18 May 2018

Kenangan puasa di maktab

Assalamualaikum,hi readers :)

Bila masuk bulan puasa mesti akan teringat kenangan puasa dekat maktab. Aku rasa aku dah pernah buat berapa post pasal bulan puasa 2,3 tahun lepas.

1) Benda best & tak best puasa di U
2) Puasa di uitm tapah
3) Berkat ramadhan kepada saya

Puasa dekat maktab la antara benda paling best pernah terjadi dekat aku. Dari form 1 sampai form 5,semuanya first day puasa dekat sana. Tak sabaq aku nak story apa yang best sangat puasa dekat maktab yang aku still boleh recall sampai sekarang,hehe.

Sahur
Sahur dekat dewan selera (ds) start pukul 4.30 sampai 5.30. Aku selalu semangat nak pergi sahur sebab aku kalau sahur kalau boleh nak makan nasi sebab kalau tak nanti rasa lemau pergi kelas. Tapi tapi tapi.. bila dah terbangun nak sahur,mesti rasa malas sangat nak turun ds. Ya la wey,hang muka baru bangun tidoq dengan tak mandi kena pakai tudung,salin baju seluaq turun bawah. Siapa yang rajin. Dah la sejuk pagi-pagi buta. Selalu ds memang tak ramai sangat pun orang turun soq.

Prep 
Ni lawak!! Prep petang paling hancuss. Semua pergi kelas tidoq elok punya sebab panas,lapar dan mengantuk lah semestinya. Nak tido surau tak boleh sebab nanti lembaga disiplin pelajar (ldp) aka pengawas mai check ambik nama bagi dekat warden. Jadi tempat terbaik nak tido ialah time prep petang. Serius cakap hw memang tak buat langsung kerana tidur lebih berharga. Prep malam pula akan start lepas habis tarawikh 8 rakaat. Ini pun sama naik nak tido dalam kelas. Alasan kali ni sebab over eating masa berbuka hahaha. Aku jenis dah ada plan siap-siap. Tak sempat siap hw addmath?? Pinjam dan tiru ja jawapan member hahaha (sebab tu failed berderet addmath!!). Konklusi dia,prep masa bulan puasa ialah masa dipenuhi dengan tidoq.

Classmates kaki tido
Tadarus
Ni antara aktiviti lepas prep petang. Lepas solat asar jemaah dekat surau,semua orang kena duduk ikut homeroom masing-masing dan tadarus ramai-ramai. Aku tak tipu weh,masa tadarus ni serius mengantuk dan perut berkeroncong yang amat. Sebab aktiviti ni lepas asaq,orang dah penat pi prep (cewahh),nak la pula balik bilik rehat-rehat. Teruknya aku dulu hahaha. Tapi tu lah,protes pun pergi juga tadarus walaupun menguap-nguap.

Mini bazaar
Dekat maktab aku ada la mini bazaar yang betul-betul mini. Tak sampai 6 kedai ja aku rasa yang buka,tu pun student,homeroom yang handle,bukan orang luar. Jadi takdak lah makanan sedap macam kebab,ayam percik,air tembikai laici ka. Yang ada standard student mampu buat - murtabak maggi. Ni homeroom mana entah jual. Dulu aku ahli persatuan usahawan muda (pum) dan kami pun ada buka gerai juga. Of course la gerai pum paling gah sebab ada jual goreng-goreng macam scallop,nugget etc. Bila sampai turn aku kena jaga gerai,aku punya la happy sebab dapat skip tadarus dengan alasan nak kena pergi gerai. Subhanallah shakira :')

Makanan berbuka
Jadi sistem yang cikgu dah tetapkan untuk ambik makanan ialah setiap orang kena hantar wakil homeroom sahaja untuk ambik makanan untuk ahli masing-masing. Relevan dia mungkin takmau ramai orang dekat ds pada waktu yang sama dan skip tadarus. Bila cerita pasal bab ambik makanan ikut homeroom ni memang aku panas sikit. Kitorang dah susun elok punya harini turn siapa,esok turn siapa. Tapi ada sorang budak lelaki dalam homeroom aku ni tak pernah langsung turun bawah ambik kan makanan bila sampai turn dia. Panas wehh hati,dah la penat kot kena ulang alik beratur ambik makanan untuk 8-10 orang dalam satu homeroom. Geram aku dengan dia ni masih bersisa lagi sampai sekarang hmmm.

Disclaimer : yang member lelaki tu bukannya yang dalam gambar ni.

Part of my homeroom's member
Buka puasa
Masa yang paling seronok!! Sebab kita akan buka puasa dalam homeroom ramai-ramai. Sementara nak tunggu azan maghrib,serius ds akan bising nak mampuhh. Elok ja azan,dah baca doa berbuka,terus sunyi ds,yang kendengaran hanyalah bunyi menguyah hahaha. Yang paling best bila dah habis berbuka. Semua orang akan tunggu siapa yang akan start bangun dulu letak tray. Lepas sorang dah start,baru ramai orang bangun. Aku paling tak suka part letak tray. Hang bayangkan tray ada kuah kari/gulai dan orang yang bawa tu pula bawa tray terhuyung-hayang sebab ramai orang,risiko kuah tu nak tertumpah kena dekat baju kurung/tudung sangat tinggi. Aku suka tunggu bila dah tak ramai,baru bangun tapi time tu ldp akan start kalut-kalut halau orang pergi surau.

Paling lawak bila ada orang jatuhkan tray. Tray tu dah menggunumg punya tinggi,boleh lagi dia pi sambung letak. Last,jatuh habis semua tray atas lantai dan semua aspura akan boooo. Hahahaha lawakk!! Selamat tray jatuh ni tak pernah jadi lagi dekat aku.

Tarawikh
Tarawikh dekat maktab memang ustaz akan buat 8 rakaat ja sebab ada prep malam kan. Aku rasa tarawikh dekat maktab antara cabaran terbesar pernah aku alami. Nak menahan mengantuk masa solat tu,ya allah,memang dugaan. Aku pernah tarawikh menguap-nguap sampai keluaq ayaq mata sebab mengantuk sangat. Ni semua sebab over eating masa buka puasa - nasi banyak,makan laju pula lapaq punya pasai. Pergi toilet ambik wuduk baru pun takdak effect. Sebab tu bila pergi prep malam,sambung pula tido walaupun prep petang tadi dah tido kahkahkah

Outing buka puasa
Outing ni macam biasa la,only in weekend. Maktab aku ni dekat betul dengan rumah aku,dalam setengah jam perjalanan ja. Waktu terakhir untuk balik ke maktab waktu puasa 8.30 malam. Disebabkan rumah aku dekat,aku dengan adik selalu minta ayah hantar kami balik lambat sikit,konon-konon dan la nak sampai before 8.30. Sampai-sampai ja depan simpang maktab,kereta berderet nak masuk. Last-last kad outing kena tahan dengan ustaz sebab lambat sampai maktab huhu

- - -

Aku rindu betul puasa dekat maktab. Banyak benda-benda lawak jadi bila bulan puasa. Boleh nampak muka orag mengantuk turun sahur,orang sebelah time tarawikh menguap teruk,tersengguk-sengguk time tarawikh. Aku rasa solat tarawikh aku dulu tak sah la sebab aku pernah terjeling orang sebelah aku menguap teruk gila sampai aku kena tahan gelak dalam solat. Ya allah,terimalah solat hambamu yang hina ini.. Rindunya suasana puasa dekat maktab. Semua dah tersusun elok jadual,sekarang ni semua kena susun sendiri. I mishh you maktab!!

No comments:

Post a Comment