19 April 2016

Unexpected

Assalamualaikum,hai readers :)

Dah dua bulan lebih tak update,hari ni kita kasi update la sebab tiba-tiba tadi ada orang dok sebut cahayashakira dalam bas hahaha. Aku ni sensitif sikit kalau orang sebut-sebut url blog aku sebab rasa macam budak-budak pula url ni.

Unexpected..

Aku selalu terperasan yang diri aku ni selalu terbuat benda yang unexpected. Aku tak minat benda tu tapi last last aku buat juga benda tu. Selalunya semua ni sebab pengaruh kawan la atau kadang-kadang kawan tak pengaruh pun tapi nak ikut kawan punya pasal. Itu la aku,suka ikut kawan mehmeh. Kalau ajak buat aktiviti outdoor memang aku tak minat sangat,sebab aku rasa aku gadis melayu terakhir yang patut main congkak atau batu seremban ja dalam rumah (indoor activities la ni maksudnya). Tapi ternyata,perancangan tuhan tu adalah sebaik-baik perancangan. Ditakdirkan sepanjang aku sekolah menengah sampai diploma,aku telah terrrr join outdoor activities.

Sekolah menengah
Ni paling hardcore aku rasa dalam life aku. Masa form 1 sampai form 3,boleh pula aku pi join kelab hoki. Paling tak boleh blah,siap pergi tournament lagi dekat stadium bertam. Weii,wakil maktab tu!! Walaupun aku tak rela hati setiap kali turun main hoki sebab kena round padang banyak kali,gelecek sana,gelecek sini dengan batang hoki,tapi aku tak percaya aku boleh lari-lari tengah padang maktab sebab aku tak minat lari-lari ni. Walaupun aku join team hoki tapi waktu form 1,saya masih seorang shakira yang montel hahaha.

Lepas hoki,benda paling tak logik aku join is kadet polis,dari form 1 sampai form 5. Wey,tak logik kot untuk seseorang yang tak minat aktiviti luar!! But yeahh,that's me. Tak ingat kenapa aku gateii pi join kadet polis ni. Ohh,haa ingat dah. Cikgu penasihat kadet polis waktu tu penasihat homeroom aku. So sebab ada cable,aku memang selalu terpilih jadi wakil maktab untuk pertandingan kor kadet polis antara mrsm. Gila hang boleh pula orang macam aku ni join kawad,golek2 tengah padang bagai. Aku tak boleh bayang macam mana la kalau encik jan tengok aku kawad. Mahu malu aku sepurnama kahkahkah.

Habis sekolah
Ni pun tak boleh blah tapi ni bukan sebab nak join tapi takdir. Terpilih untuk join plkn bukan dalam list aku langsung masa dekat maktab. Tapi tu lah,terpilih juga untuk pergi plkn walaupun aku aktif kadet polis dekat maktab!!! (dendam masih ada) Sekali lagi aku kena kawad,masuk hutan,pasang khemah tapi okay la,banyak ilmu dapat. Paling aku tak boleh lupa dekat plkn ni,tak minat aku dekat outdoor activities pun,aku berjaya lepas monkey bar yang panjang tu tanpa jatuh dalam air busuk. Yeayyy me!! :'D

Pose apa ni?! 
Diploma
Ni mengaku sebab ikut kawan. Deme nak join volleyball,so aku pun ikut sama join volleyball. Supposely waktu tu aku nak join je kelab yang indoor tapi takpa,sekali lagi 'mencabar' kemampuan diri. Dua sem main volleyball,ternyata volleyball bukan sukan untuk aku. Bola datang,aku lari tak sambut sebab takut.

Hmmm,sampai sekarang tak boleh figure out sukan outdoor apa yang sesuai untuk aku. Hoki pun dah lupa habis skill,volleyball pula penakut. Nak main futsal kaki bangku. Hmmm sebab tu la aku cakap aku ni gadis melayu terakhir. Main congkak je dalam rumah dekat tepi tangga. Anyway sebab join aktiviti yang unexpected macam ni la yang buat aku sedar rupanya aku boleh ja buat aktiviti macam tu cuma lack of interest je. Tapi seriously,sampai sekarang aku masih tak percaya macam mana aku boleh rela hati nak join kadet polis,5 tahun tu babe!!! Lulz.

Korang macam mana pula?

No comments:

Post a Comment