21 November 2013

Jangan bunuh semut! Kenapa?

Assalamualaikum readers :)

Sejuknya.

Hari ni nak sembang pasal semut. Kadang-kadang bila kita jalan dalam rumah tetiba mata ternampak semut dengan geng-geng dia elok ja berbaris jalan dekat dinding atau lantai. Kalau yang jenis mata tak boleh tengok ada binatang haluih-haluih dalam rumah, terus laju ambik Ridsect pastu spray dekat semut-semut tu. Lintang-pukang dyorang lari.

Aku la tu.

Tapi baru-baru ni aku ada terbaca satu artikel dekat facebook pasal semut yang berjalan-jalan dalam rumah ni. Jemput la baca, dapat ilmu agama sikit :)

Jangan bunuh semut!

Kalau nampak semut banyak-banyak dalam rumah seperti yang pernah dipesan oleh Nabi kita junjungan Rasulullah, kita ucaplah :

"Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman A.S. Ini rumahku, aku mahukan kebersihan. Kamu adalah makhluk Allah yang sentiasa berzikir kepadaNya. Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidupmu, kamu hiduplah di luar rumahku yang berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat"

Jika kita tidak suka semut-semut berada dalam rumah, kita jangan sembur Ridsect/bakar semut-semut tu. Kita tegur mereka dengan bagi salam ke atas Nabi Sulaiman A.S sebab semut-semut ni adalah rakyat Nabi Sulaiman A.S Semut-semut ni juga selalu berzikir kepada Allah sepanjang masa.

Kisah semut ni pun ada dalam al-Quran.



Baru aku tau, kita tak boleh suka hati nak bunuh binatang even dia semut je pun. Berdosanya aku ya Allah.. Tapi takpe, sekarang dah tau aku takkan ulang silap yang sama. Harap perkongsian aku ni dapat menambahkan ilmu kita semua :)

*time aku google image gambar semut, macam-macam rupa semut scary yang keluar :O

12 comments:

  1. samalah, baru je baca artikel ni, tang-tang tu baru lepas ridsect semut. Sentap betul~ Heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun sentap juga.
      Takpe la, lepas ni jangan spray lagi dah lain la kalau semut tu membahayakan kita :)

      Delete
  2. er er .
    jangan bunuh ?
    ops . always did it :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau semut tu mendatangkan mudarat, takpe la kita bunuh :)

      Delete
  3. Selalu bunuh semut .. Kesiannya dia . Ntah2 dia membawa keberkatan kat rumah kita kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau semut tu memudaratkan,its okay kalau nak bunuh tapi kalau saja-saja nak bunuh tu,sebaiknya jangan lah kan. Haah kan,mana tahu semut tu bawa berkat :)

      Delete
  4. nice info, kalau tak sampai sekarang masih bunuh semut2 ni. huhu

    ReplyDelete
  5. saye bunuh semut klo dia gigit je..geram!
    klo saje2 tak ehek:)..
    btw salam kenal..
    jemputla singgah blog saye..

    http://annisa.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. saye bunuh semut klo dia gigit je..geram!
    klo saje2 tak ehek:)..
    btw salam kenal..
    jemputla singgah blog saye..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum. blogwalking sini.

    Jom join segmen ni. Tak perlu susah-susah buat entry. Letak url blog je kat comment XD

    http://cikfafasweet98.blogspot.com/2013/11/segmen-follow-sampai-muntah-free.html

    ReplyDelete
  8. ada baca jugak kat fb.. nanti nak kena bisik lembut2 kat diorang lah kalau nak suruh diorang pergi kan..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha haahHusna,bisiklembut2 je dekat diorang :p

      Delete