13 February 2016

Neko Atsume

Assalamualaikum,hello readers :)

Woww,tiba-tiba ada lagi post baru. Aku sendiri pun terkejut dengan diri sendiri. Selalu kemain takdek masa nak update blog. Ni pun sebab (ter)download apps blogger dari play store dekat phone. Kiranya lepas ni boleh update selalu la entri baru hihu.

Siapa dekat sini suka kucing? Angkat tangan,meletop angkat tangan! Sama la kita,aku pun suka kucing. Orang cakap perempuan ni kebanyakannya senang cair dekat lelaki yang suka kucing ni. I guess this one of the reasons i cair dekat encik jan kuttt hihihi. Dekat rumah aku suatu masa dulu,kucing-kucing dekat rumah pernah sampai 10 ekor sebab ada sekor kucing betina ni,setiap kali musim mengawan,confirm lepas tu dia bunting. Nama dia anyemom,kitorang dalam family label dia ni set-set che ta. Latest balik cuti chinese new year haritu,kelibat anyemom dah tak nampak dah,mak cakap mungkin dia dah takdak selamanya sebab anyemom ni hidup lama gila!! Rasanya dari aku form 1 kot!! Gila tak lama hidup bagi sekor kucing tapi sekarang kucing dekat rumah aku ada 3 ekor je,semua jate hotstuff perut overload.

Neko atsume in real life 

Rasanya tahun 2016 ni kot game neko atsume ni mula hot,awai-awai tahun hari tu macam tak terasa nak download lagi. Actually game ni dah release lama dah,tahun 2014 tapi cuma bahasa jepun je available waktu tu. Lepas tengok roommate aku punya collection kucing dalam game neko atsume dia,aku pun teringin nak bela kucing fantasi ni. Ye la,cat lovers kan,semua kucing suka walaupun game.

Sampai background phone aku pun screenshot gambar si tubbs ni. Si tubbs ni satu je perangai dia aku tak minat. Aku beli tuna dah la mahal,kena guna ikan emas (susah nak dapat ikan emas),konon ingat deme ni share la tuna tu. Sekali tengok si tubbs ni dah terbaring pegang perut depan mangkuk tuna kosong tu. Sabaq je la,selamat hang gemuk,putih,lepas tu comeii.

background fon gambar si tubbs :p

bukti si tubbs ni perabis tuna sekor dia!!

Setakat sekarang ni,baru sekali je aku remodel rumah. Kucing-kucing jalanan ni kedekut nak mampus nak bagi ikan emas,dah la lepak backyard rumah aku,makan free,main feee,hulur la banyak sikit ikan emas. Nak kumpul ikan emas banyak-banyak,nak remodel rumah sekali lagi,lepas tu shopping goodies baru yang mahal-mahal. (Tangan aku kebas pula masa taip entri ni sebab aku guna fon)
Kepada pencipta game neko atsume,korang punya team memang kreatif!! Terima kasih sebab create game yang comel ni untuk cat lovers macam kitorang.

beginner dulu

rumah dah remodel,wehooo~

5 comments:

  1. Hmm menarik bila nak tulis blog entry pasal aku lak?huhu request dari adik tercinta.buat tau jgn tk buat :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak malu gila suruh orang buat post pasai dia boo boo booo

      Delete
    2. Ehh mestilah tk malu buat apa nk malu kt akak sendiri mohon tulis plis huhu

      Delete
    3. Ehh mestilah buat apa nk malu kat akak sendiri huhu mohon tulis dah tulis kabor kt aku

      Delete
  2. Aww saya ingat saya sorg je yang main game ni ^^

    ReplyDelete