5 May 2013

Janji rindu selalu

Assalamualaikum readers :)

Selamat mengundi rakyat Malaysia.

Di pagi Ahad yang indah ni, entah perasaan apa yang datang dalam diri aku ni. Bukan aku tak pernah rasa perasaan ni dalam hubungan jarak jauh kami cuma perasaan kali ni buat aku rasa sedih melebih-lebih.

Aku rindu Mohamad Fauzan.

Ada orang cakap kalau rindu, contact la dia. Text dia setiap hari dari pagi sampai ke malam. Tiap-tiap hari aku text dia sebab ini saja la cara kami tetap nak in contact dalam hubungan ni. Aku rasa aku patut call untuk hilangkan rindu dengar suara dia. Sebelum tido, aku akan ambik fon tengok gambar-gambar dia dan gambar kami bersama. Another step untuk pudarkan sedikit rasa rindu yang menebal ni. Harap dia pun buat macam tu walaupun cuma dalam gambar.


Cara paling senang nak kurangkan rindu ni mungkin dengan cara berjumpa. Dengan jarak yang hampir 300++ kilometer, ni aku rasa nak berjumpa selalu tu agak susah. Jumpa sekali-sekala lagi seronok sebab aku akan appreciate sehabis baik waktu yang aku ada dengan dia. Mungkin aku patut cuba Skype selepas ni. Aku akan peluk Chiro pemberian si dia masa nak tido untuk lepaskan geram rindu aku dekat dia. Dah satu tahun lebih Chiro tido dengan aku sampai ke PLKN pun aku bawa dia. Chiro selalu ingatkan aku dekat Fauzan.


Jarak yang jauh pada hari ini akan menjdi jarak yang sangat dekat buat kita suatu hari nanti di masa hadapan, insyaAllah..

4 comments:

  1. Wasalam.. alahai sian dia eh rindu rinduan gitu. hubungan jarak jauh nie kena banyak bersabar :)

    ReplyDelete
  2. akak pn dulu PJJ jgk dik..menahan rindu selama 6 tahun..
    skrg dh depan mata..alhamdulillah.

    hrap adk nnti pn mcm tu jgk tau..

    ReplyDelete
  3. ^^, i wish u happy ending tau dear .
    #andwishmetoo ^^,

    ReplyDelete