16 May 2013

Selamat hari guru, cikgu!

Assalamualaikum, anyoeng readers :)

Selamat hari guru.

Hari ni 16 Mei, hari guru buat semua cikgu-cikgu dekat Malaysia. Aku mula kenal dan panggil seseorang tu cikgu bila aku masuk prasekolah masa umur 6 tahun dulu. Tu la first time aku kenal seorang cikgu dan panggil dia cikgu. Bila dah masuk darjah satu sampai la ke sekolah menengah, ada yang aku panggil miss, sir, pengetua etc. Pengetua memang panggil pengetua, tak panggil cikgu pun.

Sempena hari guru ni, aku nak ucapkan selamat hari guru buat semua cikgu, ustaz, ustazah, sir, madam, miss, puan, encik, pengetua, mak abah bakal ibubapa mertuaku satu hari nanti (insyaAllah), semua bakal guru dan sesiapa sahaja yang sedang dan pernah bergelar seorang guru.

Aku dan mama homeroomku
Walaupun mungkin cikgu-cikgu takkan baca ucapan saya ni, saya nak cikgu tau yang saya sangat menghargai jasa baik cikgu yang susah payah ajar saya bagi pandai. Alhamdulillah atas usaha tunjuk ajar cikgu, saya berjaya mendapat 5A dalam UPSR, 8A dalam PMR dan 6A 3B dalam SPM. Semua atas penat lelah cikgu semua :')

Oke, masa untuk ambik fon dan text selamat hari guru untuk cikgu-cikgu yang aku ada simpan lagi no mereka. Hanya Allah mampu balas jasa baik cikgu semua.

Terima kasih tak terhingga buat tenaga pengajar, pendidik saya di;

-Prasekolah SK Ara Rendang
-SK Ara Rendang
-St George's Girls School
-MRSM Kepala Batas
-UiTM Seri Iskandar

5 comments:

  1. cikgu adalah pendidik terbaik,selamat hari guru^^

    ReplyDelete
  2. ^^ , rindu zaman kat KB . tapi apa boleh buat semua gambar dah terpaksa diformat T.T

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Guru jugak awak..=D

    ReplyDelete
  4. selamat hari guru ...sis nak jdi guru ke ??hehe

    ReplyDelete