20 March 2014

Trip ke Taiping

Assalamualaikum, holla :)

Sekarang ni study week untuk semua student diploma uitm dah mula dah. Dah jadi benda common untuk student uitm ni, bila study week wajib balik rumah, bukan nak study hehehe. So aku pun kalot juga nak balik rumah, dah semua member dengan roomates nak balik. Takkan nak tinggal sorang-sorang dekat dalam uitm? Memang tak lerrrr, lone ranger gila arrr.

Jadi untuk trip balik penang kali ni agak lain sikit. Bukan lain sebab naik flight, ETS ke hape, tidak tidak. Lainnya sebab aku tak ambik bas straight dari uitm-penang tapi aku ambik trip dari seri iskandar-ipoh-taiping. Bagi seorang Penangites yang taktau selok-belok perak, maka shakira pathi ni pun ikut la ummu pergi medan kit dengan hani sebelum bertolak ke Ipoh.

Siap siaga dekat bus stop taman maju sambil tunggu bas lompat sampai
(abaikan muka pelik gua T.T)



Untuk perjalanan dari seri iskandar ke medan kit ipoh, kita kena ambik bas berhenti-berhenti tu atau nama lain bas lompat. Untuk ke medan kit, akan ada 3 jenis bas yang akan lalu and berhenti depan taman maju untuk pick up orang yang naik dari seri iskandar. Bas yang dimaksudkan - Perak Transit (ada aircond), General (no aircond) & Roadway (ada aircond). Nasib baik aku dengan member dapat naik bas Roadway yang ada aircond, alhamdulillah. Udah lerr waktu tu bahang gila-gila tahap rasa nak mandi lagi kalau boleh. Tambang dari taman maju/seri iskandar ke medan kit cuma RM4. Maka bermulalah trip aku..

Enjoy scene nak ke medan kit dulu



Kalau bas Roadway ni, dia tak berhenti betul-betul dekat medan kit. Jadi terpaksalah kitorang jalan kaki, membelah kesesakan lalu lintas situ nak ke medan kit. FYI, medan kit ni ghuponye dekat je dengan stesen kereta api ipoh. Berape jengkal je pun. Ingat nak ambik tiket ETS je turun KL teroihh waktu tu hihihi. Konon angan-angan nakjmpa Jan hihihi. Sampai medan kit, terus beli tiket bas express nak ke taiping, harga cuma RM9.30. Save budget!

Owww, ni la medan kit


Klasik siot bas general ni


Pukul 2pm naik bas express straight ke stesen bas kamunting. Sampai sana, aku tido sehari dekat rumah ummu. Seriously aku taktau nak ending cerita ni macam mana. Aku tido rumah ummu sehari, lepas tu esoknya aku balik penang dengan parents aku. Haaa, the end. Sekian :)

Ohh, sebenaqnya aku tak balik pun penang sorang-sorang. Mak aku risau katanye.

2 comments:

  1. kemainnn . sakan noh berjalann . hehe . nanti jadi tour guide aku lahh noh

    ReplyDelete
  2. Aku pergi taiping je fatin, tu pun tak habis pusing lagi hehe

    ReplyDelete