Semester 4.
Ahad lepas dah balik UiTM Seri Iskandar, daftar masuk kolej (tempat penginapan). Sem ni aku dapat angin baru sebab bilik dah tak dapat untuk yang 4 orang dah tapi dapat untuk 3 orang. Bilik sem ni agak kecil dan 'menyedihkan' sebab kalau tengok betul-betul bilik ni asalnya untuk 2 orang je tapi sebab student ramai yang nak stay dalam kawasan kampus so bilik 2 orang ni dijadikan untuk 3 orang tskk tskkk.
Sebab sem ni dapat bilik 3 orang, seorang roomate sem lepas terpaksa 'dikorbankan'. Sedih juga la tskk tskk. Selamat pindah bilik sebelah je haha.
Tasya telah 'dikorbankan' oleh pihak pengurusan.
Since aku ni seperti orang yang ketiga dalam bilik ni, maka aku dapat...
Katil atas
Katil atas kali terakhir dan kali pertama aku dapat masa sem 1 dulu. So, sem ni dapat balik katil atas. Alhamdulillah, kali ni bila tidur katil atas takde la panas sangat. Setakat ni laa.
Loker halus
Ni part paling sedih jadi orang ketiga ni. Dapat loker baju besi yang slim gila-gila. Roomate lagi dua orang dapat loker kayu macam sem lepas tapi size double. Untung la kome. Mungkin dapat loker besi ni nak ngajor aku jangan bawa barang banyak sangat.
Loker kecik molek gua.
Macam mana nak study woi?! Dapat meja standard saiz kelas compared to my other roomates dapat meja study saiz gedabak besar macam sem lepas. Tapi still bersyukur sebab kalau bukan sekarang nak belajar susah, bila lagi kan? :)
Kesimpulannya, bagi sesiapa student perempuan UiTM Seri Iskandar yang next sem berkemungkinan dapat bilik no M2119, berhati-hati la kamu. Siapa cepat, dia dapat cop tempat dulu haha. Untuk satu sem ni ja susah sikit, sem depan nak chiao pergi UiTM Tapah dah. Sayonara!!
nanti sedar2 dh hbs blajar..hihi
ReplyDeleteni mesti lambat mai.. sebab tu dapat yg ketiga je semua.. =P
ReplyDeleteWahh tahniah dah habis sem 4 .. Kesiannya akak dapat yg kecik 2 smua
ReplyDeletewahh ! dah nak abes dah :)
ReplyDeletegoodluck sayang .
untunglah dapat stay dalam kampus .
huhu kalau kami , sem 2 belum tentu lagi wehh :(
kejap je rasanya kan..gudluck!
ReplyDeletedulu selalu kite lalu kat uitm sri iskandar ni...jumpe ramai student uitm masa pg taman maju..heheh...rindu nye zaman tu
ReplyDelete