24 March 2013

Teruskan usaha

Assalamualaikum readers ^^

Rindu kawan-kawan sekolah yang dah lama tak contact. Petang tadi contact lah dyorang, text tanya macam mana belajar etc. dan kebanyakkannya ramai yang dah habis matriks dan asasi. Masing-masing dah nak masuk degree dah.

Aku still lagi dalam diploma. Kenapa? :(

Bukan aku tak pernah aply nak masuk asasi masa isi UPU after SPM 2011 dulu - aku pernah. Cuma asasi yang pihak universiti sediakan tak menepati cita rasa dan minat aku. Kaunselor cakap pilih bidang yang kita minat. Tapi kebanyakan universiti sediakan bidang yang memang out of list minat aku. Kalau UiTM pula, cuma ada asasi undang-undang, lagi la bukan pilihan aku. Nak berdebat pun tak reti ada hati nak ambik law.

Aku ada jugak apply asasi dekat UIA tapi rezeki tak berpihak. Akhir sekali Allah dah tetapkan aku akan sambung pelajaran dalam Diploma Perakaunan. Satu bidang yang aku tak pernah expect aku akan libatkan diri masa aku kecik-kecik dulu. Cita-cita childhood dulu nak jadi cikgu takpun doktor pakar kanak-kanak. Tinggi gila taste aku duluu hahaha :D


Tiga tahun diploma, lagi 4 semester.

Aku dah nak habis sem dua bermaksud ada lagi empat sem untuk go on dalam diploma. Habis 6 semester diploma, insyaAllah baru aku akan join degree juga macam kawan-kawan aku yang bakal masuk degree tahun ni. Lain orang lain jalan hidup dia.

Tak kisah la berapa lama masa yang kita ambil untuk belajar tapi yang penting ilmu yang dapat tu biarlah kerana Allah yang akan dimanfaatkan untuk agama, bangsa dan negara kita sendiri.

Jangan sedih kalau kawan-kawan kita dah nak masuk degree tapi kita masih dalam diploma. Proses pembelajaran tetap sama. Mungkin kita dapat makan nasi minyak dyorang dulu nanti mihmihmih ;)

8 comments:

  1. xpe...study kat mana pown sama je.yg penting kita ada niat utk belajar..rindu 2 subjek kat atas tu..hikhik

    ReplyDelete
  2. kite insyaAllah masuk degreee sept ni :>

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum shakira!Really need your help to support and promote this online boutique http://zarsshop.blogspot.com Thanks for helping! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. No biggie deal, insyaAllah I will help what I can :)

      Delete
  4. Asalkan belajar terus belajar. Pendidikan sepanjang hayat ! Eh tetiba.

    ReplyDelete
  5. Rasa macam salah taip tapi emm takpa lah u_u

    ReplyDelete