21 June 2013

Jadilah orang kaya!!

Assalamualaikum raeders :)

Salam Jumaat penuh barakah.

Nak jadi kaya dan mudah dimurahkan rezeki? Ada beberapa amalan yang kita boleh praktikkan. Tak susah pun, senang jea nak buat. Cuma antara nak taknak jea *ayat le roomates Dulu cikgu-cikgu dekat maktab selalu suruh kitorang amalkan perkara dekat bawah ni sebab insyaAllah akan dimurahkan rezeki kalau selalu diamalkan, yakni :

1. Banyakkan baca Mathurat masa lepas Subuh dan Asar
2. Amalkan Solat sunat Dhuha 
3. Baca ayat 1000 dinar

Kenapa aku sembang bab-bab nak jadi kaya bagai ni? Ni semua gara-gara classmate aku, Efi bawa aku dengan member-member aku yang lain pergi Meru Valley dekat area Ipoh masa kitorang pergi main laser battle hari tu. Apa kena mengena Meru Valley dengan kaya?!

Kalau readers nak tahu, Meru valley sebenarnya tempat orang main golf tapi dalam kawasan tu ada la kawasan perumahan tapi bukan calang-calang rumah, senang kata kawasan perumahan elit. Even nak masuk dalam tu pun kena bagi no ahli kelba golf resort dekat situ. Selamat muka Efi yang drive nampak matured, kalau tak, takde gamaknya aku dapat tengok rumah orang kaya-raya dekat situ.

Masuk jea area perumahan dekat situ, mata kitorang semua macam wowww, warghhh, whoaaa!! Nampak tak keperanjatan kami semua di situ kecuali Efi la kan. Rumah-rumah dekat situ, Subhanallah, gila punya besar, cantik kebaboom!! Design architecture rumah-rumah dekat situ memang moden habis ahh aku cakap.
Kebanyakan rumah dekat situ bentuk macam kuboid, kotak, kan sekarang ni rumah kotak jadi trend. Meh usha gambar aku ambik dari sumber yang boleh dipercayai.


Amacam, ternganga tak? :D


Ini rumah manyak besar maa.


Nak rumah macam ni satu, please :')

Yang paling dasyat sekali tahap apa aku tak tau nak describe, ada satu rumah ni bentuk dye macam fairytale ala-ala Cinderella gitu. Gambar yang aku ambik ni tak berapa clear sebab kitorang lalu sekali harung jea dalam kereta. Kalau readers dapat tengok front view dye, memang terpukau habis la. Gila dasyat owner rumah ni!!


Tengok pintu pagar pun dah boleh agak grand-nya rumah ni.


Dari pandangan sisi PURGHH!!

Nampak tak point gambar dengan entri serba kaya aku ni? Hahaha. Bukan senang nak dapat rumah besar cantik macam ni. Ni semua sebab dyorang usaha nak jadi kaya dan nak capai impian dyorang. Kalau yang memang waris harta mak ayah yang memang dah kaya, tak kira la kan. 

Time on the way nak keluar dari kawasan Meru Valley tu, aku pun mula la pasang angan-angan nak ada rumah sebijik macam tu. Since Fauzan pun dalam bidang architecture, boleh la dye tolong designkan rumah macam ni nanti hihihi :3 Apa-apa pun yang penting, kalau kita semua teringin nak ada rumah besar macam ni, belajar lah rajin-rajin, dapat kerja elok-elok, kumpul duit, haa beli la sebijik rumah macam ni. InsyaAllah semua urusan akan dimudahkan Allah SWT kalau kita usaha dan ada niat baik.

Cuma antara nak taknak jea, kan? :)

Sekian entri kaya-raya saya.

11 comments:

  1. kalau aku kaya.....haha..
    inshaAllah..

    ReplyDelete
  2. Betul . Kalau nak seribu daya , taknak seribu dalih .. Bestnyaa kalau ada rumah sebijik besar camtuu

    ReplyDelete
  3. Salam singgah. Subhanallah, besarnya rumah-rumah tu. Rezeki Allah terlalu luas tak semestinya dari sudut kewangan, bahkan kesihatan, keselamatan juga suatu rezeki. Orang kaya mungkin banyak duit, tapi tak semestinya mereka bahagia. Takut kena rompaklah, dapat penyakit kronik dll. Bersyukurlah dapat rumah flat pun. hee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan akak.
      Definisi kaya terlalu luas, tak semestinya kaya harta jea.
      Yang penting kaya agama, ilmu dengan budi bahasa dulu, insyaAllah rezeki sentiasa ada dengan kita :)

      Delete
  4. alahai cantiknya rumah2 tu . . teringin jugak nak jadi seorang yang berjaya . ni tengah berusaha dengan keras ni . hahahaha . . harap2 impian sis nak jadi kaya pon jdi kenyataan ek . yang penting usaha !! chayaok !! :)

    ReplyDelete
  5. salam kenal dari kami outbond di malang :)
    jangan lupa kunjungi kami di website kami : http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete
  6. Blogwalking www.mizisempoi.com

    ReplyDelete
  7. kal0 dpt rumah alaa-ala fairy tale 2,mmng x kluar rumah laa..

    ReplyDelete
  8. itulah orang panggil rumahku , syurgaku :D

    ReplyDelete
  9. Betul tu. lagi bagus kaya dunia dan kaya akhirat. Kaya harta di dunia dan kaya amalan dan pahala di akhirat. :) bak kata seorang ustaz...

    ReplyDelete