Sejak dapat tahu kena pindah kampus Tapah ni, mula la rasa sedih. Bila sedih, mula la teringat kenangan masa mula-mula datang Seri Iskandar (SI) ni dulu masa nak daftar masuk UiTM. Bila teringat kenangan lepas-lepas, maka sesi throwback akan bermula.
Pasal nak pindah Tapah ni semua, takpe, aku dah boleh terima dah walaupun hakikatnya Tapah masih lagi dalam proses nak membangun dari sebuah kawasan desa menjadi kawasan yang lebih urban. Walaupun cuma ada KFC sebagai satu-satunya alternatif kalau teringin nak makan fast food. Takpe, aku boleh terima.
Tapi yang tak seronoknya, dekat SI ni, terlalu banyak kenangan yang tercipta, terlalu banyak..
Dekat SI lah, aku memulakan hidup sebagai seorang pelajar universiti
Bukan aku tak pernah stay hostel tapi hostel gaya sekolah dengan university memang sangat lain. Dekat SI ni la aku first time belanja duit PTPTN yang aku dapat masa mula-mula masuk UiTM dulu. Masa dekat SI ni lah, aku kenal kawan-kawan baru, tahu life U, jadi AJK blok, join aktiviti standar U and so on. Banyak sangat kalau nak list hmmm..
Dekat SI lah, aku mula-mula jumpa si dia
Bagi readers yang dah pernah baca post lepas aku pasal jumpa si dia, Pertemuan I & Pertemuan II, dekat SI sinilah teciptanya memori terindah itu. Aicewahhh. Jumpa dekat tesco, pergi KFC, pergi Teluk Batik. Sekarang KFC tu pun dah nak tutup sebab dah ada KFC baru buka belakang Tesco. Dekat SI jugaklah, aku first time keluar dengan dia dan paling penting sekali, dekat SI lah aku first time jumpa dia. And now I have to leave this place that full of my first memories with him...
-Hai Encik Jan! :)
Lepas ni 'aku dan Seri Iskandar' akan bertukar jadi 'aku dan Tapah'.
tak pe sis . . pindah tempat baru mana tahu akan ada lagi kenangan yang lebih indah akan terciptakan . . :)
ReplyDeleteHarap-harap banyaklah kenangan baru yang lebih indah tercipta dekat Tapah sana nun hehe :)
Deletebanyaknya kenangan sweet kat situ :')
ReplyDeleteAaaaaa,malu pula mirza baca hihi. Memang banyak kenangan sweet, bila kena pindah tu, macam.. huaaaaa :(
Deletedulu my sis belajaq sana :D situ best even kiri kanan hutan . dia kolej mawar kot . if i am not mistaken . hehe
ReplyDeleteEhh, tak pernah lagi aku dengar ada kolej mawar dekat uitm si. Mungkin tu zaman sebelum aku masuk kot. Tapi yang bab hutan tu memang betoi pun
Delete