16 March 2013

International Culture Night 2013 at UTP

Semalam aku dengan roomate dan dua orang lagi classmate pergi UTP (Universiti Teknologi Petronas) nak tengok persembahan International Culture Night. Aku selalu lahh jugak pergi menyibuk join event UTP memandangkan jarak antara UTP dengan UiTM Perak agak dekat yang ambik masa dalam 10++ minit kalau naik kereta.

Tayang muka sikit pakai tudung biru, sebelah Ummu :p


International Culture Night ni merupakan salah satu event wajib bagi UTP *kot. Pihak UTP akan panggil student dyorang yang abroad untuk perform apa-apa sahaja yang berkaitan dengan budaya negara dyorang and mostly semuanya buat tarian. Antara student abroad yang buat persembahan ialah dari negara Sudan, Uzbezkistan, Indonesia, Nigeria, Pakistan, Turkmenistan, Vietnam, Iran, Yemen, Philiphines, Mozambique. Tak lupa jugak Malaysia untuk opening dance. Ada jugak IPTS yang dijemput macam UM, KLIUC dan UTM. Antara selingan tarian lain yang ada macam Ballet dance by Sophiya Najivan, breakdance dari student UTP dengan Bhangra Dance :)


Event ni sangat menarik sebab kita boleh nampak culture sesebuah negara tuu. Besides that, aku jugak dapat banyak pengetahuan am pasal sesebuah negara tuu. Macam dekat negara Turkmenistan, ada satu tempat ni dapat gelaran 'the door to hell' sebab ada satu kawah besar dekat tempat nama Karakum Desert ada api yang terbakar yang tak pernah terpadam selama 40 tahun :O

Ni gambarnya;


Macam biasa la kan dah nama pun event international, culture pulak tu, mesti ada penari yang seksi-meksi esp perempuan. Kalau tengok tarian negara Nigeria, lawak gila! Nak kata tak senonoh tarian tu pun tak boleh jugak sebab tu memang budaya dyorang menari macam tu. Penari perempuan negara lain pun taknak kalah jugak nak tayang keseksian dyorang, contoh macam Iran. Mengancam nak mampuss, yang lelaki pulak sorak-sorak macam hape, aku yang segann.


Lepas tengok penari Iran, aku terdetik nak tahu apa agama rasmi negara Iran sebab penari perempuan dia sangat ^%&@!! Setelah di-google, agama rasmi Iran ialah Islam tapi berpegang kepada ajaran Syiah *ajaran sesat. Mungkin penari tu beragama lain kot sebab agama utama lain di Iran ialah Kristian, Yahudi dan Majusi.

Ehh, dah macam kelas sejarah pulak dah ni hihihihi :p

Berbalik kepada cerita ICN dekat UTP ni, the whole event was totally amazing! Aku sangat seronok sebab dapat join event macam ni since sangat berfaedah bagi student macam aku dengan kawan-kawan. InsyaAllah kalau tahun depan ada lagi ICN ni, aku akan pergi lagi, wehoooo! :D

Harap dapat informasi baru.
Toodles~~

8 comments:

  1. Wah seronok gilaaa event ni! :)

    ReplyDelete
  2. suka tgk tarian..>.< pndai diorang kan..

    ReplyDelete
  3. seronok dpt join...tp arab yg seksi2 tue, kalo xsilap dipanggil arab jahiliah...

    ReplyDelete
  4. rindu uia..uia own selalu buat aktiviti cmni.

    ReplyDelete
  5. Wau byk pengetahuan sy dpt..tak pernah tahu pn sebelum ni pasal the door to hell tu..dashat..
    Thanks sudi berkongsi pengalaman dan pengetahuan..∩__∩

    ReplyDelete