12 October 2020

Bila boleh kahwin

Dah berkurun tak update blog, tapi kalini kena update sebab geram dengan politicians. Tarikh nikah asal aku 30 Mei 2020 tapi tak proceed sebab time tu pkp still tengah hot lagi dan mostly semua tak sure lagi sop macam mana. Jadi family decide untuk tangguh ke bulan november sebab agak-agak time ni dah slow down lah sikit covid19. 

So postpone ke bulan november, bermaksud semua borang akan expired dan kena buat semula. Borang hiv cuma tahan 6 bulan dari tarikh test and borang kebenaran berkahwin pula due date dia 3 bulan selepas tarikh diluluskan. So.. cerita dia memang kena buat balik semua ni. Yang penatnya benda2 formal ni semua sebab sangat take time ye kawan2 sebab hang kena ambil cuti which is aku tak suka sangat. Aku nak save cuti untuk cuti kahwin lama (sekarang ni cuti kahwin dah approved untuk 3 minggu hehe). Bila yang first majlis dah tunda so kita pun buat la balik semua benda formal tu sekali lagi and sebab tu la bila pkpb ni announce jadi tak best sebab kalau boleh taknak dah buat balik semua ni. Tolong la jangan extend sampai bulan november, aku nak kahwin!! Aaa!!

Seriously bila jadi benda2 macam ni, kita boleh nampak macam mana someone tu handle masalah ni, which is encik jan. Macam aku perempuan, aku tend to pikiaq macam mana kalau benda tu tak jadi which is opposite dengan encik jan. Contohnya nak buat balik test hiv second time tu - slot untuk booking hiv test dah penuh and dia kata pergi je dulu, dapat tak dapat buat test lain cerita. Jenis aku pula, macam mana kalau officer tak bagi masuk, bila lagi boleh buat ni sambil menggelabah. Last2 ikut cakap dia, gamble je pergi dapat juga buat second test hiv huhu. So lepas settle hiv, terus pergi paid dekat shah alam settle pula borang belah lelaki. Dah siap 2 in 1 hal formal dalam half day. So tu lah, thank you sayang.

Sekarang cuma berdoa jangan sambung lama2 la pkpb, aku nak kahwin. Habis tergendala dah plan 2 minggu ni nak cuci rumah sewa tskk tskk. Mohon readers doakan urusan kahwin aku dan encik jan dipermudahkan. Thanks guys ♡

2 comments:

  1. Salam kak,macam mana sekarang ni ? Have u finished ur studies without repeat any paper ? And akak kerja apa sekarang ? Baru je perasan blog akak sebab i tngh cari more info regarding ACCA , so i've read all your posts from the beginning to know more. Mind to share your life after studies ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam awak. Waa,terima kasih sudi
      aca blog picisan akak ni. Yes, I have fnished my study in June 2018. Alhamdulillah akak pass semua paper without repeat. Nanti ada masa akak cerita life after studies pula :)

      Delete