjamkan kereta Kancil, terima kasih pakcik homestay. Arah tuju destinasi tak diketahui sebab aku memang tak tahu sangat jalan area Perak ini dan kami sepakat, kalau sesat jalan biarlah sesat sama-sama mihmihmih.

Akhirnya, perjalanan diteruskan ke Manjung. Sekadar berjalan-jalan, beli pretzel coklat Aunti Anne's, beli air mineral. Terima kasih sayang sebab belanja makan pretzel tu, sedap sangat! Lepas snap gambar dekat cute photo booth, tak tahu nak buat apa dah, start enjin kereta gerak ke Teluk Batik. Konon nak tengok sunset tapi tak jadi, bimbang kalau aku terlewat masuk UiTM. Makan pretzel, makan aiskrim ada perisa durian sikit, jalan-jalan, tengok orang kena campak dekat banana boat. Semuanya aku tak percaya yang dia ada dengan aku.

Dah nak petang, baru bergerak balik ke Seri iskandar. Sebelum balik, haruslah melantak dahulu bersama-sama dekat kedai Tomyam. Kenyang perut ni dapat makan nasi, tomyam yang dah lama aku mengidam. Nak dekat pukul 9 malam, masuk dalam UiTM tunjuk bangunan-bangunan yang ada dekat situ dan kolej kediaman aku. Well, here is my life in UiTM sayangg. Sampai Melati 2 dia dah nak bergerak balik. Rasa berat nak pandang dia balik ke homestay sebab esok semuanya takkan macam ni lagi dah. Gagahkan diri melepaskan dia pergi malam tuu. I love you sayangg :')

Bersambung. . .

11 comments:

  1. So sweet uolsss.. semoga berbahagia selalu yea cayunk!

    ReplyDelete
  2. Hehe, lebih kurang pulak kita punya cerita. Tak pernah berjumpa, tapi berani ambil risiko jugak. Lepas dekat setahun baru jumpa. Hehe :">
    Semoga kekal sampai bila-bila nah :)

    ReplyDelete
  3. sweetnya..akak pnh rsa cmni..sbb kes sma..:)..semoga berkekalan ye..

    ReplyDelete
  4. sweet..kes kita sma je dik..
    hope berkekalan ye..

    ReplyDelete
  5. lamanyaaaa sampai setahun setengahhh !
    kite pung paling lama empat bulan lebih .

    ReplyDelete
  6. sweet..moga sentiasa berbahagia yer dik

    ReplyDelete
  7. jap..nie 1st time jumpa? before this?

    ReplyDelete