20 February 2013

Parahnya Asmara

Semalam saya ada menghadiri satu program yang dianjurkan oleh pelajar UiTM Perak. Tajuk ceramah tersebut ialah, Bual bicara Valentine ; Parahnya Asmara. Menarik kan tajuk dye? Sebab tu la saya dan roomate sanggup redah hujan, kilat, guruh semata-mata nak pergi dewan dekat Fakulti Pengurusan Perniagaan nak join majlis ilmu ni.


Penceramah yang dijemput ialah Imam Muda Hassan - pemenang program Imam Muda musim ke-2. First time tengok muka dye, Subhanallah, nampak bersih sangat muka, peribadi pun baik. Boleh kata separuh dewann tu penuh dengan mahasiswi kalau nak dibandingkan dengan mahasiswa.

Siswa siswa sekalian, di manakah kamu semua ? Bukankah kamu semua bakal menjadi imam kami suatu hari nanti ?

Ini sedikit sebanyak ilmu yang saya dapat hasil daripada majlis ilmu ni yang telah diringkaskan :)

Sejarah Valentine

Pada 14 Februari 270M, paderi St Valentine dibunuh kerana penentangannya dengan Raja Romawi pada zaman itu iaitu Raja Claudius II. Untuk mengagungkan St Valentine yang dianggap sebagai simbol ketabahan dan kecekalan, maka para pengikutnya memperingati kematian dia sebagai upacara keagamaan.

Sambutan Lupercalia

Pada zaman Romawi dahulu, setiap 13-18 Februari, para gadis akan menulis nama mereka dan memasukkannya dalam kotak. Setiap lelaki akan mencabut satu nama dan nama gadis yang dipilih akan menjadi pasangan lelaki tersebut selama setahun. Mereka mendapat sijil untuk bersama selama setahun. Selepas 13 Februari tahun depan, nama baru akan dicabut lagi.


  • Hukum menyambut Hari Valentine adalah HARAM !
  • Kalau suatu hari nanti kita dapat pasangan yang tidak baik, mungkin ini dalah ujian dari Allah. InsyaAllah akan ada hikmah disebaliknya.

PERHATIAN YA UKHTI

Perhatian untuk ukhi-ukhti sekalian, kalau ada lelaki bukan mahram yang bagi salam dekat kita, contoh kalau ada mamat ni bagi salam dekat kita dengan niat nak mengorat, ganggu, kita TAK WAJIB jawab salam tersebut sebab niat dia dah lain. Tapi kalau nak jawab juga, boleh jawab dalam hati.


Beberapa soalan dari mahasiswi kepada Imam Muda Hassan :)

Kita suka dekat seseorang, adakah itu dianggap zina ?
Tidak, itu tak dianggap zina sebab persaan suka adalah fitrah manusia. Macam mana nak carry on perasaan tu ? Buat cara yang betul, perempuan pinang lelaki tu guna orang tengah macam apa yang terjadi antara Siti Khadijah dengan Nabi Muhammad. Cinta yang sebenar hendaklah disalurkan kepada perkhwinan.

Kita sekarang ni tengah couple, lepas tu rasa keinsafan tu datang tapi masalahnya kita tengah couple. Nak buat macam mana?
Buat perjajnjian dengan lelaki/gadis tersebut. 'I rasa kita ni ke depan sangat la you, apa kata kita ke belakang sikit. I nak jadi baik, you pun kena jadi baik juga'. Kita kena kuat dan tabah. Kalau si dia tinggalkan kita, maknanya dia tidak baik untuk kita dan bukan pasangan yang baik. Kalau kita kahwin dengan dia pun, mungkin kita akan susah.

Harap kawan-kawan dapat ilmu baru hasil perkongsian ini, insyaAllah amin.

7 comments: