9 May 2013

Keputusan exam semester 2

Assalamualaikum readers :)

Hari ni merupakan hari bersejarah bagi semua semua warga diploma dan asasi UiTM seluruh Malaysia. Tak terlepas jugak diri aku sebab aku student diploma UiTM kos perakaunan.

UiTM di hatiku.

Pagi tadi mak yang excited suruh aku on internet check result. Aku memang malas sikit bab nak check result awal-awal ni sebab aku jenis gabra. Aku takut aku tak boleh achieve apa yang mak aku harapkan since mak aku meletakkan harapan dekat aku. Mak mana taknak tengok nak dia berjaya kan. Samalah juga dengan Puan Jumiati ni.

Sebelum check harus tanya kawan-kawan dulu dyorang dapat berapa. Rata-rata semuanya berpuas hati dengan keputusan masing-masing. Oke, sekarang giliran aku pula check result aku untuk semester 2 ni.

On laptop depan mak, cucuk broaband, masuk student portal dan...


Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. Aku sangat bersyukur padaMu sebab bagi keputusan yang cemerlang untuk aku. Walaupun result semester ni jatuh sebanyak -0.18 tapi alhamdulillah, masih dapat kekalkan dalam senarai AD. Terima kasih kepada semua lecturer semester 2 ini, mak ayah dan kawan-kawan semua :')

7 comments:

  1. tahniah ye dik..succes selalu tauu

    ReplyDelete
  2. tahniah kia.. hang memang mantop dari dulu acewahh. tahniah :)

    ReplyDelete
  3. tahniah tahniah... keputusan sangat gempak heheeh...

    ReplyDelete