17 July 2017

Study F5 Performance Management

Assalamualaikum,hye readers :)

Seperti yang aku janji,lepas keputusan exam F9 & P1 keluar,aku akan buat post macam mana nak study setiap subjek acca berdasarkan pengalaman aku. Just untuk jadikan panduan buat adik-adik yang baru nak masuk acca. I hope this can help you guys. Kita mulakan dengan subjek F5, Performance Management.

Study text F5 that i'm using

F5 ni ialah paper first yang aku ambik masa dapat sambung acca. Kalau sambung dari diploma uitm,F5 ni lebih kurang paper Statistik sikit,MAF sikit. Disebabkan ianya adalah first paper aku dan kita semua student account selalu dimomokkan yang acca ni susah,ternyata paper F5 ni antara paper F yang susah bagi aku!! Sudah la dapat lecturer yang macam garang (tapi tak garang pun) sebab madam asyik suruh kitorang berfikir sebab soalan dia selalu why,why,why? Jadi memang terasa F5 ni susah.

So how to study F5? 

1) Banyakkan buat past year sebab soalan memang berulang dekat situ selagi silibus tak bertukar

2) Teori nak taknak korang memang kena faham. Bila dah faham,baru hafal (in case korang jenis menghafal sebab aku jenis tu)

3) Jumpa lecturer terus clarify apa2 yang tak faham sebab percaya lah cakap aku,kalau korang pendam,nanti sampai hujung sem,confrm meletup otak!

Aku bukan jenis jumpa lecturer dari zaman sekolah,diploma lagi. Aku lagi prefer jumpa & tanya kawan-kawan aku yang pro sebab aku ni jenis pemalas dan aku takut nak jumpa madam F5 aku sebab aku rasa dia garang (madam tak garang pun!). Ikut korang rasa selesa mana tapi for me,lepas aku dah habis F5 and some other papers,aku rasa lebih baik kalau tak faham apa-apa,clarify terus dengan lecturer,ajak kawan sekali :)

4) Mostly setiap topik F5 ni tak bersambung dari satu chapter ke satu chapter yang lain so kalau korang betul2 faham setiap chapter,insyaallah  boleh score!!

5) Fokus dekat chapter yang susah & tak pro (ex. decision tree). Buang masa study chapter yang kita yakin kita boleh score sebab setiap satu markah adalah sangat penting untuk pass!!

6) Technical article. Waktu subjek F5 ni,aku tak guna langsung technical article sebab aku banyak buat past year je tapi untuk adik-adik ku,silah la baca tecnical article. Jangan jadi macam akak hahaha

-----

Alhamdulillah,hasil daripada usaha di atas,aku pass F5. First paper yang aku ambik dan markah aku agak memberangsangkan. Untuk pengetahuan readers,waktu nak dekat-dekat exam masa study week,aku stress yang amat sampai menangis dalam bilik sorang2 sebab aku tak faham F5 ni,rasa bodoh sangat (Time 1st sem degree pun rasa bodoh juga,boleh baca post ni Tensi betei degree). Alhamdulillah,segala puji bagi Allah,aku pass paper F5. Insyaallah,kalau korang well prepared,korang takkan nangis2 macam aku sorang2. Hahaha sendu betul bila ingat balik.

:)
Until next post! F6 Taxation (MYS)!

No comments:

Post a Comment