26 December 2016

What a year

Assalamualaikum readers.

Tahun 2016 adalah satu tahun yang ada up and down untuk diri aku. Penuh kegembiraan dan kepiluan. Awal tahun aku bermula dengan baik bila aku berjaya dapat tawaran sambung ACCA dekat intec. Struggle sepanjang satu sem pertama untuk paper F5 dan F6 sebab first time buat paper ni dan alhamdulillah, Allah bagi peluang untuk aku happy kan mak ayah dengan pass dua-dua paper ni. Aku still boleh ingat macam mana mak bangga sangat anak dia dapat sambung ACCA ni.

Boleh dikatakan setahun setengah pertama aku bermula dengan baik sampailah bulan september yang mana aku telah kehilangan seorang insan bergelar emak. Bukan sanak sedara yang meninggal,bukan kucing yang mati tapi emak,emak weyy.. siapa sangka insan yang paling aku selalu doa sekali 'semoga mak dipanjangkan umur' dalam setiap doa aku, Allah dah ambik dulu. Allah Maha Besar. Siapalah aku untuk menidakkan. Dan ya,bermula dari bulan september,aku rasa hidup aku macam miserable,aku rindu mak yang sangat2. Waktu tu aku dah masuk sem dua,dah proceed paper F7 dan F8 yang mana lagi susah dan serabut. Dan mak aku dah takdak... Aku kehilangan tempat mengadu,aku kehilangan orang yang aku selalu call.. tapi takpa,aku redha..

Al-fatihah..

Itu lah 2016 aku. Satu tahun yang paling mencabar dalam hidup aku yang aku rasa aku dah capai the peak of miserable life at the age of 22. Orang mungkin nampak aku normal dekat luar tapi dalam hati,hanya tuhan yang tahu. Insyaallah,lepas ni kita mulakan semangat baru untuk tahun 2017. Simpan semua memori tahun ni elok-elok sebab kenangan takkan pernah hilang.

Readers yang masih ada emak/ibu/ummi/mama, sayanglah mereka selagi masih punya waktu.

So lets start a new day. Untuk mak,dirimu sentiasa dalam doaku :)


I AM SO READY TO START A NEW YEAR!

6 comments:

  1. hai kak !🤗🤗🤗 doakan saya esok assessment test kat sunway college 💯💯👌👌👌

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak doakan awak dapat sambung ACCA! Fighting!!

      Delete
  2. ya allah kak 😔😔 takziah atas pemergian mak akak.. la tahan innallaha makna ❤ akak kuat !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih awak. Akak akan cuba jadi kuat :)

      Delete
  3. Takziah akak.. Saya doakn akak lulus cemerlang dlm Acca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin,terima kasih awak. Akak pun doakan awak berjaya dalam semua benda yg awak buat.

      Delete