16 May 2014

Hari guru

Assalamualaikum, hai! :)

Hari ni hari guru, aku yang dah lama tinggal alam sekolah ni alhamdulillah still ingat yang 16 mei ni hari guru haha. Kalau nak kira berapa ramai cikgu yang kita pernah ada, memang takkan pernah terkira. Siap lupa cikgu lagi ada, nak-nak cikgu zaman rendah yang masa darjah 3, 4.

Kalau dulu masa sekolah rendah, cikgu dah macam mak ayah kita yang ke dua. Dia cakap apa pun, confirm kita dengar cakap siap bagitau kat mak dengan ayah kandung (sebab cikgu kan mak ayah kedua) yang cikgu cakap suruh buat macam ni, macam tu. Lawak sungguhnyelahaiii..

---

Dulu dekat sekolah perempuan masa form 1, aku ada la sorang teacher cina ni, dah tua dah. Dia mengajar subjek kemahiran hidup. Dia suka sangat hukum kitorang kelas 1 Jed ni, tambah-tambah budak hostel macam aku yang selalu tak cukup tidur, salin balik isi buku teks kh tu buat nota. Dah la lukisan mesin, alat tu semua kena lukis sendiri, tak boleh fotostat. Setiap kali waktu kh memang mengantuk nak mampuih, aku pula selalu sakit hati dengan dia. Sorry teacher, ni sekadar throwback saya, tapi saya still menghargai jasa baik nota yang teacher suruh buat tu :)

Ada sorang lagi cikgu chinese yang pernah ngajar aku subjek geografi. Teacher ni sangat cute, kecik molek je orangnye. Since geografi bahasa melayu, teacher tu kalau masuk kelas, terus dia straight pergi blackboard, tulis-tulis dekat depan lepas tu suruh kitorang salin balik apa dia tulis. Kadang-kadang rasa macam taknak je salin tapi sebab setiap hujung minggu dia nak check nota, kena la juga salin nota tu phewww.

---

Tu masa aku sekolah perempuan. Masuk mrsm pula, lain ceritanya. Ada sorang cikgu gila legend lah dekat mrsm kepala batas. Nama dia cikgu azmi. Cikgu azmi ni cikgu homeroom first aku dekat maktab. Dia ni, ya allah! Sangat tegas, garang sebab cikgu azmi ni bekas askar wataniah. Aku dulu kadet polis and cikgu azmi ni pula guru penasihat persatuan kadet polis. Ada sekali tu hari rabu hari wajib pakai uniform, aku buat kepala pakai baju kelas biasa. Nak jadi malang, boleh pula dia buat spotcheck hari tu, habis kena jerkah semua. Dengan aku yang pernah ada title bekas anak homeroom dia pun dah rasa title tu tak berguna haha. Segarang mana cikgu pun, saya tetap respect cikgu azmi!

Banyak lagi kenangan dengan cikgu-cikgu semua, dari yang lawak sampai la takut. Walaupun takde bekas cikgu-cikgu aku yang akan baca blog keciknet ni, apa-apa pun --

SELAMAT HARI GURU CIKGU!
HANYA ALLAH MAMPU BALAS JASA CIKGU! 

2 comments:

  1. sorry laa lama tak stalk . ops . hehe . sibuk manjang aku nih =="

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa, jangan la malu0malu nak stalk i :P

      Delete