Selamat hari Khamis.
Entri kali ni berkenaan aku dengan Fauzan. Kalau rasa macam mengarut nak baca, tiada paksaan di sini tapi moleklah kalau di baca kan. Alanag-alang dah masuk blog aku, penat klik, baik mu baca ye idok? Hehehe.
Sepatutnya aku taip entri ni semalam yakni 26/6/2013 tapi disebabkan kekangan masa sebagai seorang pelajar IPTA (aicewah) tak dapat la daku meng-update-nya semalam. Tapi takpe, yang penting semalam aku dah celebrate dengan Fauzan, borak-borak dalam phone. Celebrate amenda nye kan ?
It's our 2nd annivessary ♥
Dulu tahun pertama kenal, kita orang dua tak pernah jumpa lagi. Biasa la kenal dekat social networking jea, entah ada harapan ke tidak nak bersama lagi pada masa hadapan tapi alhamdulillah, aku dan dia masih bersama sampai ke hari ni, ke saat entri ini ditaip. Tahun ni jugak tahun yang sangat membahagiakan bagi aku dan juga dia sebab akhirnya kitorang dapat juga jumpa buat pertama kali!! Excited terlebih pulak hihihi.
Kalau nak cerita balik bab jumpa first time dulu, memang panjang benor. Boleh lah baca sini kalau nak tahu cerita cinta social network aku dengan dia.
Kepada Mohamad Fauzan,
Terima kasih untuk dua tahun yang sangat mencabar dan menggembirakan ini. Awak adalah sebahagian dari diri saya dan keluarga saya. Saya perlukan awak. Saya minta maaf atas semua perangai saya yang annoying, teruk @#$%^& (hahahaha). Harap awak sabar dengan saya dan kita akan teruskan impian kita bersama-sama sampai tercapai suatu hati nanti, insyaAllah, amin. Selamat ulang tahun yang ke-2 sayangg. Saranghae~~!! *buat bentuk love atas kepala* :)
Aku minat benor dengan Liyana Jasmay, jadi sayangku, ini lagu untuk awak. Romantik tak? :3
For readers, all the best for your relationships. Terima kasih sudi baca entri cintan-cintun saya dengan Fauzan. Bukan selalu kan hehehe.
kejap je berlalu..
ReplyDeletesweetny.. hehe..
ReplyDeletedulu pun pernah b'cnta jrak jauh, just than stahun lbey jewp..
:)
sggh pg =)
ReplyDeleteamboi k. memg assignment bnyak tapi masih lg sempat. gud luck in ur love friend !
ReplyDeleteahhhh rindunyaaa kat Jaka!
ReplyDeletemak aii .. biar betol berkenalan hanya di sosial network boleh kekal sampai hari ini ... wooww .. *kagum
ReplyDeletesangat sweet^^
ReplyDeletehope you guys will last forever . nasi minyak jgn lupa jemput okayy ;)
ReplyDelete