13 July 2013

Berkat Ramadhan kepada saya

Assalamualaiukum raeders :)

Dah nak masuk hari ke-4 dah kita berpuasa esok Ahad. Macam mana puasa readers semua? Aku, so far so good. Masih boleh tahan rindu masakan mak dekat Penang tskk tskk. Untung la kawan-kawan yang dapat balik rumah bukak puasa, untung jugak bagi aku sebab bazaar Ramadhan UiTM SI tak sesesak sangat masa diorang ni semua ada (iye ke?).

Hari ni aku nak cerita 2 kisah yang terjadi dekat diri aku. Aku rasa ada kaitan dengan bulan Ramadhan ni jugak. Harap readers sudi luang masa baca sebab aku rasa ada point yang boleh kita ambik dari pengalaman yang aku dapat hari ni.


Kisah 1 : Di baazar Ramadhan UiTM SI

Aku tengah survey makanan dengan le roomates untuk juadah berbuka puasa. Dah habis pusing satu round tak dapat lagi cari main dish nak berbuka. Tiba-tiba hujan turun balik so kitorang dan kebanyakannya yang lain rush nak beli makanan. Kedai yang aku tengok selalunya tak berapa laku pun jadi laku sebab orang nak cepat balik kan. Siapa cakap hujan bawa bencana? Hujan bawa rahmat :)

Aku pun rush la jugak nak beli makanan. Aku dengan le roomates singgah satu stall ni nak beli nasi campur. Harga nasi aku RM3.70, aku kasi makcik tu RM4.00 tapi makcik tu cakap dia takde baki syiling. Aku cakap makcik ambik je la baki tu, saya halalkan. Makcik tu pula taknak, cakap ehh mana boleh dik, tunggu kejap eyh. Tiba-tiba makcik tu ambik satu plastik dan masukkan satu ketul ayam goreng rempah. Ya Allah, makcik, terharunya saya. Dah la ayam goreng rempah, ayam goreng rempah weyh!!

Mungkin makcik tu taknak rasa terhutang walaupun cuma 3kupang. Jadi dia gantikan dengan ayam seketul. Aku bersyukur sangat sebab satu dapat ayam free (muahaha) dan kedua makcik tu tak nak berniaga dengan cara yang betul. Ni lah yang dikatakan berkat Ramadhan, Subhanallah :)


Kisah 2 : Nak pergi tarawikh

Selalu aku pergi tarawikh dekat Pusat Islam dengan le roomates dan classmates. Nama pun minggu pertama, ramai yang balik rumah nak berbuka puasa dengan family. Aku memang semangat nak pergi tarawikh dekat Pusat Islam tapi since takde orang yang nak meneman, aku rasa takut nak pergi jalan ke Pusat Islam sorang-sorang.

Tapi betul lah orang cakap, selagi kita usaha, Allah akan mudahkan urusan kita. Aku try contact member aku yang masih wujud lagi dekat UiTM ni, tanya diorang balik rumah tak, nak pergi tarawikh tak? Rata-rata ramai yang balik rumah. Punah dah harapan aku. Slide punya slide contact no dekat fon, ternampak satu nama member aku masa part 1 yang aku jarang contact. Kalau jumpa pun cuma tegur-tegur macam tu jea. Text dia, tanya soalan yang sama, Alhamdulillah, dia ada dekat bilik dan nak pergi tarawikh kejap lagi.

Ya Allah, betapa untungnya hambuMu ini. Terima kasih ya Allah sebab mudahkan urusan aku malam ini. Memang terbukti, selagi kita usaha walaupun kecik jea usaha tu asalkan niat baik, insyaAllah Allah akan mudahkan segalanya. Alhamdulillah malam ini aku masih dapat solat berjemaah tarawikh.


Tuu la 2 kisah yang aku nak share dengan readers. Banyak pengajaran yang aku dapat dari apa yang jadi dekat diri aku hari ini. Yang penting, asalkan niat kita kerana Allah, insyaAllah everyting will be easier. Subhanallah. Thanks for reading my entry, happy fasting! :)

6 comments: