Assalamualaikum readers..
Wuwuwuwu (menangis). Aku ni jarang homesick. Kali pertama aku homesick gila teruk masa aku tingkatan satu. Aku dapat sambung masuk asrama sekolah menegah perempuan dekat penang tapi belah island. Malam pertama dekat sana,aku menangis bawah bantal. Menangis teresak2 kot sebab ye la,mana pernah dok jauh dengan mak ayah tiba-tiba kena duduk asrama walaupun still satu negeri dengan rumah hahahaha.
Last aku balik rumah masa bulan 11 tak silap time aku still dekat palam lagi. Lepas tu tak balik langsung sampai la aku daftar masuk dekat intec. Chinese new year haritu baru dapat balik rumah,tu pun 5 hari ja,tolak hari jumaat aku balik petang,maknanya 4 hari ja aku kat rumah. Sekejap sangat tu!! Selasa malam rabu time dah balik intec dah,homesick aku time tingkatan satu mai balik!!! Setelah sekian lama,fuhhhhhh. Roommate aku pula tak balik lagi malam tu,lagi la aku feeling homesick high punya dalam bilik sorang-sorang. Mengadu dekat encik jan hmmm.. Sedih,tiba-tiba rasa rindu mak dengan ayah sangat-sangat tapi esok hari tu dah okay dah la,malam tu ja emosi terganggu.
Balik cuti hari tu,salah sorang geng cousin aku dah selamat akad nikah. Dalam geng cousin aku ni,dia la yang first kahwin dari 6 orang. Semua pakat tak percaya si zufar ni dah nak kahwin dah hahaha. Opah aku pun tak percaya. Cousin aku ni bercinta dengan isteri dia dari sekolah menengah lagi,alhamdulillah dah selamat dah ijab kabul. Tahniah zufar and kak uzlifatul husna!
Esok hari tu pula,cousin sebelah family mak aku pula bertunang. Kakcik ni kalau dekat instagram,dia suka sangat crop gambar bakal tunang dia tu. Kiranya bahagian kepala memang tak nampak,so tak dapat nak figure out macam mana tunang dia ni. Semua gambaq sampai bahagian leher je,rahsia sungguh hahaha. So isnin lepas dapat juga tengok tunang dia yang misteri gitu. Tahniah kak cik dah bertunang,cepat-cepat kahwin pula lepas ni!
Cuti sekejap dekat rumah,dapat la spend masa dengan family. Kempunan nak makan sate pun dah settle sebab dapat makan. Dekat seksyen 18 ni bosan betul takdak sate,asyik tomyam ja. Penang juga best,macam-macam makanan ada,sebab tu cari la pasangan dari penang lulz. Lega sekarang dah tak homesick dah,sebab kalau homesick macam malam hari tu,satu kerja pun tak jalan. Kalau jalan pun rasa tak ikhlas betul buat and tak masuk apaapa pun ilmu tu huhu.
TAK SABAQ NAK TUNGGU CUTI MIDTERM BULAN 3 PULA NANTI HOII!! :'D
No comments:
Post a Comment