11 June 2021

#cucukmyAZ

 Assalamualaikum, hai readers!!

Dah pertengahan bulan June 2021, baru update blog.

So 5 Jun 2021, hari sabtu, aku dengan encik jan dapat appointment untuk cucuk vaksin AZ dekat pwtc kl. Asalnya masa appointment aku pukul 9 pagi and encik jan pukul 4.00 petang tapi hari khamis tu dapat notification dari mysejahtera yang timing aku dah bertukar ke pukul 4.30 petang. Fuhh lega sebab tak payah la encik jan nak ulang alik banyak kali ke pwtc sebab dia tak kasi aku naik train.


So kami pun gerak la sekali ke pwtc dalam pukul 2.45 and sampai sana around 3.30pm. Kereta parking dekat sunway putra mall sebab lepas cucuk nanti nak beli jajan dekat mall konon nak treat diri dah cucuk haha. So dia masuk dulu dalam hall dalam 3.45 macam tu and selang 15 minit tu aku pula masuk. Kiranya aku dapat masuk awal instead of 4.30 sebab proses dia cepat.

Consent form

Lepas dah scan suhu, check in, assessment dengan doctor, then kita terus proceed ke tempat cucuk vaksin. Masa dekat assessment station dengan doctor, aku tanya la pasal soalan-soalan berikut:-

1. TTC (trying to conceive)

Since aku tengah ttc, doctor advise untuk elakkan ttc dalam 3 months after first dose sebab once kita dah pregnant, kita tak boleh dapat second dose. Then after second dose, need to wait 3 to 5 months pula sebab setakat ni masih takde research effect AZ ke atas pregnancy mom + newborn sebab tu doctor suruh tunggu. Tapi dia ada cakap juga once dah ada official research and it's okay to pregnant, then can proceed la after the second dose.

2. Supplement

Bagitahu doc yang aku ada ambik supplement vitamin C and folic acid. Doc cakap can continue to consume tapi folid acid tu dia suruh takyah consume dulu sebab benda yang aku explain dekat atas tu - avoid ttc.

Alhamdulillah, aku dengan husband pun dah selamat divaksin kan dengan AZ petang 5 jun 2021. Masa tu the worst yet to come hahaha. Malam tu baru post effect AZ ni terasa..

Kronologi pengalaman #cucukmyAZ:-

Sabtu, 5 jun 2021 

4.50pm : Settle cucuk vaksin, snap gambar 'Saya tekah divaksin'.

9-10pm : Dah mula seram sejuk and mengantuk awal. Ambil 2 biji panadol actifast, masuk tido awal.

Ahad, 6 jun 2021

3 am : Demam panas, terketar-ketar seram sejuk dalam selimut. Berselubung dalam selimut, muscle sore. Tak boleh nak tido sebab badan rasa tak selesa langsung.

5.30am : Terjaga sebab rasa pening gila and panas sejuk. Tak boleh tido and tertido ayam sambil dengar azan subuh berkumandang.

6.30am : Alarm subuh bunyi, tekak rasa loya terus masuk toilet. Dia tak muntah cuma loya dan aku berpeluh-peluh macam orang baru balik sukan, basah kepala.

7.00am : Duduk dalam toilet punya lama, terus mandi basuh kepala and subuh.

7.30am-9am : Sakit perut and tetido depan ruang tamu.

9.30am-malam : Badan dah okay dan cuma fening sikit-sikit je.

Based on pengalaman aku, demam lepas cucuk vaksin AZ ni tak sama macam demam biasa yang kita kena virus tu sebab demam AZ ni selera makan tetap ada sebab tekak tak rasa payau apa pun. Memang hari sabtu ahad isnin tu macam-macam makanan tapau hahaha. 

Self reward

Hari selasa sampai sekarang dah okay dah, no more side effect of AZ vaccine. Life goes on like usual. Nanti second dose tak pasti side effect dia sama ataupun dah takde. Harap-harap dah takdak la, tak sanggup dah nak melaluinya lagiii aaaaaa

Kepada yang masih menunggu slot vaccine, aku doakan korang semua dapat cepat. Dalam masa yang sama, jaga diri and stay safe my readers :) 

17 October 2020

My first job after graduate

Hi readers, selamat hari sabtu!!

Sepatutnya harini aku dengan encik jan pergi cuci2 rumah sewa tapi disebabkan pkpb, tuan rumah tak dapat nak bagi kunci rumah dekat agent lagi. Jadi kami berdua berhuhu je lah weekend ni.

Okay, back to my title - my first job after graduate. Aku habis acca dekat intec dalam bulan julai 2018 sebab time tu result exam keluar and alhamdulillah pass. Maka bermulalah pencarian kerja yang sengit. Aku ingat lagi, dari aku diploma sampai la acca, aku punya semangat nak masuk big 4 sebab tengok orang yang kerja situ macam best, nampak style - big 4 kot (young dumb sungguh waktu tu). Aku selalu bagitau member aku yang kerja dekat big 4 tu suruh dia simpan satu slot job untuk aku sebab aku memang2 nak masuk situ hahahaha. So after aku dapat result last sem tu, terus semangat2 dengan member pergi job fair dekat klcc drop resume and ofcourse dekat semua big 4 aku drop resume - tapi aku paling target nak masuk satu big 4 ni sebab my cousin and friends mostly kerja situ.

my precious certificate

A few months passed by, alhamdulillah aku dipanggil untuk interview dekat one of big 4 yang aku nak nak sangat tu and yang interview tu ialah partner untuk department yang aku nak which is personal taxation - people advisory services.

Kenapa pilih personal tax?

Personal tax tu senang kata kira2 tax computation pekerja, means personal punya tax, bukan corporate tax. Kalau corporate tax tu merujuk kepada company lah. Aku memang personally minat tax and tak minat audit langsung sebab tu masa ambik optional paper, aku tak ambik paper advance audit assurance (aaa/p7) sebab aku lembab bab audit ni hahaha. aku lagi minat benda yang dah structured, dah ada rules dia sendiri and kita just follow je - so aku pilih tax. cuma bila kerja bahagian tax ni, kena update selalu dengan changes yang kerajaan buat, gov budget etc.

Lepas interview dengan partner, alhamdulillah dapat my first job everrrr!! Pertengahan bulan 9 aku dah start kerja and yeahh I was so noob hahahaha. Aku tak pernah buat intenship dekat mana2 sebab masa diploma akaun dekat uitm dulu memang takde internship, then aku terus sambung acca dan acca pun takde internship. Take note yang aku lepas spm pun tak pernah kerja mana2 sebab terus masuk plkn and lepas tu terus masuk uitm sambung diploma. Jadi bila aku first time kerja ni, aku noob gila. 

Ni lawak, aku tak tahu yang kalau kita reply email kena ikut email trail - aku pergi bedal reply email dekat new email lepas tu bila senior tanya kenapa awak tak ikut email trail, aku jawab 'errr saya tak tahu' hahaha. Ya rabbi, malunya bila ingat balik.. Lepas tu aku tak tahu macam mana nak flatten comment dekat pdf, macam mana nak secure doc dengan pdf. Ramai pakar2 dekat twitter cakap hang kena tau semua ni sebelum masuk kerja tapi tu lah, aku antara yang tak tau semua tu. selamat senior baik tolong ajar huhu.

my office

Sekarang dah 2020, so dah dua tahun la aku kerja dekat big 4 tu dan masih kekal ya hahaha. Selalu cakap dekat family, encik jan and member yang aku nak resign dari situ sebab penat tiap kali nak mengadap peak period lagi sekali. Peak period untuk personal tax ni selalunya start dari bulan 1 sampai bulan 4 sebab end date filing is 30 april generally. So aku akan mengadap sleepless night selama few months ni, jadi la zomba. Nak cerita pengalaman peak period ni lagi lawak and sedih, maybe next post la kot. 

So guys, what is your first job after graduate and how was your experience? boleh share, nak tau juga pengalaman korang :)

12 October 2020

Bila boleh kahwin

Dah berkurun tak update blog, tapi kalini kena update sebab geram dengan politicians. Tarikh nikah asal aku 30 Mei 2020 tapi tak proceed sebab time tu pkp still tengah hot lagi dan mostly semua tak sure lagi sop macam mana. Jadi family decide untuk tangguh ke bulan november sebab agak-agak time ni dah slow down lah sikit covid19. 

So postpone ke bulan november, bermaksud semua borang akan expired dan kena buat semula. Borang hiv cuma tahan 6 bulan dari tarikh test and borang kebenaran berkahwin pula due date dia 3 bulan selepas tarikh diluluskan. So.. cerita dia memang kena buat balik semua ni. Yang penatnya benda2 formal ni semua sebab sangat take time ye kawan2 sebab hang kena ambil cuti which is aku tak suka sangat. Aku nak save cuti untuk cuti kahwin lama (sekarang ni cuti kahwin dah approved untuk 3 minggu hehe). Bila yang first majlis dah tunda so kita pun buat la balik semua benda formal tu sekali lagi and sebab tu la bila pkpb ni announce jadi tak best sebab kalau boleh taknak dah buat balik semua ni. Tolong la jangan extend sampai bulan november, aku nak kahwin!! Aaa!!

Seriously bila jadi benda2 macam ni, kita boleh nampak macam mana someone tu handle masalah ni, which is encik jan. Macam aku perempuan, aku tend to pikiaq macam mana kalau benda tu tak jadi which is opposite dengan encik jan. Contohnya nak buat balik test hiv second time tu - slot untuk booking hiv test dah penuh and dia kata pergi je dulu, dapat tak dapat buat test lain cerita. Jenis aku pula, macam mana kalau officer tak bagi masuk, bila lagi boleh buat ni sambil menggelabah. Last2 ikut cakap dia, gamble je pergi dapat juga buat second test hiv huhu. So lepas settle hiv, terus pergi paid dekat shah alam settle pula borang belah lelaki. Dah siap 2 in 1 hal formal dalam half day. So tu lah, thank you sayang.

Sekarang cuma berdoa jangan sambung lama2 la pkpb, aku nak kahwin. Habis tergendala dah plan 2 minggu ni nak cuci rumah sewa tskk tskk. Mohon readers doakan urusan kahwin aku dan encik jan dipermudahkan. Thanks guys ♡