15 May 2013

Cuaca panas, strok matahari?!

Assalamualaikum readers :)

Harap-harap semua readers sihat selalau sebab aku tengah demam sekarang ni. Huaa dugaan musim panas ni. Sekarang ni memang musim panas sampai ke malam nak tido pun boleh berpeluh-peluh.

Aku kena demam pun sebab aku yang buat naya badan sendiri. Boleh pula aku pi telan air gas sejuk masa musim panas ni. Padahnya aku demam dan sakit tekak. Mak pula yang susah-susah kena belikan ubat untuk anak dara dia yang sakit ni, uhukk uhukk.


Nampak tajuk entri dekat atas? Sensasi ni, STROK MATAHARI. Aku tak pernah pula dengar strok matahari, selalu tau strok yang elderly kena tu jaa. Memandangkan terbaca berita pasal strok matahari ni dekat Utusan online, aku nak share la sikit dengan readers.

Strok matahari ni boleh attack sesiapa saja terutamanya kanak-kanak sebab daya tahan tubuh dyorang tak kuat macam orang dewasa. Strok matahari ni mampu buat seseorang tu pengsan. Ni disebabkan panas matahari yang menyerap cecair dari badan kita dan boleh menyebabkan dehydration dekat badan kita. Walaupun minum banyak air masak tapi kalau lincah sangat buat aktiviti tengah hari rembang, risiko nak kena strok matahari tu sangat tinggi.

Kiranya dekat sini kita kenalah kurang-kurangkan aktiviti di luar tumah, banyakkan minum air masak, bukan air gas sejuk! Hehehe. Bagi pelajar sekolah/universtiti, awak-awak disarankan guna payung masa jalan kaki nak pergi ke kelas. Lelaki especially, tak payah malu-malu sangat nak guna payung tu :p

Harap entri kali ni mampu bagi sikit info dekat readers pasal strok matahari. Jaga kesihatan tu elok-elok masa musim panas ni, nanti demam macam aku :/

7 comments:

  1. x pernah dgr plak strok matahari..gini kena bnyak minum air laa..

    cepat sembuh ye..=)

    ReplyDelete
  2. dah dbgth kan supaya kurgkan aktviti luar..sbb leh wat pengsan..

    ReplyDelete
  3. memang panas sekarang ni..lagi2 kat penang ni..
    jaga kesiahatn elok2..

    ReplyDelete
  4. dah hujan kat taiping hari ni :)- bebe

    ReplyDelete