6 August 2013

Preparation raya

Assalamualaikum readers :)

Anyeonghaseyo~~

Amacam preparation raya readers sekalian? Aku boleh laa, siap dah iron baju raya dah muahaha. Sebelum ni kan aku ada buat post tanya warna tudung apa yang sesuai dengan baju raya aku tahun ni and ramai laa jugak yang bagi feedback. Ada yang suruh buat colour blocking terus haha. Mau pengsan opah aku tengok cucu dia warna-warni pagi raya.

Thanks kepada yang sudi bagi cadangan tu. Baru-baru ni ada la keluar shopping raya dengan family, aku try la cari shawl plain mengikut warna-warna yang telah di-suggest-kan tapi tak jumpa :( Kalau yang ada plain pun ada dua tone. Macam pelik jea shawl ada dua tone (bagi aku laa). Kalau tudung bawal tak kisah la.

So, nak disonangkan koje eden, aku pun tibai la beli shawl tribal - kombinasi pelbagai warna teroih. Harap masuk lahh dengan baju raya aku since baju tu pun plain je.


Sekarang ni tengah mood semangat nak cari tutorial shawl dekat YouTube. Dalam masa yang sama nak download Running Man episod baru. Moh le ikut aku mendownload sekali Running Man bagi kaki RM yang tak download lagi tuu :D

8 comments:

  1. hee.. saya pulak tengah semangat cari tutorial bawal. :3

    ReplyDelete
  2. lawa :),sama tgah cri tutorial shawl :P

    ReplyDelete
  3. ehh .. ehh sama la kita kak .. tengah cri tuto shawl ..
    ngee .. selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  4. haha..husna kalau dah terdesak sgt bedak colour blocking je..
    mmg trend org skarang nih..=P

    ReplyDelete
  5. Baju kurung kita samalah tahun ni yeay .. Grey ingatkan nak pakai shawl tribal tapi x jumpa yg warna sesuai .. huhu

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya...Wahh!! Semangat raya tahun ni nampak..ehehe...ain skrg still looking for jubah warna peach..kira baju raya ain jubah lah thn ni...ehehe..

    ReplyDelete
  7. RM . yeahh ! mari mari tepuk tangan :*
    hehe . nice shawl . kyra putih , so masuk sangat ngan warna tu .

    ReplyDelete