Akhirnya impian aku nak pergi tempatan fest 9.0 at least sekali dah tercapai! Sebelum ni dah hampir nak pergi tempatan fest 8.0 dekat ipoh waterfront tapi sebab kekangan aktiviti dan masa, tak dapatlah nak pergi. Anyway dapat juga merasa pergi event lokal ni dengan shamira and nad.
Nad, aku and shamira |
Dulu aku pun tak pernah tahu tempatan fest ni apa (ada juga kawan-kawan yang tak tahu) tapi lepas asyik nampak orang retweet dekat twitter, baru aku tahu event ni diorang oganized sebab nak suport barang-barang tempatan atau istilah sedap sikit - lokal. Macam-macam la yang ada jual dekat sana dari baju, aksesori, skateboard, cd music and macam-macam lagi. Even servis gunting rambut pun diorang ada buat. Event ni bukan budak-budak melayu je yang join, chinese pun ada.
Antara brand yang join |
Tempatan fest 9.0 kali ni diorang buat dekat penang times square and sebelum ni dekat ipoh waterfront. Memang masyuk sangatlah sebab dekat negeri aku. Sampai-sampai sana dalam pukul 11.30 pagi dah nampak ramai sangat orang especially anak muda. Tourist pun ada dengan backpack besar slumber je jalan dalam sesak-sesak tu :p
Penang times square |
View dari aras 4 |
Bahagian depan event |
Seriously rasa tak boring langsung even dah berapa trip dah kau pusing dekat booths kedai baju tu semua. Kalau rasa penat, boleh kejap lepak tengok geng busking menyanyi lagu indie. Kalau dahaga, jangan risau, booth air pun ada diorang set up sekali. Aku suggest korang memang harus try air dari Hello Soda ni especially flavour soda. Minum waktu panas memang terasa nikmat air bikarbonat ni. Dah la decoration pun cantik, design botol air tu pun meletop noksss!
Busking! |
Mesti cuba! |
Kalau datang event macam ni, tipulah kalau kata datang tak beli apa langsung. Korang start je jalan dekat booth tu, confirm mata jadi rambang! Banyak sangat baju design cantik giloss tapi harga ye lah, standard dalam rm30 ke atas. Ada juga certain brand lokal yang aku tengok, baju design entah hape2 je tapi harga, masyaallah sampai nak dekat rm100. Tak beli baju pun mesti at least beli stiker tempatan fest or local band. Memang kena $$$$$ (masyuk) pergi sana!
Busking for real |
Brand lokal - terbang |
Overall aku happy dapat pergi event ni dan agak sedih sebab beli sehelai baju je. Stiker la paling banyak aku borong sebab murah and design smart. Event ni juga bagi pengalaman baru and even ilmu baru especially pasal VJ (visual jockey). Event tempatan fest lepas ni insyaallah kalau ada rezeki kita pergi lagi dan mungkin dengan encik jan pula mihmihmih.
Tips nak pergi event cenggini :
1) Kalau korang nak stiker free, buat-buat la macam nak beli produk diorang, borak-borak dulu dengan bro and sis dekat situ. Confirm diorang kasi stiker brand diorang for free :P
2) Harus bawa jumlah wang yang masyuk kalau korang memang berniat nak shopping dekat sana sebab harga boleh tahan la mahal
3) Pakai baju as simple as you can sebab event macam ni sangat ramai visitors dan sangat sesak especially masa peak hour dalam pukul 3 petang ke atas
4) Be yourself! Jadi peramah and get know our lokal brand. Borak je dengan diorang kalau nak tahu apa-apa pasal brand tu
5) If you buy their products, don't be shy to ask for pictures or free gifts. Untung-untung boleh dapat stiker free, takpun ada gambar korang dalam ig diorang
Salam Syakira, sy ade bace pasal pencarian rumah sewa awak kat area Tapah ni. But, awak dpt penginapan kat Uitm kan.. Blh x saya nk contact num. rumah sewa awak yang last tu? Kalau blh as soon as possible tau. Thanks Syakira.. :)
ReplyDeleteSalam Farra :)
DeleteAlaaa, rumah tu dah ada orang duduk awak. Hari tu pun saya ada call pakcik tu balik and dia cakap dah ada orang book. Sorry eyh.